Faktor usia lanjut bukan halangan dalam mendapatkan cahaya mata. Bekas bos Formula Satu (F1), Bernie Ecclestone menjadi bapa untuk kali keempat pada usia 89 tahun. Isterinya, Fabiana Flosi, 44, selamat melahirkan anak lelaki pada 2 Julai lepas.
Ecclestone yang sudah mempunyai lima cucu dan bakal berusia 90 tahun Oktober depan, mengesahkan berita itu kepada media tempatan.
“Kami dikurniakan anak lelaki bernama Ace. Saya sangat bangga.”
Fabiana kemudian menambah;
“Segala-galanya berjalan dengan lancar. Proses kelahiran berakhir selepas 25 minit. Terima kasih Tuhan.”
Ecclestone yang juga seorang jutawan, kini menetap di Switzerland bersama pasangannya itu. Ia adalah anak lelaki pertama Ecclestone selepas dikurniakan tiga anak perempuan menerusi perkahwinan terdahulu.
Anak pertamanya, Deborah, 65, adalah hasil perkahwinan bersama isteri pertama, Ivy Bamford sebelum dia memperoleh dua anak lagi iaitu Tamara,35, dan Petra, 31, hasil perkahwinan dengan isteri kedua, Slavica Radic.
Ecclestone berkahwin dengan Fabiana pada 2012, tiga tahun selepas bercerai bersama Slavica.
Baca lagi di sini;
57 Tahun Menanti, Sejurus Dapat Anak Pasangan Warga Emas Masuk ICU
Umur 73 Tahun, Wanita India Selamat Lahirkan Bayi Kembar Perempuan!
Bernie Ecclestone juga memberitahu ia tidak akan terhenti di sini dan dia mahu mempunyai anak lagi. Ayah kepada 4 orang cahaya mata ini melupakan Viagra dan dia mendedahkan rahsianya yang hanya memerlukan produk makanan tambahan Vitamin D.
Bercakap selepas kelahiran bayi lelakinya yang diberi nama Ace hasil perkongsian hidup bersama isteri, Fabiana Flosi, 44.
Ecclestone mendakwa dia tidak ‘terlalu tua’ untuk membesarkan anak. Malah dia mengakui mampu menjadi bapa terbaik kepada empat anaknya termasuk daripada perkahwinan terdahulu.
“Saya sangat gembira. Ketika saya mempunyai anak perempuan yang seolah-olah memperlihatkan diri saya lebih muda.
“Kini saya mempunyai lebih banyak masa bersama keluarga dan saya berharap dapat meluangkan masa bersama akan lelaki saya ketika dia membesar.
“Saya tak tahu sama ada kami akan berhenti di sini. Sekurang-kurangnya dia harus mempunyai adik lelaki atau perempuan.
“Saya memberitahu Fabiana mempunyai anak yang ramai pastinya hebat.”
MW: Ada anak ramai memang meriah keluarga. Tak kisah ada anak ramai asalkan berkemampuan untuk sama-sama menjaga dan membesarkan anak-anak dengan isteri.
Sumber: hmetro