
Isi Kandungan
ToggleBila hati dah jatuh suka dengan satu-satu kain langsir, sayangnya jenis hook pula. Sedangkan rod langsir di rumah lebih sesuai untuk kain langsir jenis ring.
Wanita ini, Nurul Razin berkongsi cara mudah menukar kain langsir jenis hook ke ring. Kain langsir tu dibelinya secara online di shoppe.
Kongsinya,
“Curtain shoppe. Percaya tak RM35 je sekeping. Lepas 200cm x 260cm labuh.
Saya ambil yang hook convert ring. Ring pasang sendiri je. Beli kat shoppe juga.
Ring – 1 pc = 30 sen
Total cost = RM154.40
Ini link nak beli curtain di shoppe : https://invol.co/clv199
Macam Ni Cara Tukar Curtain Hook Ke Ring
Selepas dah dapat curtain itu, Nurul menukar curtain jenis hook ke jenis ring. Katanya, dia gunakan curtain yang saiz lebarnya 145.
Nak bagi cantik alur curtain tu nanti, kenalah bagi jarak sama rata setiap letakan ring tu. Ini ukuran yang disertakan.
1. lebar curtain 100cm jarak antara ring 4 inci
2. Lebar curtain 120cm jarak antara ring 4.5 inci
3. Lebar curtain 140cm jarak antara ring 5 inci
4. Lebar curtain 145cm jarak antara ring 5.5 inci
5. lebar curtain 200cm jarak antara ring 5 inci
6. Wajib start dengan 1.5 inci
Baca sini : Teringin pakai langsir ring, takde modal. DIY rod guna paip PVC.
Ikut Step Mudah Dalam Gambar Di Bawah

Selamat mencuba!
Sumber/Foto : Nurul Razin
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Terlalu Tertekan Nak Kurus, Makin Susah Berat Badan Turun, Jangan Bebankan Diri!

Isi Kandungan
ToggleNak kurus dan turunkan berat badan bukanlah sesuatu yang mudah dan senang. Silap cara, mungkin boleh bertambah berisi pula. Ini belum lagi semangat yang ‘lain macam’ dengan beli macam-macam makanan diet.
Boleh dikatakan, nak diet kena betul-betul cekal dan kuat semangat. Jangan hanya sekerat jalan sahaja untuk nak kurus. Lepas itu, kelaut dalam, lebih-lebih lagi bila tengok makanan yang sedap-sedap.
Inilah yang dikatakan diet jadi sukar kalau ada macam-macam halangan. Seperti apa yang dikongsikan oleh Ariff Sukor, pakar fitness.
Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Doktor Ini Kongsi Pembedahan Perut Bukan Jalan Mudah Untuk Kurus, Ada Risikonya
Buat Sendiri Jus Kuruskan Badan, Senang Dan Jimat, Paling Penting Perut Kempis
Info Lebih Menarik DI SINI
Nak Kurus, Tapi Diet Jadi Sukar
MENGAPA DIET JADI SUKAR?
1. Keluarkan wang terlalu banyak untuk mengejar makanan-makanan sihat yang berharga kayangan.
2. Terlalu stres dalam progres penurunan berat badan.
3. Letakkan sasaran terlalu tinggi. Nak hilang 5kg dalam seminggu.
4. Beli produk yang pelbagai tanpa memahami keperluan produk.
5. Selalu paksa diri cari makanan yang tidak kena selera dengan tekak.
6. Selalu ikut jadual diet orang lain, tapi diri sendiri tak selesa dengan jadual tersebut.
7. Tabiat untuk cuba diet dalam keadaan berlapar. Tapi tidak mampu.
8. Mula diet dengan haramkan segala makanan yang biasa dimakan. Nak diet ketat-ketat katanya.
9. Tak benarkan diri mencicip sedikit aiskrim, sebab risau boleh terus gemuk.
10. Fokus nak buat senaman yang tidak termampu dibuat. Sedangkan masih sakit-sakit belakang dan lutut.
11. Selalu pandang remeh pada senaman yang mudah-mudah. Contohnya mula dengan jalan kaki dulu.
12. Air kosong tidak pernah cukup.
13. Kurangnya rehat dan fokus untuk bersenam sahaja setiap hari.
14. Berpegang pada prinsip kurus itu mustahil.
15. Malas nak study pasal kalori dan kerap memilih jalan singkat untuk kurus.
16. Masih percaya sabun boleh kurus.
17. Kekal anggap yang ada gula-gula kunyah je dah kurus.
18. Tidak menghargai progress yang kecil. Apatah lagi mensyukuri kejayaan kecil.
Kawan-kawan. Nak kurus, sihat dan fit itu bermula dengan mindset yang tidak membebankan badan. Jangan terlalu meletakkan tekanan sehingga diet jadi halangan terbesar kita.
Buat sikit-sikit tak apa. Progres kecil-kecil pun tak apa. Ingat. Kejayaan yang panjang, bermula dari langkah pertama kita. Biar pun kecil langkahnya.
Jangan stres tau. Nanti diet tak jadi.
MW: Paling penting, jangan tunggu esok, esok baru nak diet. Hangat-hangat tahi ayam.
Ustaz Fitness

