Begini Resepi Campak-campak Nasi Daging Kurma, Senang Masak Sekali Harung

Resepi nasi daging kurma ini sesuai betul untuk mak-mak yang terkejar waktu. Boleh siapkan semua bahan masakan sekali harung. Kalau superdaddy Khairul Abdullah ini boleh buat dengan senang hati, mak-mak lagilah mampu kan.

Kata Khairul lagi, mudah sebab campak-campak je bahan, tekan suis dan tunggu nasi masak. Dalam nasi siap sudah berperisa dan berlauk.

Kau tahu lah kan, memasak jenis sekali harung atau “one pot meal” ni memang kegemaran aku. Selagi boleh semua nak sumbat sekali dan tekan butang on. Siap.

Anak-anak pula jenis suka makan nasi berperisa ni. Maka hari ni aku buat Nasi Daging Kurma. Senang baqhang, campak-campak dan tekan suis sahaja.

Nah macam biasa, resipi Nasi Daging Kurmahu Cintamu Mekar di Hatiku ala Superdaddy Khairul Abdullah, yang korang kata tengah angau tu.”

IKLAN

Resepi Nasi Daging Kurma

Begini Resepi Campak-campak Nasi Daging Kurma, Senang Masak Sekali Harung

Bahan-bahan yang perlu ada:

2 cawan beras dibersihkan dan ditoskan.
250gm daging atau ayam. (Daging bahagian lembut yer. Kalau keras sila rebus dahulu)
4 sudu rempah kurma, cap apa pun takpe.
3 ulas bawang putih diketuk.
1 biji bawang besar dipotong boleh didadu pun boleh.
1 tangkai daun kari (optional) aku suka benda alah ni.
1 helai daun pandan (optional) dicarik dan disimpul.
1 biji tomato (optional) dibelah 8.
1 tangkai daun sup (optional).
1 sudu rempah 4 sekawan (kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan buah pelaga).
2 sudu minyak sapi atau ganti butter atu marjerin.
1 sudu minyak masak.
1 cawan santan atau susu atau, kalau taknak ganti air .
1-2 cawan air (ikut jenis beras yang korang gunalah).

*Bahan yang optional tu kalau takde pun takpe yer, jangan susah hati. Rileks sudah.

IKLAN

Begini Resepi Campak-campak Nasi Daging Kurma, Senang Masak Sekali Harung

Cara nak buat dia:

1. Perap daging atau ayam dengan 1 sudu rempah kurma dan sedikit garam dalam setengah jam.
2. Panaskan minyak dan butter/minyak sapi dan tumiskan rempah 4 sekawan sekali dengan bawang putih, bawang besar, daun kari dan daun pandan sampai naik bau.
3. Perlahankan api dan masukkan 3 sudu rempah kurma yang telah dibancuh engan sedikit air. Kacau sampai naik bau dan masukkan daging atau ayam tadi. Kacau lagi dengan penuh kasih sayang. Kalau nak transfer ke periuk elektrik maka transfer sekarang.
4. Lepas tu masukkan susu/santan jika ada atau jika mahu. Kalau tak suka berlemak sangat tak payah masukkan. Terus masukkan air dan biar mendidih.
5. Masukkan beras, kacau rata dan masukkan tomato dan juga daun sup jika ada. Tekan suis on kalau dah memang buat dalam periuk letrik. Atau jika belum boleh transfer semuanya ke dalam periuk letrik dan tekan on. Atau boleh biar masak dalam periuk biasa tu jer.
Siap dahh.

Begini Resepi Campak-campak Nasi Daging Kurma, Senang Masak Sekali Harung

IKLAN

Tips:

√   Nasi macam ni guna ayam lebih best dari daging, sebab ayam akan sentiasa moist dan flavourful. Daging pula dia akan dry dan kurang flavour sikit. So kalau guna daging nak kena buat air asam untuk cicah dia, barulah boleh pergi jauh.
√   Daging pula kalau kena yang keras maka jenuhlah nak mengunyah. Jadi sebaiknya rebus dulu biar empuk dan guna air rebusan tadi ganti air biasa untuk masak nasi.
√   Bagi yang ada pressure cooker bolehlah guna.
√   Bagi yang tidak memiliki pressure cooker,
Milikilah aku.

#superdaddy
#ResepiSuperDaddy

Sumber/Foto : Khairul Abdullah

Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI