Bekas isteri menangis hadap kerenah mahkamah syariah isu nafkah anak, video viral tarik perhatian menteri agama. Ada banyak aduan mengenai mahkamah syariah yang disuarakan oleh bekas isteri selepas bercerai. Khususnya melibatkan isu nafkah anak-anak kerana lelaki culas membuat bayaran.
Ada nafkah yang tertunggak berbulan-bulan di mana si ayah bersikap lepas tangan memberikan nafkah kepada anak-anak selepas perceraian terjadi. Baru ini viral tangisan dari seorang wanita di media sosialnya Tik Tok @nurul alisa yang sudah habis sabar mengadap kerenah mahkamah syariah mengenai tuntutan nafkah anak-anaknya.
Dalam video yang viral itu, Nurul Alisa mengakui cutinya sudah habis malah borang setebal kamus sudah diisinya tetapi tuntutan nafkah buat anak-anaknya tak juga selesai-selesai.
“Kau tau tahu kenapa ramai perempuan yang give up tuntut bab nafkah. Sumpah aku dah penat. Datang banyak kali tapi alasan kaunter tak bukak. Nak suruh aku datang jam berapa?.Dah 9 bulan nafkah anak-anak tak dapat lagi. Itu belum lagi bab surat cerai pun lambat.
“Aku datang sini, dia kata kaunter tutup. Dia suruh datang Isnin ke Jumaat tapi sapa yang tak kerja. Aku dah tak ada cuti. Hari tu pun dah cuti dua minggu sebab jaga anak sakit. Kalau macam nie patutlah ramai wanita yang give up bab nakfkah anak-anak. Sumpah aku memang dah penat. Aku cuma nak minta nafkah anak-anak aku aje.
@bullisaBurn out♬ original sound – Nurin Alisa
Di sebalik tangisan videonya yang viral itu, Menteri Agama, Yang Berhormat Senator Dato’ Setia Dr. Haji. Mohd Na’im Mokhtar yang juga bekas Ketua Pengarah dan Ketua Hakim Syarie Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) telah bertanya di bahagian komen mahkamah syariah mana yang terlibat.
“Boleh saya tahu Mahkamah Syariah mana Puan, terima kasih.
Nurin Alisa kemudian dilihat membalas pertanyaan itu dengan memaklumkan akan menjawabnya di inbox.
Selepas dari pendedahannya itu, semalam Nurin Alisa berkongsi hal ini telah mendapat perhatian dari Yang Berhormat dan Mahkamah Syariah sendiri selepas ianya tular. Malah dirinya turut menulis beberapa cadangan agar borang tidak lagi diisi secara manual sebaliknya gunakan komputer untuk mengisi semuanya.
“Dari 5 kes sehari, boleh ambil 20 kes sehari,” katanya.
https://www.tiktok.com/@bullisa/photo/7425101108244172050?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7424363205940446728
BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :– Isteri Sedih Suami Berkira, Pisang Goreng RM6 Suruh Bayar Separuh Sebab Dah Beri Nafkah RM400 Sebulan
Isteri Sedih, Suami Sanggup Tak Mengaku Anak Sebab Tak Mahu Bayar Nafkah
Bekas Suami Buruk Siku, Tuntut Barang Kemas Hadiah Kahwin Bengang Gaji Kena Potong Nafkah Anak
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE