Bekukan Macam Buat Aiskrim, BUNGA KANTAN Tak Lebam Tahan 6 Bulan!

Share

Rupanya dengan bekukan macam buat aiskrim, Bunga Kantan elok tak lebam kekal segar malah tahan sehingga 6 bulan!

Bunga Kantan antara bahan yang diperlukan bagi menambah aroma mahupun menyedapkan lagi masakan seperti kuah laksa, asam pedas dan sebagainya. Jimat banyak kalau ada tanam pokok bunga kantan sendiri ni di rumah. Sebab harga sebatang bunga kantan di kedai mahupun pasar boleh tahan mahal juga harganya.

Namun jika ada banyak stok bunga kantan di rumah tu, boleh simpan ikut cara yang dikongsikan oleh Pn Qiha Fareesya

ini.Menurut wanita ini, simpan cara begini bunga kantan boleh tahan lama sehingga 6 bulan malah bau dan rasanya juga kekal sama dan segar. Jadi bolehlah digunakan pada bila-bila masa yang diperlukan.

Mesti Baca: Peladang Kongsi Panduan Lengkap Tanam Pokok BUNGA KANTAN, Berbaloi Buat Jual!

Berikut perkongsian tersebut;

“Ini cara saya untuk bagi bunga kantan tahan lama.Buat macam aiskrim ye sahabat.”

“Kalau simpan tanpa isi air lama-lama akan jadi hitam di dalam.Tapi buat cara macam ni Inshaa Allah tahan lama. Saya pernah simpan sampai 6 bulan.Bau dan rasanya tetap fresh”

Caranya:

1.Bunga kantan tengok saiz ye.. Besar belah 4, kecik belah 2. Kira muat masuk dalam plastik aiskrim tu dalam keadaan bersilang untuk jimatkan plastik.

2.Isi air masak dalam plastik yang dah diisi bunga kantan tadi. Air mesti tertutup seluruh bunga kantan tu.

3.Simpul kemas-kemas.

4.Bekukan macam kita buat aiskrim tu.

5. Pesan dan bagitau anak-anak, ini bukan aiskrim ye. Takut terjadi macam saya aritu anak-anak ingat aiskrim.

Selamat Mencuba!

Artikel Menarik: BUNGA KANTAN Tumis Belacan, Makan Dengan Nasi Panas Mak Mentua Lalu Pun Tak Nampak

Mesti Baca: Simpan Sayur ‘Berharga’ Waktu Raya, Basuh Bersih & Bekukan Tahan 3-6 Bulan!

Mingguan Wanita: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Mak-mak mesti cuba tip dapur yang dikongsikan ini, agar bunga kantan yang disimpan tak busuk, tahan lama dan boleh digunakan bila diperlukan.

Sumber: Pn Qiha Fareesya

Follow kami di :

Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita

Macam ni nak anyam ketupat nasi rupanya.

Published by
Suhaidah Abd Wahab