Bekerja Bukan Alasan Rumah Jadi ‘Tongkang Pecah’, Maka 7 Cara Ini Sangat Membantu Mak-mak!

Share

Tengok rumah orang lain elok tersusun, tapi masuk rumah sendiri macam ‘tongkang pecah’! Apa yang tak kena tu? Ya, kalau dah kahwin rencah rasa dalam mana-mana perhubungan mana nak sama.

Sudah tentu ada rasa bosan, gembira, masam manisnya dan menjuruskan kepada gangguan-gangguan yang boleh menjejaskan perhubungan. Cuba tanya dengan pasangan-pasangan yang berada dalam tiga hingga lima tahun usia perkahwinan: “bahagia tak kahwin?”

Ada yang jawab, “pening betul menguruskan keluarga, kerjaya, macam nak gila.” Itu dia belum dengar jawapan saya yang sudah 24 tahun berumah tangga.

Ini nasihat untuk golongan wanita yang jadi isteri dalam usia muda. Walau sesibuk mana tugas di tempat kerja, jangan sesekali mengabaikan rumah tangga. Antaranya aspek fizikal rumah seperti kebersihan. Jangan biarkan rumah berselerak dengan baju, bantal, kain, cawan pinggan memenuhi ruang tamu rumah.

Kalau masuk rumah tengok ruang tamu, punyalah berselerak sampai tamu datang pun nak balik. Itu belum masuk dapur, pinggan mangkuk, periuk belanga, tulang temulang ikan, makanan basi seminggu lepas pun masih bersangga di singki dan periuk belanga yang tidak berbasuh!

Peti Sejuk

Peti sejuk jangan ceritalah. Sayur, buah, minuman berselerakan hingga sejuk peti sudah tidak berbekas pada makanan. Bilik tidur yang merupakan bilik kasih sayang suami isteri macam bau kucing beranak,. Bertebaran dengan pakaian, lampin pakai buang, najis anak dalam lampin tidak sempat dibuang. Baju-baju dilonggokkan, memang memualkan.

Ini semua senario benar sebahagian rumah pasangan muda yang sibuk bekerja. Tetapi sesibuk mana pun kita sebagai isteri atau suami, kalau kita bekerjasama membantu membersihkan rumah dan menyusun atur perancangan kebersihan. Pasti rumah akan kelihatan bersih teratur.

Soalnya JANGAN MALAS dan JANGAN SUKA BERI ALASAN.

Wanita, tolonglah jangan jadi isteri yang berjaya dalam pekerjaan tetapi gagal menjadi isteri yang membanggakan suami di rumah. Ada suami mengadu, rumah berselerak, memasak sekali-sekala sahaja. Minuman suami segelas pun suami buat sendiri.

Sebelum kahwin suami makan di kedai, dah kahwin pun tidak ada bezanya. Bila isteri hendak keluar berjalan atau bekerja, solekannya bukan main. Wanginya bertebaran satu rumah. Langkahnya bukan main cantik tapi cantik itu hanya untuk orang lain dan bukan untuk suami!

Ya, ini yang boleh membuatkan hati si suami semakin tawar untuk balik rumah. Jadi lebih suka pergi kursus dan tinggal di hotel yang lebih menyenangkan hatinya. Makan minum dengan rakan sekerja yang penuh gurau senda daripada situasi di rumah yang menjadi penolak kepada dirinya.

Tetapi semua itu boleh dijayakan jika kita tahu satu ayat ‘power’ yang mesti kita uruskan iaitu MASA.

M – Mengurus kehidupan dengan teratur.

A – Amanah dengan tugas. Sebagai isteri, jalankanlah tugas-tugas isteri dengan baik mengikut keupayaan kita. Jangan bongkak kerana kita bergaji besar dan berpangkat tinggi kerana itu tidak memberi makna jika tugas isteri tidak kita laksanakan dengan jaya.

S – Suai padankan aktiviti-aktiviti yang hendak kita jalankan di tempat kerja agar seimbang dengan keluarga.

A – Aspirasi kita untuk menjadi isteri mithali adalah pemangkin usaha untuk menjadi isteri dan ibu yang berjaya dan bahagia!

Tip Jadi Isteri Superwomen

1. Sediakan paste awal-awal

Untuk mudahkan kerja mak-mak nak masak, keanlah curi masa buat paste siap-siap dalam peti.

2. Cuci dan asingkan bahagian lauk nak masak

Lauk basah pun kena beli siap-siap waktu hujung minggu. Kalau nak mudah, potong bahagian lauk itu jadi kecil-kecil dan asingkan bekas. Jadi setiap hari terus keluarkan satu bekas saja dan terus masak. Contoh daging, potong kecil dan letak satu bekas kecil. Ikan pun sama, asingkan berapa ekor yang mak-mak nak masak setiap hari. Tak adalah ikan tu cepat busuk sebab direndam air.

3. Sayur

Sila potong kecik-kecik dan basuh sayur dulu sebelum letak dalam peti. Jangan main sumbat dengan plastik pula. Itu cepat busuk jadinya!

4. Buat bubur untuk anak kecil

Hah, kalau ada anak kecil eloklah mak-mak terus buat stok dalam peti. Tapi kenalah tahu caranya. Cara ni lebih mudah tau, walau bekerja anda tetap mampu sediakan makanan berkhasiat buat si comel.

5. Asingkan baju kotor

bab basuh kain, anda kena letak banyak bakul. Seeloknya tiga, satu untuk warna putih, kedua bakul untuk kain warna hitam dan satu lagi bakul untuk kain baju berwarna. Haaa… tiap kali nak basuh, angkat terus masuk dalam mesin. Senang!

6. Terus sidai dan lipat

Janganlah tangguh sampai penuh bakul. Kain baju ni tak akan habis kalau anda suka tangguh. Nak mudah, sambil tunggu mesin basuh berhenti… anda lipatkan kain yang dah ada dalam bakul. Barulah nampak kain baju dalm bakul berkurang setiap hari. Malas? Google dan cari kedai yang ada buat perkhidmatan melipat.

7. Cuci peti sejuk

Ini memang berat kalau nak buat selalu tapi kalau mak-mak ada masa, bersihkan peti seminggu sekali ya. Barulah nampak apa yang patut tambah dan buang yang ada dalam peti. Jangan sesekali biar peti tersumbat sampai tak boleh masuk barang baru.

Ya, cuma itu yang mak-mak kena tekankan. Kalau berjaya selesaikan 7 tip ini, in shaa Allah semua kerja rumah jadi mudah!

Published by
Nadia