Begini Jaga Luka Berkhatan Anak Supaya Tak Bentan Bernanah, Cepat Sembuh!

Share

Begini Jaga Luka Berkhatan Anak Supaya Tak Bentan Bernanah, Cepat Sembuh! Musim cuti sekolah yang agak panjang ni, ramai mak ayah yang merebut peluang membawa anak ke klinik untuk berkhatan.

Namun demikian, bagi mak ayah yang pertama kali, berpengalaman untuk menjaga anak selepas berkhatan, hadamkan perkongsian daripada Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan ini. Barulah luka anak selepas berkhatan tak bentan bernanah dan cepat sembuh.

10 TIP PENJAGAAN LUKA BERKHATAN

Sekarang ni musim berkhatan, ramai ibu bapa mohon saya tips penjagaan selepas berkhatan agar tidak bentan atau bernanah dan luka cepat sembuh.

Jadi hari ni saya nak beri sedikit penerangan tentang penjagaan luka selepas berkhatan.

1. Jangan biarkan balutan luka tidak dibuka lebih 72 jam. Ia perlu dibuka, untuk pantau komplikasi berikut:

Jangkitan/nanah
Bengkak/bentan
Jahitan terbuka
Keruping melekat pada balutan

2. Luka berkhatan perlu dicuci 2-3 hari sekali menggunakan normal saline. Caranya:

Bersihkan daki / darah beku sekitar luka
Cuci luka dengan normal saline
Periksa jika ada jahitan & tanda jangkitan
Tutup semula luka jika tiada tanda-tanda.

3. Ada beberapa ubat yang dibekalkan oleh doktor selepas prosedur berkhatan:

  • Tahan sakit: diambil bila perlu
  • Antibiotik: perlu diambil ikut jadual
  • Ubat cucian: lazimnya normal saline
  • Elak sapu minyak/herba pada luka

4. Anak-anak kadangkala mengadu berasa ngilu bila kepala zakar bergesel dengan pakaian(seluar/kain). Itu perkara normal kerana ia bahagian yang sensitif dan sebelum ini ia dilitupi kulit, tetapi kini terdedah. Ngilu itu akan beransur-ansur hilang.

5. Pakai pakaian yang longgar dan selesa supaya aliran darah tidak terganggu dan dapat pengudaraan yang secukupnya. Ini membantu proses penyembuhan luka. Boleh pakai seluar, asalkan tidak terlalu ketat.

6. Selepas berkhatan, anak-anak dibenarkan berjalan. Malah mereka tidak digalakkan hanya berbaring sahaja. Aktiviti ringan ini membantu pengaliran darah dan mengurangkan tempoh penyembuhan luka. Cuma jangan lasak sangatlah.

7. Pastikan minum air secukupnya. Ada petua lama yang mengatakan minum air banyak selepas berkhatan menyebabkan bentan. Itu tidak benar. Air yang cukup adalah satu faktor yang penting untuk penyembuhan luka.

8. Jaga pengambilan makanan. Perlu ambil makanan yang mengandungi protein, serat, vitamin secukupnya. Boleh makan: ayam, telur, ikan, kicap, sayur. Ia tidak akan menyebabkan kegatalan atau kehitaman pada luka berkhatan.

9. Luka berkhatan akan sembuh dalam masa 10-14 hari. Jika ada tanda-tanda berikut, jumpa doktor:

  • Sakit/bengkak melampau
  • Nanah yang banyak
  • Demam tinggi
  • Tak boleh kencing

10. Bergantung pada teknik khatan, mungkin perlu bawa anak berjumpa doktor untuk rawatan susulan.

  • Jahitan konvensional: tak perlu dibuka
  • Klamp: perlu jumpa doktor untuk dibuka
  • Gam: tak perlu jumpa doktor semula
  • Mesih jahit: perlu jumpa tukang jahit.

OK, yang last tu bergurau je. Jangan kau minta tukang jahit jahitkan cara tulang belut, mata lalat apa semua.

Semoga bermanfaat!

Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan

Mesti Baca:Dengar Bayinya Menangis Saat Berkhatan, Mira Filzah Sama Jatuh Air Mata
Baca Lagi Di Sini:Pesanan ‘Tok Mudim’ Waktu Terbaik Anak Berkhatan, Jangan Tunggu Umur 10 Tahun
Artikel Menarik:“Kalau Anak Pertama Yang Nak Berkhatan, Mak Ayah Tolong Siap Awal-Awal Bab Ini!”

Mingguan Wanita:Semoga bermanfaat dan boleh dijadikan panduan buat mak ayah yang sedang menjaga anak selepas berkhatan.

Sumber: Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan

Follow kami di Facebook , Website , Instagram, YouTube , Twitter , Telegram MW dan TikTok Mingguan Wanita untuk mendapatkan info, berita terkini serta artikel-artikel menarik.

Published by
Suhaidah Abd Wahab