Bekas suami jangan nak lari! Dah ada bapa kena penjara sebab gagal bayar tunggakan nafkah anak. Bila terjadinya perceraian, ia tidak hanya melibatkan perasaan suami dan isteri saja. Tapi juga anak-anak.
Sesetengah lelaki kerana bencinya kepada pasangan, mereka turut “mendera” anak-anak dari segi mental dengan membiarkan isteri mencari nafkah sendirian dan tidak membayar duit nafkah kepada anak-anak. Alasan kebanyakan dari mereka, bekas isteri nak cerai sangat dan perempuan kena tanggung risiko ini.
Namun sebelum ramainya lelaki dayus dan perlu menjawab di mahkamah akhirat di hadapan Rabbuljalil, ini lelaki kena faham tentang mahkamah dunia yang wujud untuk membela nasi banak-anak ditinggalkan.
Tahukah, di bawah Enakmen 15 tahun 1992 dan juga Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam 1992 di bawah Seksyen 130, ada menyatakan perihal nafkah yang wajib dibayar mengikut ditetapkan oleh Mahkamah Syariah atau berdepan dengan hukuman penjara kerana gagal membayarnya.
Menurut Seksyen 130. Suami tidak memberi nafkah yang munasabah kepada isteri atau anak.
(1) Jika seseorang lelaki tidak memberi nafkah zahir kepada isterinya tanpa sebab yang munasabah maka dia melakukan suatu kesalahan.
(2) Seseorang bapa yang tidak memberi nafkah yang diwajibkan, kepada anak di bawah jagaannya adalah melakukan suatu kesalahan.
(3) Mahkamah bolehlah memerintahkan supaya suami dan bapa yang disabitkan melakukan kesalahan di bawah subseksyen (1) dan (2), membayar atau melaksanakan apa-apa perintah Mahkamah yang berkaitan dengan nafkah seseorang isteri atau anak di bawah jagaannya.
(4) Sesiapa yang enggan atau tidak mematuhi perintah Mahkamah di bawah subseksyen (3) adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh apabila disabitkan dikenakan hukuman denda tidak melebihi dua ribu ringgit atau penjara tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya denda dan penjara itu.
(5) Hukuman yang dikenakan di bawah seksyen ini, kecuali direlakan oleh isteri atau anak di bawah jagaannya, tidak melupuskan tanggungjawab nafkah semasa atau tertangguh yang mesti dijelaskan kepada isteri atau anak di bawah jagaannya.
BACA ARTIKEL BERKAITAN DI SINI :- ‘Bekas Isteri Tuntut Nafkah Anak, Suami Wajib Bagi.’ Isteri Baru Tak Berhak Larang
Suami Nak Cerai, Isteri Terus Failkan Tuntutan Nafkah & Harta Sepencarian Di Mahkamah
Bila Isteri Keluarkan Duit Belanja Rumah, Bermakna Suami Hutang Nafkah, Jangan Terlepas Pandang
Tujuh lelaki dipenjarakan dari 2010 hingga 2015 kerana mengingkari perintah mahkamah untuk membayar nafkah anak-anak mereka, kata Ketua Hakim Syarie Terengganu Wan Mohd Zakri Wan Mohd.
Beliau berkata mengikut statistik penguatkuasaan dan pelaksanaan perintah nafkah anak oleh Bahagian Sokongan Keluarga (BSK) Jabatan Kehakiman Syariah Terengganu, sebanyak 726 kes ingkar direkodkan dalam tempoh berkenaan.
“Dari jumlah itu, sebanyak 495 kes difailkan di Mahkamah Syariah Terengganu untuk tujuan penguatkuasaan dan pelaksanaan perintah.
“Faktor utama mengapa golongan bapa enggan membayar nafkah anak adalah kerana tidak bertanggungjawab…kita lihat mereka mampu beristeri baharu malah, ada yang beli kereta baharu tetapi culas membayar nafkah anak bersama isteri terdahulu,” katanya.
Jadi, walau sudah bercerai dengan pasangan dan bahagia dengan perkahwinan baru, bab nafkah anak-anak ini jangan dilupakan agar tidak merengkok dalam penjara kerana ada lelaki dikenakan tindakan ini berikutan gagal membayar nafkah. Sumber: e-syariah.gov.my. Gambar hiasan.
Follow kami di Facebook , Website , Instagram, YouTube , Twitter , Telegram MW dan TikTok Mingguan Wanita untuk mendapatkan info, berita terkini serta artikel-artikel menarik.
@mingguanwanita “Al Quran menghidupkan jiwa yang mati, Memberi ketenangan hati yang sepi. Bacalah walau sepotong ayat sehari” Eksklusif bersama @farhatulfairuzah Juara Tilawah Al Quran Antarabangsa 2019. #fyp #mingguanwanita #tilawahalquran ♬ original sound – MingguanWanita