Perkara yang selalu dibangkitkan dan di bawa ke mahkamah tentulah tuntutan bekas isteri tentang nafkah anak. Sebabnya seorang ayah telah culas dalam menunaikan tanggungjawab buat anak-anak.

Anak-anak di bawah jagaan bekas isteri, bukan bermakna tanggungjawabnya 100%. Jangan s Si ayah boleh pula berseronok dan lepas tangan, maklumlah anak bukan jagaannya. Buat apa beri nafkah. Begitulah fikirannya.

Sedangkan kalau dia seorang ayah seorang yang bertanggungjawab pada anak-anak, darah dagingnya sendiri, tidak mungkin akan berlaku kes nafkah anak ini di bawa ke mahkamah.

Lagipun, buat apa nak bawa ke mahkamah dan tak ada isu pun kalau ayah bertanggungjawab. Tapi, ia akan berlaku sebaliknya kalau si ayah mula main tarik tali dan lupa tanggungjawab wajibnya.

Mungkin keadan ini boleh berlaku bila bekas suami/ayah boleh lepas tangan dalam memberi nafkah pada anak. Inilah yang dikongsikan oleh Khairul Fahmi Ramli, peguam syarie berdasarkan kes-kes yang pernah diterimanya.

Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Ucapan “Dudaku Nikah Kali Ke-8”, Bekas Isteri Dedah Tuntutan Nafkah Anak Belum Selesai Sejak 2012

‘Bekas Isteri Tuntut Nafkah Anak, Suami Wajib Bagi.’ Isteri Baru Tak Berhak Larang

Bekas Isteri Tuntuk Hak Nafkah Anak

Mengapa ada segelintir bapa, jenis lepas tangan tentang nafkah anak. Kes yang sepatutnya tak perlu dibawa ke Mahkamah, cuma hanya perlu ada kesedaran seorang bapa adalah nafkah anak. S

aya masih ingat, ada seorang lelaki yang ditegur keras oleh Hakim tentang tanggungjawabnya memberi nafkah.

“Saya rasa tak perlu saya nak peringatkan tentang tanggungjawab kami sebagai bapa, sampai bekas isteri kamu nak kena dapatkan Perintah Nafkah Sementara”

Masa tu saya tengok wajah lelaki tersebut, tunduk tak melangut. Malu agaknya kena basuh dengan hakim di khalayak awam.

Ada bapa yang memang sampai nak kena ada perintah nafkah baru nak bagi nafkah. Ada yang jenis nak bagi dalam bentuk ‘claim’. Maksudnya, ibu guna duit sendiri dulu, claim kemudian.

Persoalannya, kenapa wujud sikap sebegini pada sebilangan bapa?

Sebab-sebab Suami Culas Nafkah Anak

Ads

Berdasarkan pengalaman saya, ada beberapa sebab yang boleh saya kongsikan. Antaranya:

1. Anak tak di berada di bawah jagaannya

Bagi seorang bapa yang tahu tentang hak jagaan anak ini sememangnya kuat kepada ibu melihatkan kepada dalil syarak dan peruntukan undang-undang itu sendiri.

Tapi, bagi bapa yang tak faham, dia akan letakkan rasa dendam dan marah kerana tak puas hati anak diletakkan di bawah jagaan si ibu selepas cerai. Jadi, belanja hari raya juga diletakkan kepada si ibu sedangkan itu tanggungjawab si bapa.

2. Ada keluarga baru

Kebanyakan lelaki yang sudah bercerai, akan memulakan perkahwinan baru dengan wanita lain. Tak ada masalah kalau nak kahwin lain, cuma bila kahwin lain, dapat anak baru, anak dengan bekas isteri diabaikan.

Biasanya sebelum kahwin lain, boleh je bagi duit belanja raya pada anak. Bila dah ada tanggungan baru, nafkah raya kena potong. Lebih teruk, ada yang tak ambil tahu langsung pun lepas ada keluarga baru.

3. Bekas isteri gaji besar

Ads

Bagi bapa yang bertanggungjawab, dia akan faham, walaupun si ibu berpendapatan tinggi macam mana sekalipun, nafkah hari raya tetap tanggungjawab dia.
Tapi, ada bapa yang akan cakap, ‘dah maknya gaji besar, dia la yang tanggung’.

Kalau si ibu itu nak beli keperluan hari raya, ia tetap bukan tanggungjawabnya untuk sediakan nafkah tersebut. Ia dikira sedekah sahaja, tak akan dipersoal kelak di hadapan Allah berbanding abai nafkah.

4. Utamakan keperluan diri berbanding anak

Kebiasaan lelaki, tak kisah sangat kalau baju raya untuk dirinya adalah baju tahun lepas, dua tiga tahun lepas. Yang penting baju tersebut masih boleh dipakai.

Baginya, cukuplah sekadar yang perlu untuk dirinya sahaja, asalkan tanggungannya dijaga dengan baik. Lelaki macam ini bagus.

Tapi, jangan tak tahu, ada juga lelaki yang belanja dirinya setiap tahun, lebih dasyat daripada isteri dan anak-anaknya. Baju raya berpasang-pasang, sampin raya beratus beribu, kasut raya macam-macam brand. Tapi, dekat anak dan isteri, hmmmm. Kalau ala kadar, ok lagi. Tapi, ada yang bagi alasan duit dah habis itu kelakar.

5. Sudah bagi nafkah bulanan macam biasa

Bagi mereka yang dah berpisah, nafkah bulanan anak-anak mungkin diberi setiap bulan kepada bekas isteri. Dia tahu itu tanggungjawabnya. Tapi, ada akan cakap, duit belanja raya itu, gunalah duit yang dia bagi setiap bulan.

Tak boleh macam tu. Kalau duit belanja bulanan itu cukup-cukup untuk keperluan makan minum, mana pulak cukupnya untuk beli baju dan keperluan hari raya anak-anak. Kalau beli baju anak-anak, macam mana pulak belanja makan minum mereka.

Ads

Beza Nafkah Bulanan & Nafkah Tahunan

Sebab itu di Mahkamah, perintah nafkah bulanan, berbeza dengan nafkah tahunan.

1. Apa tindakan kalau bapa lepas tangan?

Jika sudah banyak kali mintak ditunaikan tanggungjawab, tapi masih gagal untuk dilaksanakan, tidak ada cara lain melainkan si ibu membuat tuntutan bagi pihak anak-anak di Mahkamah Syariah.

Bila ada perintah nafkah anak, sekurang-kurangnya boleh menyedarkan tanggungjawabnya untuk sediakan nafkah keperluan hari raya kepada anak-anak.

Jika gagal tunaikan, ia boleh jadi satu hutang yang perlu ditunaikan dan dituntut kelak di Mahkamah.

Kesimpulan

Seorang lelaki yang bersedia untuk jadi suami dan bapa, perlu ada kesedaran dan tanggungjawab. Meskipun telah bercerai, tanggungjawab memberi nafkah anak ini jangan sesekali diabaikan.

Ini adalah tanggungjawab wajib meskipun anak tidak berada di bawah jagaan bapa. Jangan jadikan ini sebagai alasan. Utamakan nafkah anak dalam apa jua perkara, bimbang kita kelu tak terkata tanpa jawapan bila disoal Munkar dan Nakir tentang tanggungjawab memberi nafkah.

Mingguan Wanita : Walaupun dah kahwin lain dan punyai anak, jangan lupa nafkah anak dengan bekas isteri dulu. Itu pun darah daging juga ye!

Sumber: Fahmi Ramli
Peguam Syarie & AIA Wealth Planner

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI