Seorang ayah ini kebiasaannya mendidik anak dengan cara tersendiri. Dia tak perlu pun nak membebel macam mak-mak, cukup dengan pandangan tajam atau renungan saja, anak-anak dah sedia maklum.

Ayah kepada penyanyi kumpulan De Fam, Cik Manggis atau nama sebenarnya Nurshazwani Shamsuddin ini pun ada cara tersendiri mendidik anaknya.

Sejak dari kecil, ayah Cik Manggis yang mesra dengan panggilan Uncle Sam ini selalu memberinya pesan. Katanya, “Belajar betul-betul, dah besar jadi ORANG.”

Dan pesanan itulah sampai ke hari ini paling lekat dalam mindanya. “Terima kasih kerana membesarkan saya dengan kesabaran tahap dewa dan menjadi contoh yang paling baik untuk saya belajar erti kehidupan.”

Luah Cik Manggus sempena ulang tahun usia ayahnya yang ke-66. Doa anak ini lagi, “Semoga sentiasa berada di bawah lindungan Allah SWT. In Shaa Allah Ta’ala. @samzurah

IKLAN

‘Belajar Betul-betul, Dah Besar Jadi ORANG’ Ini Antara Nasihat Ayah Paling Lekat
.

Kecut.. Cuak.. Bila Ayah Dah Buat Pose Macam Ni

Dalam pada itu, Cik Manggis sempat mengimbas cara ayah menegurnya ketika di zaman kanak-kanak. Ketika berkongsi gambar berdua dengan ayah, ini yang Cik Manggis maklumkan.

Perasaan bila nampak Ayah buat pose macam ni time dulu-dulu, ya Allah.. Tuhan je tau betapa kencangnya jantungku berdegup! Cuak gila! Antara situation yang boleh relate dengan pose ni:

IKLAN

1. Bila kau tengah pecut basikal jipang nak balik rumah, sebab dah bunyi azan Maghrib. (Ayah dah standby depan gate)
2. Bila kawan-kawan datang rumah, tak bagi salam or tak salam Ayah. Pose sambil berkata kat diorang “Kau tak reti salam ke?” (Time ni confirm semua muka biru. HAHAHA!)
3. Bila kantoi ponteng ngaji, pi main kompang.
4. Bila ayah masuk bilik. (cc: @itudyana @dayashamsuddin)
5. Bila Ayah panggil makan, kau jawab “malas nak makan”.
…. dan banyak lagi.

Apa pengalaman korang dengan ayah korang? OR ada sesiapa yang berpengalaman dengan Ayah Manggis?

IKLAN
View this post on Instagram

I’m selling off my STORÅ Loft Bed Frame! Hari tu ada few org DM me tanya pasal bed frame ni. Kat IKEA dah OUT OF STOCK. Sesiapa berminat, DM me for price! (Siapa cepat dia dapat) Reason For Selling: 1. Masa beli, gelojoh… Sepatutnya beli putih, terbeli hitam. 2. Tak kena dengan concept bilik 3. Tak berani nak cat putih sendiri 4. Nak tukar katil 5. Semua bilik dah ada katil Reason Bought: Dari zaman sekolah lagi mengidam nak katil ni.. Bila sampai masa, berdesup beli tanpa memikirkan beberapa aspect. Umur Katil: 4 bulan Condition: ⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️ 1. Takda Calar / Takda Rosak 2. Macam Baru (guaranteed) 3. (cuma nanti akan ada bekas buka skru je la) **Ini bukan Main Bedroom. Sebab tu tak banyak guna katil ni. Total Tidur kat Katil Atas: Tak sampai 10x. (Selebihnya tidur kat katil bawah) Item Tak Termasuk: 1. Double Mattress 2. Extra Katil (kat bawah) 3. Accessories 4. Cik Manggis . 🚙 SELF PICKUP 🔨 PASANG SENDIRI . *MORE INFORMATIONS ABOUT PRODUCT ON IKEA.COM*

A post shared by Cik Manggis | De Fam (@cikmanggis) on

 

Begitulah.. apa pun harapan setiap ayah tentunya mengharapkan kejayaan yang cemerlang untuk anak-anaknya. Semoga ayah Cik Manggis diberi kesihatan yang baik untuk hari-hari mendatang.

Sumber/Foto : Cik Manggis

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI