Setiap orang mempunyai kisah cerita dan pengakhiran hidup yang tersendiri. Mempunyai wajah dan susuk tubuh menawan membuatkan dia digelar wanita paling cantik di negara itu satu masa dulu. Namun ia tidak menjamin, kebahagiaan dan ketenangan diri.
Damarys Ruiz,68 melalui puncak kejayaan apabila dirinya menarik perhatian ramai ketika berusia 26 tahun. Malah mempunyai ijazah dalam bidang perundangan dan pernah bergelar peguam.Wanita ini pernah hidup bergelumang dengan kemewahan dan terkenal selepas dinobatkan Miss Venezuela pada 1973.
Bagaimanapun, siapa sangka nasib tidak menyebelahinya apabila dia yang mengalami masalah keluarga hinggalah pengakhirannya dia ditemui mati di jalanan sebagai gelandangan, lapor The Sun.
Ruiz menghabiskan 15 tahun terakhir umurnya dengan menjadi gelandangan.
Tinggal Dengan Adik Beradik Lelaki
Sebelum ini, Ruiz tinggal bersama adik-beradik lelakinya dan tidak pernah mempunyai teman lelaki yang baik. Rakannya mengatakan, adik-beradik lelaki Ruiz iri hati kepadanya hingga tidak memberi kebebasan buat wanita itu.
“Mereka membuat saya kelaparan dan sering mengancam memukul saya.
“Saya berulang kali melaporkan kepada polis tetapi tiada tindakan,” katanya dipetik media sebelum ini.
Jadi Gelandangan Di Jalanan
Tidak tahan hidup diseksa, Ruiz memilih melarikan diri dari rumah pada 2000.Dia yang tidak mempunyai sebarang tujuan akhirnya menjadi gelandangan di jalanan.
Ads
Rosalba Gomes yang mengenali Ruiz dalam dua tahun terakhir bertemu dengannya dua atau tiga kali dalam seminggu.
“Hidupnya berakhir dengan kemurungan teruk tanpa mendapat sokongan dari keluarga dan rakannya,”
“Dia seorang wanita yang cantik luaran dan dalaman,” katanya.
Mingguan Wanita : Kasihannya pengakhiran hidup bekas ratu cantik ini. Siapa sangka, hidupnya pernah menjadi terkenal, dikelilingi ramai peminat, akhirnya meninggal dunia seorang diri di jalanan.
Chocodap’s, Faith Fleur, Anggun Cotton Collection, Teh Ais Pyorr, Masak-masak Cekyana (Oden viral) dan bayak lagi jenama lain mempunya ratusan ribu pelanggan masing-masing.
Tak ramai anak Melayu kita mampu bina empayar perniagaan dari bawah dari tiada apa-apa. Ia bukan dicipta sehari dua. Banyak pengorbanan terpaksa dilakukan sepanjang pendakian.
• Apa rahsia mereka?
• Apa yang mereka lakukan?
• Apa ilmu-ilmu yang diamalkan?
• Siapa yang susah senang bersama mereka?
• Apa dugaan dan keperitan yang dilalui?
Teringin ikut jejak mereka?
Semua ini akan terjawab di program Webinar Eksklusif CEO BIsnes Viral anjuran Mingguan Wanita pada 25 September 2021 secara virtual. Dangarkan sendiri perkongsian jujur mereka. Eksklusif!
Menangi hadiah-hadiah cabutan bertuah serta wang tunai bernila RM100.
Wanita mengandung dijangkiti covid-19, selamat lahirkan bayi ketika ditidurkan dan dalam keadaan koma secara pembedahan.
Malahan dia yang kini semakin pulih, tidak mampu detik kelahiran anaknya kerana saat itu dirinya ditidurkan.
Wanita Mengandung Dijangkiti Covid-19
Seorang wanita hamil di London, yang tidak menerima suntikan vaksin tidak menyedari bahawa dia telah melahirkan anak ketika ditidurkan kerana dijangkiti Covid-19, lapor akhbar Mirror UK kelmarin.
Ketika hamil, Jo Udeze yang berusia 39 tahun berasa ragu-ragu akan pengambilan suntikan vaksin. Malangnya, dia dijangkiti Covid-19 ketika kandungannya berusia 30 minggu.
Wanita itu dibawa ke hospital Walsall Manor pada Ogos tahun lalu sebelum ditidurkan kerana kesihatannya yang semakin merosot.
Udeze selamat melahirkan anak dengan bantuan doktor ketika masih koma selama dua minggu.
“Ingatan saya hanya samar-samar ingat. Doktor ada memberitahu bahawa bayi dalam kandungan perlu dilahirkan kerana tiada apa lagi boleh dilakukan kerana saya mengandung,’’ jelas Udeze.
Ketika DiTidurkan
Pasukan perubatan bertindak membantu Udeze melahirkan anaknya, Isaiah dengan menjalankan pembedahan caesarean.
Uzede mendedahkan bahawa kali pertama dia melihat anaknya adalah menerusi sekeping gambar yang ditunjukkan oleh seorang doktor di hospital, lapor Badan Penyiaran Britain (BBC).
Dia kekal dalam unit rawatan rapi selama beberapa minggu dan kini sedang pulih daripada kesan jangkitan Covid-19 yang lama. – Agensi
Mingguan Wanita : Tidak semua bayi yang tidak mampu bertahan setelah ibunya dijangkiti Covid 19. Wanita ini adalah antara wanita mengandung yang selamat dan syukur anaknya juga sihat.
