Bekas Isteri TIADA HAK Atas Duit KWSP Selepas Bercerai, Hanya Untuk Pewaris Saja

Share

Bila dikaitankan dengan harta peninggalan. Isteri dan anak-anak adalah orang yang pertama dikaitkan dan mempunyai hak ke atas harta yang ditinggalkan. Namun, tak mustahil ada juga isteri tiada hak ke atas harta pasangan yang meninggal.

Apa yang dikatakan bekas isteri tak ada hak ke atas harta suami yang meninggal terutamanya bila suami meletakkan penama atas nama bekas isteri.

Memang betul, harta peninggalan suami perlu diberi dan dibahagikan pada anak-anak dan pewaris. Tapi bagaimana pula situasi bila berpisah, suami lupa menukar penama bekas isteri. Adakah ini menjadi hak milik bekas isteri. Fahami apa yang dikatakan oleh ustaz MOHD KHUSAIRI SALEH ini.

Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Bila Kehilangan Suami, Isteri Jangan Berharap Pada Mentua, Ipar Duai, Binalah Harta Sendiri

Suami Yang Baik Rancanglah Harta Lebih Awal, Jangan Tinggalkan Isteri Dengan Meminta-Minta

Info Lebih Menarik DI SINI

Bekas Isteri Tiada Hak Selepas Bercerai

PENAMA KWSP

Soalan di kuliah subuh tadi.

“Ustaz, anak lelaki saya meninggal. Ada simpanan KWSP RM80 ribu dan penama adalah bekas isterinya. Dia ada 3 anak lelaki. Beberapa tahun sebelum dia mati, dia bercerai dengan isterinya.”

“Bila dia meninggal, isteri keluarkan KWSP tadi. Saya sebagai ayah, berapa hak saya? Sebab saya tak pernah terima apa-apa daripada duit tersebut. Bahkan besan saya pernah datang jumpa saya, bagitau bahawa duit tu semuanya adalah duit anak-anak yatim.”

Apa yang boleh dikatakan oleh Ustaz MOHD KHUSAIRI SALEH ini:

1. Bekas isteri tiada hak atas duit KWSP tersebut sebab sudah bercerai dengan suami. Kecualilah jika kematian berlaku masih dalam tempoh iddah. Sebab penama, memang dia boleh keluarkan duit tu tapi dia tak boleh ambik walaupun 5 sen.

2. Duit KWSP RM80 ribu adalah hak waris si mati iaitu ayah 1/6 (RM13,333) dan baki RM66,666 untuk 3 anak lelaki sim ati.

3. Jadi bekas isteri tadi wajib serahkan hak bapa mentua tersebut. Lepas tu terserah sama ada dia nak lepaskan hak dia kepada cucu ataupun tidak.

“Ustaz, kalau duit tu bekas isteri ambik dan serah semua kepada cucu saya, maka saya redha. Tapi kalau ambil sebahagian untuk dirinya, maka hak saya itu saya tidak halalkan…”

4. Ambil pengajaran kisah ini..

Sepatutnya suami tadi sebaik bercerai dengan isteri, dia ambil tindakan batalkan penamaan untuk mengelak risiko lagi besar. Sama ada nak lantik penama baharu atau tidak, pilih penama yang faham tanggungjawab dan mampu menjalankan amanah secara patuh syariah.

Mingguan Wanita : Jangan ambil mudah perkara ini. Segala kemungkinan boleh berlaku.

Sumber: USTAZ MOHD KHUSAIRI SALEH, DIF
Daie Ilmu Faraidh

Mingguan Wanita boleh diikuti juga di telegram :
https://t.me/bangkitwanitaMW

Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita

#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita

Published by
Nora