Bekalkan Anak Minuman Berkultur Minum Waktu Rehat, Yang Tinggal Hanyalah Air, Gula & Pewarna

Share

Bekalkan Anak Minuman Berkultur Minum Waktu Rehat, Yang Tinggal Hanyalah Air, Gula & Pewarna. Bila anak-anak dah mula ke sekolah, lumrah mak-mak akan bekalkan makanan dan minuman yang sesuai. Selalunya yang menjadi pilihan adalah minuman berkultur yang mengandungi probiotik baik untuk usus anak.

Namun ada kalanya mak-mak terlepas pandang perkara sebegini. Minuman berkultur tak sesuai dibawa bekal untuk minum ketika waktu rehat. Sebaiknya ia dinikmati ketika masih sejuk, selepas keluar peti ais.

Baca perkongsian daripada dietitian, Lily Moha ini sebagai panduan.

Saya tengok ada mak-mak bekalkan minuman berkultur seperti Vitagen dan Yakult kepada anak ke sekolah.

Mak,
Minuman berkultur adalah minuman dengan “benda hidup” atau probiotik. Benda hidup perlu gula. Jika mak pernah cuba Yakult less sugar, ia lebih masam dari Yakult biasa kerana mereka letak lebih banyak probiotik kalau-kalau ia mati sebab tak cukup makanan.

Selain gula, ia perlu suhu yang sesuai. Sebab tu kalau mak baca kaedah penyimpanan, disarankan simpan pada suhu kurang 4’C. Pada suhu lebih apatah lagi panas, meninggal depa ni semua. Kesian, arwah baik orangnya.

Jadi, minuman berkultur yang mak letak sekali dalam tapawey cantik, sebelah ada makanan baru masak yang panas, anak makan pula pada jam 10 pagi, yang tinggal hanyalah air, gula dan pewarna. Tidaklah mencapai maksud kita beli ayaq mahai ini.
Oleh itu, mak…

Apabila beli minuman berkultur terus balik simpan dalam peti ais, beri anak minum dari peti ais dan habiskan jika sudah buka.

Lily,
Dietitian.

Mesti Baca:Campuran Telur & Yakult, Cara Organik Hasilkan Hormon Penggalak Pokok Berbuah Lebat!
Baca Lagi Di Sini:Biasakan Anak Kita Dengan 4 Makanan Tinggi PROBIOTIK Ini, Banyak Manfaatnya
Artikel Menarik:Begini Cari Yogurt Yang Betul-betul Sihat Dan Baik Untuk Anak

Mingguan Wanita: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Jadi pesanan buat mak-mak, nak bagi anak minuman berkultur macam ni pastikan anak minum dalam keadaan sejuk, barulah elok keadaan probiotiknya.

Sumber: Lily Moha

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Published by
Suhaidah Abd Wahab