Tiba-tiba mata masuk habuk bila melihat susuk tua yang berlari dan sanggup jadi benteng pada anaknya yang pengsan dalam pembarisan. Inilah kasih ayah sanggup berkorban apa saja demi anak-anak.
Kisah yang viral ini dikongsikan sendiri oleh YB Alexander Nanta Linggi itu menunjukkan bagaimana salah seorang anggotanya jatuh pengsan ketika dalam perbarisan.
Melihat kepada reaksi ayah yang berlari sampai tertanggal selipar cukup menyentuh hati sesiapa saja. Itulah kasih ayah.
Kasih Ayah, Jadi Benteng Elak Anak rebah Dalam Pembarisan
Dalam perkongsian oleh YB Alexander Nanta Linggi itu, ia berlaku di padang kawad sempena Hari Penguat Kuasa KPDNHEP di Maktab Penjara Kajang.
Kasih ayah
Berkorban nyawa
Biarlah jiwa
Akan tersiksa
Ikhlas dan rela
Asalkan bahagia
Banyak yang tersirat di sebalik turutan gambar ini. Ketika terkujurnya anak tatkala berkawad, kerana menahan terik mentari, berlari si ayah menerpa dari arah khemah tetamu. Sehingga terlucut selipar yang disarung, namun tidak diendahkan, asalkan beliau berada di sisi anak dalam sekelip mata.
Yang hadir di padang kawad sempena Hari Penguat Kuasa KPDNHEP di Maktab Penjara Kajang, menjadi saksi, betapa kasih agung seorang ayah kepada anaknya.
Dan yang bermain di fikiran ketika terlihat perkara itu, sama ada ayah ingin mengusung anaknya keluar barisan. Ternyata sangkaan sedemikian meleset.
Meskipun badan ayahnya dimamah usia, anaknya dipapah, bingkas dibantu berdiri sambil badan menjengah lebih separuh abad itu menjadi benteng daripada anaknya kembali rebah. Melihatkan pengorbanan tidak terperi seorang ayah, berjurai air mata hadirin membasahi pipi masing-masing. Saya tidak terkecuali.
Kepada mereka yang masih mempunyai insan bergelar ayah – hargai, sayangi dan santunilah selagi hayatnya dikandung badan.
.
Mingguan Wanita : Sayangilah ayah dunia akhirat. Kasih ayah yang tidak pernah bertepi, sanggup apa saja demi anak-anak.
Ketika ini satu dunia dijangkiti dengan pandemik COVID-19 yang telah mengorbankan ribuan nyawa. Melihat keadaan dan cara pelbagai negara menangani krisis ini, ada benarnya rasa cukup bertuah kita berada dan tinggal di negara Malaysia tercinta.
Kerajaan bersungguh-sungguh menangani pandemik ini, disamping pelbagai inisiatif diberikan untuk membantu rakyat yang terkesan. Banyak pihak, bersatu padu memberi sumbangan serta bantuan dari segi tenaga, wang ringgit dan pelbagai aspek mengikut kepakaran dan kemampuan masing-masing.
Catatan yang dikongsikan oleh Fahmie Abu Bakar ada benarnya, boleh kita jadikan panduan.
Tengok outbreak Covid satu dunia ni, aku bersyukur sangat aku di Malaysia.
1) USA yang konon superpower pun koyak healthcare dia. 300k kes. Tak MUSTAHIL capai 1mil.
2) Eropah baru sedar kemampuan sebenar diaorang handle krisis, walaupun ramai pakar segala bidang di sana tetap koyak bila ribuan mati setiap hari. Boleh kata lepas ni silap-silap diaorang lagi teruk dari Asia nak bangun balik.
3) India memang dah jadi macam drama habeh polis sebat penampar sepak semua orang. Quarantine fasiliti dia, toilet awam kita lagi cantik 10x.
4) Indonesia tengah spike dengan highest death in Asean. Dah almost 200 death. Mostly doktor & nurse. Nurse sampai kena halau dari rumah sewa sebab takut bawa balik penyakit. Katanya by July akan sampai 100k kes.
5) Philipines tengah start curve. Tak pasti sana macam mana. Tapi Presiden kata tembak je siapa yang langgar curfew.
6) Jiran kita, Thailand terus lockdown lagi ketat dari kita. Kita ni boleh la pegi tesco mall etc lagi, masak menu faveret hari-hari.
7) Vietnam dengan segala kekurangan, pesakit kuarantin dalam pondok mengkuang, Allahu..
Alhamdulillah sangat kita. Polis masih boleh bertolak ansur. Doctor dan Nurse kita jaga dan sanjung. NGO semua giat bagi makan jaga kawasan masing-masing. Kerajaan bagi itu ini. Jiran-jiran pun ambil berat masing-masing.
Recovery pesakit covid kita pun sangat baik. Alhamdulillah. Tq Allah.
Ada masa lagi PKP ni, cuba fikir macam mana kita nak menyumbang pada negara, umat, dan agama. Allah bagi kita peluang ni, jangan kita sombong. Bagaimana kita nak bangkit semula.
Ramadan dah dekat. Ramai yang tidak bekerja nanti. Tak boleh dah pikir periuk masing-masing.
MW:Ada benarnya. Bersyukurlah kita tinggal di bumi bertuah Malaysia ini. Kerajaan bersikap prihatin dan masih ambil berat keadaan rakyat. Begitu juga rakyat yang saling membantu golongan yang memerlukan tanpa rasa berkira. Semoga kita berjaya menangani COVID-19 ini dan Malaysia kembali pulih seperti sedia kala. Bantu hentikan rantaian Covid-19 dengan #dudukrumah.