Begini Cara Setting Button FAVOURITES Page Mingguan Wanita, Dalam Facebook Baru

Perasan tak akhir-akhir ini, di News Feed facebook anda susah nak nampak perkongsian kawan, individu atau page yang anda follow SEE FIRST sebelum ini. Samalah juga dengan artikel-artikel dari page Mingguan Wanita yang dah lama tak lalu lalang di newsfeed anda tu.

Setting Facebook yang baru ini perkenalkan tiga button baru untuk pengguna, iaitu
HOME,
FAVOURITES,
RECENT.

Yang mana, anda boleh pilih mahu baca content di News Feed ikut apa yang anda mahu, sama ada perkongsian dari home, favourites, atau recent.

Pada fitur FAVOURITES ini lah anda boleh tetapkan status Friends atau Page yang masuk ke dalam newsfeed. Jika selama ini, anda agak kehairanan kenapa tidak dapat baca feed dari page Mingguan Wanita. Beginilah cara untuk anda membaca perkongsian artikel-artikel terkini dari Mingguan Wanita dengan hanya menekan butang Favourites.

Cara Setting Button FAVOURITES Page Mingguan Wanita

Buka Facebook personal anda. Scroll ke atas, anda akan nampak button Home, Favourites, Recent pada bahagian atas. (Rujuk gambar).

Tekan Favourites, akan keluar paparan seperti pada gambar. Tekan button ‘manage favourites’.


Nanti keluar macam ini (rujuk gambar). Ini senarai ‘Friends’ dan ‘Pages’ yang pernah anda set ’See First’ sebelum ini. Facebook senaraikan secara automatik mengikut ranking tertinggi di News Feed anda.

Scroll ke bawah sehingga jumpa senarai ‘Friends’ dan ‘Pages’.

Klik pada ‘Pages’
Dan pilih ‘MINGGUAN WANITA’
Klik ‘Add’ button.
Bagaimana pun anda cuma diberi 30 pilihan untuk menetapkan senarai ‘Friends’ dan ‘Pages’.

Ini Fitur Yang Ada Dalam Favourites

News Feed Preferences

Memberi anda pilihan untuk menetapkan senarai;
Favourites friends dan pages,
Unfollow (anda takkan nampak posting individu yang anda unfollow),
Reconnect (tiba-tiba tukar fikiran nak tengok balik status individu yang pernah anda unfollow)

 

Selamat mencuba!

Baca sini : Alhamdulillah, Zack selamat dilahirkan, moga menjadi anak yang soleh, doa peminat Datuk Jamal.