Cara Mak-Mak Boleh Uruskan Peti Ais Dekat Rumah, Supaya Nampak Kemas & Bersih

Share

Hujung minggu merupakan waktu terbaik mak-mak boleh luangkan masa susun atur dan uruskan barang dalam peti ais di rumah. Sebenarnya ada cara tertentu yang boleh dipraktikkan dalam pengurusan peti ais ini demi memastikan ia kekal bersih dan nampak kemas. Perkongsian tips pengurusan peti ais ini merupakan cara yang dipraktikkan oleh Dr Hani Mynis dirumah beliau. Namun tidak salah mak-mak turut mencuba cara ini dirumah sendiri.

Berikut antara perkongsian beliau sebagai panduan;

#kemasrumahwithhani : Pengurusan Peti Ais

“Seminggu sekali hani akan luangkan sikit masa untuk kemas peti ais. Selalunya hari Khamis lah sebab nak kena check apa lagi bahan mentah yang masih ada dalam peti ais untuk plan minggu depan punya menu pulak.”

Tips Peti Ais Nampak Kemas Dan Bersih:

  • Boleh pasang lapik dekat setiap shelf. Sekarang dah trend orang pasang glass wallpaper kan? Cantik-cantik semua. Hani dari 3, 4 tahun dulu memang setia pakai placemats dari mr. diy je. Hani prefer pakai placemats sebab senang nak tanggalkan placemats untuk pergi cuci kalau placemats tu kotor (tak payah keluarkan tray ). Lagi pulak hani suka tukar-tukar style kejap corak bunga-bunga kejap corak lain.
  • Apa pun, tips hani kalau nak pakai placemats, pilih yang transparent bukan yang legap sebab yang legap menghalang cahaya dari tembus hingga ke shelf paling bawah. Kalau gelap sangat peti ais tu kang tak nampak pulak isi harta karun dekat shelf bawah-bawah dan area belakang.
  • Pilih satu atau dua warna tema bekas yang nak disimpan dalam peti ais.
  • Untuk setiap container, jika ada, pilih bekas bertapak empat segi dari berbentuk bulat. Jimat ruang dan lebih kemas (dari segi visual).
  • Buat pengkhususan setiap shelf untuk letak apa. Optional: labelkan (guna masking tape pun ok).

Detail label pengkhususan setiap shelf ada dalam caption gambar sebagai rujukan.

Happy Organising

  • Hani lebih suka bekas bertapak empat segi dari bulat sebab nampak lebih kemas.
  • Hani pilih seragamkan bekas semua berwarna hijau.
  • Guna placemats transparent supaya cahaya boleh sampai ke bawah

?Shelf Pertama (Paste) :

Untuk letak pes (contohnya pes bawang merah, cili kering, bawang putih dan bawang putih + halia) letak di shelf paling atas, senang nak ambil sebab ni barang dalam peti ais yang selalu keluar masuk. So letak paling atas senang nak ambil.

?Shelf Kedua (Today) :

Ni bahagian untuk letak protein yang akan dimasak untuk “hari ini”. Sebelum keluar pergi kerja pagi-pagi atau sebelum tidur, protein akan diturunkan dari bahagian freezer ke bahagian chiller dan hani letak kat sini.

?Shelf Kedua (Leftover) :

Ni bahagian untuk letak lebihan makanan. Simpan dalam bekas bertutup dan bekas microwave-able atau tahan panas kukusan. Sebab nak panaskan nanti senang. Seeloknya kalau simpan lauk tu kat bahagian chiller, kena makan lauk tu dalam masa tiga hari. Kalau agak-agak nak simpan lama nak makan balik minggu depan ke, letak kat bahagian freezer.
Kalau hani teringat, akan tulis tarikh lauk guna pelekat je, kalau tak hani just check semula dengan jadual menu mingguan hani bila hani masak lauk tu.

?Shelf Ketiga (Dry Foods) :

Ni bahagian untuk letak makanan kering macam hani simpan ikan bilis, asam keping, belacan, asam jawa. Barang-barang ni sebenarnya boleh je letak luar atau dalam peti ais, takde masalah.

?Shelf Keempat (Vegetables) :

Untuk letak sayur yang guna kan teknik rendaman dan daun-daun (kari, limau, kunyit, kesum dan lain-lain)

?Vegetables Drawer :

Tempat letak sayur-sayur yang dimasukkn dalam ziplock bag. Pastikan sayur dalam ziplock bag tak dihimpap dengan sayur lebih berat atau besar.

BAHAGIAN PINTU PETI AIS:

? Shelf pertama : kawasan paling tak sejuk dalam peti ais. Selalu hani kosongkan takpun hani letak masker homemade.

? Shelf kedua : letak pes-pes lauk (pes tomyam, pes asam rebus) dan cili jeruk.

? Shelf ketiga : Air minuman

? Shelf keempat (condiments) : untuk letak botol sos dan kicap dan juga susu pekat manis

PENGURUSAN PEI AIS YANG BETUL UNTUK BAHAN-BAHAN:

1. SOS

(Sos cili sos tomato, kicap, sos tiram, sos lada hitam dan mayonaise yang sudah dibuka).Ada yang suka simpan dekat luar tapi cara yang sebetulnya ialah kena simpan dalam peti ais. Kalau perasan, label pada botol-botol sos dan kicap ada tertulis “refrigerate after opening”.

Ini untuk mengelakkan pertumbuhan kulat kat sekeliling mulut botol dan penutup botol. So nak simpan kat mana? Kat bahagian pintu peti ais.

2. SUSU

Ok next susu? Untuk susu dalam tin tak kisah pekat atau cair boleh disimpan dalam peti ais dibahagian pintu peti. Sebelum simpan kena transfer dulu dari bekas tin asal ke dalam bekas bertutup (plastik or kaca). Elakkan simpn dengan tin-tin sekali dalam peti ais, sebab kita tahu dalam peti keadaannya lembap dengan oksigen boleh mengalakkan pengaratan pada tin. For safety reason, tu belum lagi kalau terambil terpegang mulut tin tu, tajam ada yang berdarah kang.

Susu segar/ susu kotak simpan kat bahagian dalam, jangan simpan dekat bahagian pintu. Bahagian pintu suhu nya paling tak stabil, berubah ubah bila kita buka tutup pintu peti ais tu. Perubahan suhu yang kerap boleh sebabkan susu cepat rosak.

3.TELUR

Cara menyimpan telur dengan betul

Ada dua cara:

1. Simpan Di Luar Peti Ais

Lebih elok simpan dalam bekas asal telur disebabkan dua sebab satu: ada tarikh best before dicetak pada bekas telur, kedua: telur diletakkan di dalam bekas di dalam posisi optimum dimana telur kuning dia berada ditengah, memanjangkan tempoh kesegaran telur (sekurang-kurangnya sebelum best before date).

Jangan dibasuh, disebabkan dikulit telur ada satu lapisan perlindungan untuk menghalang bakteria masuk dalam telur dan percepatkan proses telur rosak.

Simpan ditempat terlindung dari cahaya matahari dan suhu yang consistent bukan sekejap panas sekejap sejuk.

2. Simpan Dalam Peti Ais (Chiller)

Jangan disimpan di bahagian pintu peti ais. Seeloknya hendaklah disimpan di bahagian dalam peti (bahagian shelf) sebab pintu peti ais kawasan yang paling mempunyai suhu yang tak tetap (kerap berubah suhu bila kita buka dan tutup pintu peti). Perubahan suhu yang ketara boleh menyebabkan telur cepat rosak.

Kalau disimpan bahagian dalam peti, simpan dalam bekas telur (atau any bekas yang muat) yang kedap udara bertutup rapat untuk elakkan cross contimination telur yang kotor (sebab telur jangan dibasuh for same reason as above) dengan makanan lain dalam peti ais.

Jangan dibasuh telur, nak masak baru basuh.

4.UBAT-UBATAN

Ramai yang suka letak ubat dalam peti lagi-lagi bahagian pintu peti ais,kan? Ubat tak perlu disimpan dalam peti ais ya. Apatah lagi di bahagian pintu peti ais. Kalau kita simpan kat pintu, kita bukan tambah tempoh best-use dia, kita cepat rosakkan dia lagi ada.

Ubat-ubat cecair sangat sensitif dengan haba, kelembapan, dan cahaya matahari. Kita pun tahu dalam peti ais tu kawasannya lembap. Lagipun dekat botol ubat ada label “keep in dry and cool place” bukan cool peti sejuk ye. Memadai dalam kabinet yang jauh dari cahaya matahari dan agak dingin.

So nak simpan kat mana, simpan je dalam kabinet/pantry. Ubat dah buka atau belum simpan je dalam pntry. Ubat yang dah dibuka pun ada expired date dia. So penting nya bila bukak cap ubat tu terus label kat penutup ubat tu bila kita dah bukak ubat tu. Detail Pengurusan kabinet ubat hani nanti hani update.

Dulu hani pernah share pengurusan pantri kan? Boleh baca disini:

Semoga perkongsian ini bermanfaat.

Sumber: Dr Hani Mynis

Published by
Suhaidah Abd Wahab