Sumber: Arif Sukri
Bangkit Wanita Mingguan Wanita
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita
#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Dah Habis Ganti Puasa Belum?

Lebih kurang dua minggu lagi, umat Islam di seluruh dunia bakal menyambut bulan Ramadan al Mubarak.
Bagi orang perempuan, saya nak tanya. Hutang puasa dah settle ke belum? Sepanjang bulan Syaaban ini, tentu ramai yang mengambil peluang untuk melunaskan hutang puasa tahun lepas. Betul tak? Ya, bukan mudah sebenarnya nak berpuasa di kala orang lain bebas makan dan minum. Dugaan hebat tau. Memerlukan ketabahan dan kekuatan iman. Lebih-lebih lagi bila bekerja.
Saya sendiri, jika hendak mengganti puasa atau berpuasa sunat, sebolehnya saya akan ‘kosong’kan hari itu tanpa sebarang tugasan luar. Bila berada di dalam pejabat, ‘dugaan’ kurang berbanding jika bertugas di luar pejabat, dengan cuaca yang membahang. Kalau dah tak boleh elak, nak buat macam mana kan?
Sekiranya menghadiri event tertentu, biasanya jamuan ringan akan disediakan untuk para tetamu termasuk wartawan bertugas. Ketika ini, kalau berpuasa ganti, kenalah ‘pandai-pandai jaga iman’.
Bagi saya, itu tak jadi masalah. Malah saya sudah biasa dan tak kisah walau pun perlu duduk semeja dengan rakan-rakan wartawan lain yang tidak berpuasa. Tak ada rasa terliur pun. Tapi seorang rakan pernah berterus terang. Dia jenis yang tak boleh tengok orang lain makan sedap-sedap ketika dia berpuasa ganti. Silap hari bulan, memang dia akan berbuka. Sebab itu jika nak ganti puasa, dia akan ganti ketika hari cuti. Tapi, jika di bulan Ramadan, boleh pula dia tahan nafsu tengok orang beragama lain makan. Pelik kan?
Sepanjang bulan Ramadan, kami tetap keluar melakukan tugasan masing-masing. Lebih-lebih lagi sepanjang Ramadan kami sibuk dengan ‘advance’ raya. Tapi biasanya temu janji dibuat jam 11 ke atas, lebih-lebih lagi jika melibatkan wanita. Sangat dielakkan temu janji di sebelah petang kerana waktu ini mak-mak sibuk nak memasak untuk berbuka puasa.
Jemputan untuk majlis berbuka puasa juga banyak pada bulan puasa. Ada jemputan daripada pihak client dan sebagainya. Memang seronok kerana berpeluang berbuka puasa di hotel-hotel dan restoran yang bufet Ramadannya boleh mencecah lebih RM100. Wow, mahal? Tapi berbaloi dengan jumlah hidangan yang disediakan.
Kalau diberi pilihan, saya lebih suka berbuka puasa di rumah walau pun hanya dengan masakan yang ringkas. Yang penting dapat berbuka bersama keluarga. Tapi sesekali untuk memenuhi undangan client, apa salahnya kan?

