Seorang ayah ini kebiasaannya mendidik anak dengan cara tersendiri. Dia tak perlu pun nak membebel macam mak-mak, cukup dengan pandangan tajam atau renungan saja, anak-anak dah sedia maklum.
Ayah kepada penyanyi kumpulan De Fam, Cik Manggis atau nama sebenarnya Nurshazwani Shamsuddin ini pun ada cara tersendiri mendidik anaknya.
Sejak dari kecil, ayah Cik Manggis yang mesra dengan panggilan Uncle Sam ini selalu memberinya pesan. Katanya, “Belajar betul-betul, dah besar jadi ORANG
.”Dan pesanan itulah sampai ke hari ini paling lekat dalam mindanya. “Terima kasih kerana membesarkan saya dengan kesabaran tahap dewa dan menjadi contoh yang paling baik untuk saya belajar erti kehidupan.”
Luah Cik Manggus sempena ulang tahun usia ayahnya yang ke-66. Doa anak ini lagi, “Semoga sentiasa berada di bawah lindungan Allah SWT. In Shaa Allah Ta’ala. @samzurah”
.
Dalam pada itu, Cik Manggis sempat mengimbas cara ayah menegurnya ketika di zaman kanak-kanak. Ketika berkongsi gambar berdua dengan ayah, ini yang Cik Manggis maklumkan.
Perasaan bila nampak Ayah buat pose macam ni time dulu-dulu, ya Allah.. Tuhan je tau betapa kencangnya jantungku berdegup! Cuak gila! Antara situation yang boleh relate dengan pose ni:
1. Bila kau tengah pecut basikal jipang nak balik rumah, sebab dah bunyi azan Maghrib. (Ayah dah standby depan gate)
2. Bila kawan-kawan datang rumah, tak bagi salam or tak salam Ayah. Pose sambil berkata kat diorang “Kau tak reti salam ke?” (Time ni confirm semua muka biru. HAHAHA!)
3. Bila kantoi ponteng ngaji, pi main kompang.
4. Bila ayah masuk bilik. (cc: @itudyana @dayashamsuddin)
5. Bila Ayah panggil makan, kau jawab “malas nak makan”.
…. dan banyak lagi.
Apa pengalaman korang dengan ayah korang? OR ada sesiapa yang berpengalaman dengan Ayah Manggis?
Begitulah.. apa pun harapan setiap ayah tentunya mengharapkan kejayaan yang cemerlang untuk anak-anaknya. Semoga ayah Cik Manggis diberi kesihatan yang baik untuk hari-hari mendatang.
Sumber/Foto : Cik Manggis