Bekas pengasuh TMJ ketika bayi zahir rasa terharu, bertemu Permaisuri Johor dalam lawatan rakyat. Setiap dari kita pasti mempunyai nostalgia untuk dikenang.
Sama ada yang manis, pahit dan sebagainya. Namun bagi bekas pengasuh kepada Tengku Mahkota Johor, DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim semasa kecil dahulu, pertemuan bersama Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Binti Almarhum Sultan Idris Shah mencatat kenangan manis baginya.
Bekas Pengasuh TMJ Ketika Bayi Zahir Rasa Terharu
Memetik Instagram The Royal Johor, lawatan bertemu rakyat di daerah Pontian baru ini, mencatatkan satu kenangan manis buat DYMM Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Binti Almarhum Sultan Idris Shah.
Semasa lawatan berkenaan, Baginda bertemu dengan Puan Nooraimi Ali, 55, yang merupakan bekas kakitangan Istana Johor – berkhidmat sekitar tahun 80-an hingga 90-an.
Puan Nooraimi Ali berkhidmat sebagai pengasuh kepada DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor sejak di usia bayi hingga berumur tujuh tahun.
Bertemu Permaisuri Johor Dalam Lawatan Rakyat
“Sungguh terharu Tuanku Permaisuri masih ingat saya setelah sekian lama tidak berjumpa.
Ads
“Saya juga berharap mempunyai peluang untuk berjumpa lagi dengan DYAM Tunku Mahkota Johor dan YAM Tunku Tun Aminah selepas ini. Saya juga sentiasa mengikut perkembangan Keluarga DiRaja Johor di media sosial,” katanya.
Kini menetap di Ayer Baloi, Nooraimi merupakan ibu tunggal kepada tiga cahaya mata, dan seorang daripadanya merupakan OKU dan seorang lagi bersekolah Tingkatan Tiga.
Keluarga mereka disara oleh anak lelaki kedua Nooraimi yang berusia 25 tahun.
DYMM Permaisuri Johor, bertitah kali terakhir Baginda bertemu Nooraimi adalah semasa Kembara Mahkota Johor sebelum pandemik COVID-19 ketika singgah di Pontian.
Ads
“Semasa itu dia memberitahu bahawa anak sulungnya telah meninggal dunia akibat kemalangan. Saya cukup memahami kehilangan yang dia alami.
“Saya hendak menemukan dia dengan Tunku Mahkota dan Che’ Puan Besar Khaleeda serta paduka anakanda satu hari nanti. In Shaa Allah, saya akan cuba aturkan pertemuan bersama keluarga Tunku Tun Aminah bila berkelapangan.
“Selepas bertemu dengan Amy (Nooraimi), saya terus hubungi Tunku Mahkota dan Tunku Tun. Kedua-dua anakanda saya masih mengingatinya,” titah Baginda.
Takziah kepada pelawak Hazmeer Hassan atau lebih dikenali Chot yang baru kehilangan anaknya apabila pada pukul 8.40 pagi tadi.
Menurut Chot yang juga merupakan ahli kumpulan XOXO, bayi sulungnya Muhammad Sher Harraz, meninggal dunia disebabkan masalah injap jantung terbalik pada usia empat bulan.
“Dukacita nak maklum anakanda kami Muhammad Sher Harraz telah meninggal dunia jam 8.40 pagi dan jenazah akan dikebumikan di Felcra Ramuan Cina, Lubuk Cina, Melaka sebelum atau selepas Asar,” kongsi Chot.
Sama-sama sedekahkan Al-Fatihah buat Harraz. Nyata Allah lebih sayang padanya.
Penyampai radio Melaka FM ini memaklumkan berita sedih itu menerusi laman Instagram miliknya pada pagi Isnin.
Rehatlah di taman syurga wahai anak.. kami dalam perjalanan membawa anak syurga #muhammadsherharraz bersama ibu bapanya @chotxoxo & @jajafieyrul ke felcra Ramuan China.
2 hari sebelum ini, isterinya, SitiZafirulazzah Moh Idris ada berkongsi tentang perkembangan anaknya itu. Tulisnya dengan emosi sedih,
Allahuakbar, baru hari ni dapat merasakan semua ni.. Harraz dah lemah.
Ada Masalah Jantung
Sher Harraz yang dilahirkan pada 16 Jun lalu itu mempunyai masalah injap jantung terbalik yang menyebabkan darah kurang memasuki paru-paru.
Berita tentang penyakit anaknya itu dikesan selepas setengah jam dia dilahirkan dan doktor memanggil Chot untuk menjelaskan keadaan kesihatannya.
Chot berterima kasih kepada semua pihak yang tak henti mendoakan anaknya selama ini.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Pengguna akaun twitter Lesungpipit ini dedahkan uniform seragam PLKN yang masih baru malah ada yang masih dibungkus rapi dalam plastik di buang begitu saja dalam longgokan sampah di Tasik Biru Seri Kundang.
Sayang sungguh, walaupun Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) telah dimansuhkan sekurang-kurangnya tentu ada cara yang lebih baik untuk menguruskan uniform yang tidak akan dipakai lagi ini.
Tulisnya di laman twitternya, “Guys, kalau korang nak baju atau seluar PLKN boleh datang kat sini (Tasik Biru) dorang buang banyak gila weh. Aku dengan budak-budak aku baru lepas kutip wei.”
Beliau yang sebelum ini pernah menjadi pelatih PLKN dimaklumkan oleh gurunya yang kebetulan ternampak longgokan baju yang dibuang itu. Segera memaklumkan kepadanya.
Tanpa berlengah dia dan rakan-rakan ke lokasi buangan untuk mengambil helaian-helaian yang masih cantik untuk dibawa balik.
Maklumnya lagi, ramai juga orang awam yang sudah ke lokasi berkenaan untuk mengambil uniform terbuang dan dijadikan simpanan peribadi.
“Aku rasa kalau baju-baju ni diorang bagi cara elok, aku boleh terima lagi lah. Tapi tulah macam ni caranya. Kami bekas pelatih PLKN sedih tengok.”
“Kalau korang nak tahu, baju celoreng dan set lengkap dia tu kami tak dibenarkan bawak balik tau. Tapi ni dia buang macam tu je.”
Dalam pada itu, ada juga yang bertanyakan tentang uniform yang masih berbaki di sana. “Yang tanya aku ada lagi ke tak, aku tak tahu weh. Maybe ada sisa baki dia jelah or maybe ada yang dah dibuka plastik and maybe dah kena hujan.”
“Ini yang ada dengan aku sekarang. Aku amek banyak tapi aku dah bagi orang.” Terangnya dan berkongsi gambar uniform PLKN yang diambil dan masih dalam keadaan cantik dalam plastik.
MW : Sepatutnya dalam keadaan rakyat diminta berjimat cermat, tidak sepatutnya pembaziran sebegini berlaku. Lagi-lagi dalam bulan Ramadan ini. Tentu lah mereka ada alasan tersendiri. Namun, apa pun alasannya, pasti ada cara lebih baik untuk menguruskannya.
Datuk Fazley Yaakob, melaksanakan tempoh self-quarantine selama 14 hari selepas pulangnya beliau ke Malaysia dari Singapura. Atas urusan kerja selama dua minggu di negara itu, Fazley kemudian meneruskan sesi self-quarantine. Genap 30 hari berpisah dengan anak-anak, Fazley tak dapat menahan sebak kerana akhirnya dia dapat kembali memeluk anak-anak, isteri dan juga ibunya.
“30 hari tanpa anak2, isteri serta keluarga ada satu penyiksaan jiwa! Terpisah kerana kerja dan #Selfquarantine adalah sesuatu yang saya tak pernah jangkakan. Saya rasa saya kuat, tapi apabila balik melihat anak2, isteri dan ibu, kaki saya longlai, hati saya luluh, air mata saya mengalir tanpa henti. Rindu yang teramat,”kongsinya di instagramnya.
Patuhi tempoh kuarantin
Ditanya mengapa beliau mengambil inisiatif sendiri untuk melalui kuarantin. Ini jawapan beliau kepada MW ketika dihubungi semalam.
“Saya mematuhi tempoh kuarantin ini kerana tanggungjawab sebagai ketua keluarga dan mempunyai empat orang anak-anak yang masih kecil, ibu berumur lebih daripada 60 tahun dan mempunyai ahli keluarga yang ramai di rumah.
“Sebagai rakyat Malaysia saya juga tak mahu menjadi pembawa dan penyumbang kepada Covid-19. Balik sahaja dari Singapura,selepas dua minggu bekerja disana. Saya rela mematuhi dan menjauhkan diri dari keluarga selama 14 hari demi tanggungjawab saya kepada keluarga dan negara.
“Pesan saya, jangan jadi orang yang tak bertanggungjawab. Jangan bahayakan keluarga dan juga kontak rapat, dan juga masyarakat menyeluruh. Jangan juga menjadi penyumbang kepada graf WHO dunia, yang akan menyebabkan Malaysia terletak diantara negara yang dalam zon merah .
“Saya sangat marah geram dan terkesan dengan individu yang pulang dari luar negara dan tidak memberikan status sebenar. Contoh seperti satu kes kluster terbaru yang berpunca dari seseorang yang baru pulang dari Itali baru-baru ini.
Sebak melihat anak
Dalam video yang dikongsikan di instagramnya semalam, anak bongsu beliau Elie memberikan reaksi keliru sebaik Didanya ingin memeluknya.
“Sebaik melihat anak-anak di depan mata, rasa rindu tu tak dapat ditahan lagi. Anak bongsu saya Elie, memberikan reaksi keliru kerana dia sebelum ini dimaklumkan tak boleh memeluk saya kerana saya perlu kuarantin.
“Setiap malam keempat-empat anak kami akan tidur bersama saya. Selama 30 hari tak dengar dan tak lihat anak-anak rasa amat terkesan. Ini lah keluarga syurga dunia saya.
“Saya terpanggil menjadikan media sosial saya sebagai satu platform mendidik masyarakat supaya lebih peka dengan isu Covid-19. Setiap hari saya akan muatkan video mengenai pemandangan yang sama dan share suhu harian saya sepanjang tempoh kuarantin.
“Walaupun tak ada apa-apa simptom dan saya tak ada kontak rapat dengan mereka yang sakit, saya mengambil inisiatif untuk self-quarantine sendiri. Dengan usaha ini saya harap ianya dapat memberi kesedaran kepada rakyat Malaysia supaya lebih peka dan prihatin dengan isu ini. Let’s flattening the curve, dengan duduk di rumah, basuh tangan di rumah dan jaga kontak dengan mana-mana orang yang tidak perlu,”nasihatnya.
Suami terpaksa 'mengemis' nak puaskan nafsu, dah merayu masih tak dapat. Dalam kehidupan berumah tangga, kebahagiaan dan keharmonian bukan sahaja bergantung kepada aspek kewangan, komunikasi, dan tanggungjawab harian, tetapi juga kepada keperluan batin pasangan.