Semoga kita diberikan kesempatan dan kesihatan untuk menyempurnakan ibadah puasa dengan sebaik mungkin. Ingat, sematkan azam untuk berbelanja dengan cermat ye, jangan membazir terutama ketika ke bazar Ramadan!
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Rupanya Selama Ini Kita Salah Pilih Minyak Masak, Nak Selamat Mak-mak Boleh Ikut Saranan Dr Redza

Isi Kandungan
ToggleTerkejutkan bila baca kenyataan ini. Saya sendiri pun ternganga bila mengetahui selama ini saya salah memilih minyak masak. Saya fikir semua masakan guna satu jenis minyak saja. Pada anggapan saya juga, minyak zaitun minyak masak orang kaya. Maklumlah harganya berlipat ganda mahal. Ada di kalangan kawan saya yang memang berduit. Goreng ikan pun dia pakai minyak zaitun. Dia sanggup berhabis duit untuk jaga kesihatan.
Rupanya selepas saya menghadiri bengkel Merdeka Sihat Tampil Berkarisma baru saya tahu kesilapan saya. Saya fikir ramai wanita di luar sana juga melakukan kesilapan yang sama.Kita guna minyak kelapa sawit untuk semua jenis masakan. Ia murah dan mudah didapati di kedai runcit mahupun pasar raya.
TIP DARI SAINTIS TERKENAL DR REDZA
Perkongsian daripada Dr. Redza Benjamin yang merupakan saintis membuka mata saya tentang isu minyak masak. Katanya, wanita mesti ada tiga jenis minyak masak di rumah.Untuk menggoreng contohnya ayam atau ikan, wanita disarankan menggunakan minyak kelapa atau minyak kelapa sawit. Minyak jenis ini menjadikan bahan gorengan lebih rangup
Manakala untuk menumis pula, sepatutnya wanita guna minyak sayuran. Tumis sambal, sayur atau masakan lain gunakan minyak sayuran agar rasanya lebih enak dan sesuai dengan resipi tersebut.Yang terakhir minyak zaitun. Minyak zaitun digunakan untuk menu resipi mentah seperti salad.
Apa lagi habis je bengkel ni, saya pun memborong tiga jenis minyak yang Dr Redza katakan. Mula-mula saya ingat Dr Redza ni acah-acah je tapi lepas saya ubah cara masakan menggunakan minyak berbeza memang hasilnya menakjubkan. Masakan bukan sahaja jadi lebih sedap malah sihat dan berkhasiat. Semoga perkongsian ilmu ini dimanfaatkan oleh wanita di luar sana.
CARA KENAL PASTI MINYAK MASAK YANG KITA BELI ASLI BUKANNYA KITAR SEMULA
1. Letak minyak masak dalam peti sejuk ( bukan bahagian beku) selama kurang lebih 2 jam. Jika selepas 2 jam ada buih keputihan, itu maksudnya minyak yang kita beli adalah minyak kitar semula.
2. Kaedah kedua, masukkan bawang putih ke dalam minyak. Jika warna bawang putih bertukar merah, itu ertinya minyak tersebut dikitar semula. Jadi untuk keselamatan, beli minyak masak yang mempunyai kelulusan SIRIM.
BAHAYA MINYAK KITAR SEMULA
Kandungan toksik yang terdapat dalam minyak kitar semula boleh menyebabkan saluran darah tersumbat, meningkatkan tekanan darah dan mendatangkan pelbagai penyakit berbahaya.

Ia tidak terjamin dari segi kesucian dan keselamatan kerana kebanyakan minyak kitar semula adalah sisa dari hotel dan restoran. Sebagai orang Islam kita perlu lebih peka isu ini, kita tidak tahu minyak ini digunakan untuk masak menu apa, bimbang menu yang haram.
Kesimpulannya, di rumah juga jangan mengitar semula minyak masak lebih daripada dua kali. Sebaik-baiknya usah mengitar semula demi kesihatan kita.
Penulis: Intan Rohaizat Zakariya
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI