Bekas Pelari Pecut Wanita Negara Meninggal Akibat Kanser Pada Hari Lahir

Share

Sesungguhnya ajal dan maut ketentuan tuhan. Satu kehilangan besar buat arena olahraga tanah air apabila dimaklumkan bekas pelari pecut wanita negara, Anita Ali meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) di sini, pada usia 59 tahun, semalam di hari lahirnya.

Berita pemergian atlet yang pernah beraksi pada Sukan SEA era 80-an itu dikongsi Pengerusi Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (YAKEB) Datuk Noorul Ariffin Abdul Majeed ketika dihubungi Bernama hari ini.

Meninggal Akibat Kanser Payudara

Beliau berkata arwah meninggal dunia kira-kira 7.15 malam akibat kanser payudara yang merebak ke hati dan tulang belakang.

“Pada Disember lepas, arwah dimasukkan ke PPUM, dan pihak YAKEB membawa beliau ke hospital swasta untuk imbasan PET (tomografi pancaran positron), dan kanser beliau didapati semakin parah,

“Beliau bersungguh-sungguh melawan kanser, namun meninggal dunia pada hari kelahirannya semalam,” katanya.

Anita Ali, Kredit Foto :Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (YAKEB)

Kehilangan Besar Arena Olahraga Negara

Noorul Ariffin berkata pemergian Anita yang pernah beraksi pada Sukan Asia di China pada 1990 disifatkan sebagai kehilangan besar buat arena olahraga tanah air.

Katanya, Anita yang juga ahli YAKEB, banyak memberi nasihat kepada atlet muda untuk terus mengharumkan nama negara.

Pada temasya Sukan SEA 1989 di Kuala Lumpur, Anita yang ketika itu berusia 21 tahun bersama gandingannya G Shanti, Sajaratuldur Hamzah dan Datuk Mumtaz Jaafar memperbaharui rekod kebangsaan acara 4×100 meter dengan catatan 45.37 saat.

Mesti Baca:Cik Ani Meninggal Dalam Tidur Dengan Tenang , Chef Wan Kehilangan Ibu Tersayang
Baca Lagi Di Sini:Ini 8 Tanda Awal Kanser Payudara, Tapi Ramai Wanita Yang Lambat Sedar & Tak Ambil Peduli
Artikel Menarik:Usia 92 Tahun, Tun Hasmah Pernah Buang Ketumbuhan Sel Kanser Payudara

Mingguan Wanita: Salam takziah buat keluarga allahyarhamah. Semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.

Sumber: Bharian

Follow kami di Facebook , Website , Instagram, YouTube , Twitter , Telegram MW dan TikTok Mingguan Wanita untuk mendapatkan info, berita terkini serta artikel-artikel menarik.

Published by
Suhaidah Abd Wahab