Begini Caranya TUKAR & AKTIFKAN Kad Debit Maybank Secara Online!

Share

Rupanya boleh tukar dan aktifkan kad debit Maybank secara online je. Malah kad juga dihantar ke rumah. Bukan apa, kad debit bank ni ni sangat penting, bila nak guna tak perasan dah sampai tarikh luput dan tak boleh menunaikan sebarang transaksi.

Malah dalam situasi sekarang banyak urusan di pejabat kerajaan mahupun bank perlu membuat temujanji dahulu. Memang agak merenyahkan kena tunggu giliran, beratur dan cari masa yang sesuai.

Jadi, rupanya ini cara tukar kad debit terutama sekali Maybank secara online sahaja, kad pun akan dihantar ke rumah!

CARA TUKAR KAD DEBIT MAYBANK SECARA ONLINE

Menurut Maybank, semua kad debit Maybank boleh ditukar ganti melalui dalam talian kecuali jika kad berkenaan hilang/dicuri atau terlupa nombor PIN. Jika tidak mahu berurusan di cawangan bank, anda boleh saja menukarkan kad tersebut menerusi dalam talian dan tunggu kad yang baharu dihantar ke rumah masing-masing.

1. Log masuk Maybank2U

2. Pergi ke Settings

3. Pergi ke Cards

4. Pilih Debit Cards dan pergi kepada Replace, Activate & Block

5. Tekan titik tiga seperti dalam bulat di gambar.

6. Pilih Replace Card.

7. Isi alamat anda untuk penghantaran Card, poskod alamat berserta negeri anda. Click di T&C untuk setuju dan tekan Replace Card.

8. Tekan request SMS TAC dan isi TAC yang diterima diruangan yang disediakan.

9. Masukkan nombor TAC dan klik CONFIRM

Kad baharu anda akan dihantar dalam tempoh 9 hari bekerja dari tarikh permohonan.

Menariknya, pertukaran kad baharu ini adalah PERCUMA dan tidak dikenakan caj.

Bila kad baharu sudah sampai, anda perlu mengaktifkan sendiri kad tersebut melalui dua saluran iaitu sama ada di ATM Maybank atau secara dalam talian.

Bagi anda yang ingin mengaktifkannya di mesin ATM, ikuti langkah di bawah ini.

1.Masukkan kad

2.Pilih bahasa

3.Masukkan nombor PIN

4.Pilih Transaksi lain

5.Pilih Perkhidmatan lain

6.Tekan skrin berikutnya

7.Tekan pada Pengaktifan Kad

Manakala, bagi yang ingin mengaktifkan secara dalam talian, ikuti langkah di bawah ini.

1.Log masuk laman web Maybank2U

2.Klik Settings

3.Klik Cards

4.Klik Manage Debit Cards

5.Klik Activate

Kad debit baharu ini perlu diaktifkan dalam tempoh 90 hari selepas diterima. Jika gagal, anda perlu membuat permohonan kad baharu semula dan caj pertukaran RM 12 akan dikenakan.

Berkenaan dengan PIN pula, anda masih lagi boleh menggunakan PIN yang sedia ada dan tidak perlu tetapkan yang baharu. Bagaimanapun, jika ingin mengubah PIN, anda boleh melakukannya di ATM Maybank.

Semoga Bermanfaat! Selamat Mencuba.

Baca Lagi Di Sini:

Cara MUDAH Transfer Duit Secara Online Dari Maybank2u Simpan Dalam ASB

CARA MUDAH Nak ‘Renew’ Lesen Memandu Tamat Tempoh Secara Online!

Tutorial Menabung Jangka Pendek, Setting Goals Guna Apps Cimb Clicks!

Mingguan Wanita : Semoga perkongsian ini bermanfaat. Jadi bagi yang kad debit maybank yang tamat tempoh tu, bolehlah tukar dan aktifkan kad baru secara online ikut cara yang dikongsikan di atas.

Sumber: Sirap Limau, Mermyman

Mingguan Wanita juga boleh diikuti di

YouTube : https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial

Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita

Instagram: https://www.instagram.com/mingguanwanita

Published by
Suhaidah Abd Wahab