Kekeluargaan

Bekas Isteri Dakwa Dipaksa Tidur & Mandi Dengan Madu, Suami Kahwin 3 Cetus Sensasi

Share

Bekas isteri dakwa dipaksa tidur & mandi dengan madu, kisah suami  kahwin 3 cetus sensasi. Siapa yang pernah mengikuti kisah seorang influencer yang mempunyai jumlah pengikut ramai, pasti tahu kisah hidupnya bermadu.

Di media sosial,  wanita cantik manis ini pernah berkongsi hubungan baiknya dengan madu.

Ramai yang kagum dengan keakraban mereka kerana keduanya boleh keluar bersama, makan bersama-sama bahkan dari video ditonjolkan hingga mencapai jutaan views,  keduanya nampak seperti kawan baik dan bukannya hidup bermadu.

Namun di sebalik kemanisan bermadu itu, malam tadi di live tik tok, Tyrah dan  Kak Nad (merupakan bekas isteri kedua) membuat kemunculan bersama di mana mereka berkongsi sisi pelik bekas suami yang mendakwa mahu mereka mandi bersama, tidur bersama dan lain lagi sekaligus mendedahkan kehidupan bermadu tidak semanis disangka dalam video Tik Tok @myanggun23.

Di bahagian pertama, keduanya berkongsi mendakwa dipaksa tidur bersama, mandi bersama  dan lain lagi. Bahkan bekas isteri kedua ini mendakwa dirinya pernah dipersoal tentang ibadah solat.

@myanggun23 Tok seko sungguh tengok ko perangai. Tok sanggup weh! Hidup bermadu, tidur sekali, mandi sekali. Bini nok semaye pun tok bui. Allahu dunia akhir zaman 😭😭 #babyazrinbermadu #babyazrintyrah #suamipenunggangagama #fyp ♬ original sound – Anggun SB

Dalam siaran langsung itu kak  Nad mendakwa dirinya sering menerima tekanan sebelum diceraikan dengan talak tiga.

@myanggun23 Sian ko Kak Nad 😭 #babyazreen #tyrahbetyrah #madu ♬ original sound – Anggun SB

Part by part,  di siaran langsung yang sama @Tyrah mendakwa dirinya pernah ditampar  ketika mengandung dan dirinya turut mendakwa ada ramai saksi melihat situasi tersebut malah dirinya turut menyimpan bahan bukti di telefonnya.

@myanggun23 Replying to @dafifaisal ♬ original sound – Anggun SB

Setakat satu jam lalu, part 4 telah dimuat naik di Tik Tok tersebut dan sudah pasti semakin banyak kisah sensasi dikongsikan.

BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :-Wanita Yang Terjebak Dengan Suami Orang, Mengapa Masih Bertahan, Sedangkan Dia Khianat Dengan Pasangannya

Adik Ipar Selalu Sakitkan Hati, Punca Suami Isteri Bergaduh, Kalau Melampau Sangat, Jauhkan Diri Demi Jaga Mental

Suami Isteri Bertengkar Ada Manfaatnya, Kajian Buktikan Hubungan Jadi Lebih Utuh

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE

“Mayat orang terendam nie bau dia dari jauh dah boleh hidu. Kulit mereka pun dah tertanggal. Biasa badan mereka licin, beza dengan kematian biasa.
“Satu petua bila bau mayat begini, pantangnya jangan ludah. Sebaiknya telan air liur dan insya Allah bau mayat akan hilang serta merta.
“Biasanya bagi pengurusan mandi jenazah begini, kita akan lapik kain putih dahulu dan baru letak jenazah atasnya. Jangan gosok kerana isi dah lerai.
Ambil sabun dan taburkan. Paip air kita bungkus atasnya dan jirus perlahan pada jenazah. Tak lama, biasa sekejap. Habis mandi, kulit-kulit tertanggal kita satukan sekali…
Ikuti kisah pengalaman tukang mandi jenazah, Puan Lasminah Dul Siraj yang berpengalaman berpuluh tahun dalam pengurusan jenazah di Lembah Klang.
Ikuti video penuh temubual bersama dirinya di YouTube Mingguan Wanita dan Facebook jam 8 malam ini. Jangan lupa subscribe YouTube Mingguan Wanita.
Lokasi temuramah :- Tanah Perkuburan Islam Kg Kerinchi, Bukit C2 Pantai Dalam.
Published by
Almaswa Haji Che Ros