Perasan tak akhir-akhir ini, di News Feed facebook anda susah nak nampak perkongsian kawan, individu atau page yang anda follow SEE FIRST sebelum ini. Samalah juga dengan artikel-artikel dari page Mingguan Wanita yang dah lama tak lalu lalang di newsfeed anda tu.
Setting Facebook yang baru ini perkenalkan tiga button baru untuk pengguna, iaitu HOME, FAVOURITES, RECENT.
Yang mana, anda boleh pilih mahu baca content di News Feed ikut apa yang anda mahu, sama ada perkongsian dari home, favourites, atau recent.
Pada fitur FAVOURITES ini lah anda boleh tetapkan status Friends atau Page yang masuk ke dalam newsfeed. Jika selama ini, anda agak kehairanan kenapa tidak dapat baca feed dari page Mingguan Wanita. Beginilah cara untuk anda membaca perkongsian artikel-artikel terkini dari Mingguan Wanita dengan hanya menekan butang Favourites.
Cara Setting Button FAVOURITES Page Mingguan Wanita
Buka Facebook personal anda. Scroll ke atas, anda akan nampak button Home, Favourites, Recent pada bahagian atas. (Rujuk gambar).
Ads
Tekan Favourites, akan keluar paparan seperti pada gambar. Tekan button ‘manage favourites’.
Nanti keluar macam ini (rujuk gambar). Ini senarai ‘Friends’ dan ‘Pages’ yang pernah anda set ’See First’ sebelum ini. Facebook senaraikan secara automatik mengikut ranking tertinggi di News Feed anda.
Scroll ke bawah sehingga jumpa senarai ‘Friends’ dan ‘Pages’.
Ads
Klik pada ‘Pages’ Dan pilih ‘MINGGUAN WANITA’ Klik ‘Add’ button. Bagaimana pun anda cuma diberi 30 pilihan untuk menetapkan senarai ‘Friends’ dan ‘Pages’.
Ini Fitur Yang Ada Dalam Favourites
Ads
News Feed Preferences
Memberi anda pilihan untuk menetapkan senarai; Favourites friends dan pages, Unfollow (anda takkan nampak posting individu yang anda unfollow), Reconnect (tiba-tiba tukar fikiran nak tengok balik status individu yang pernah anda unfollow)
Jika dekat rumah ada papan seterika yang ‘kaki’nya dah patah tapi mak-mak sayang nak buang sebab masih kukuh, boleh DIY pasang ‘bracket’pula. Papannya boleh dilipat, Sangat jimat ruang dan boleh digunakan semula nanti.
Boleh rujuk idea perkongsian Puan Norhidayah Adam ini sebagai panduan;
“Asalnya kaki ironboard ni patah, nak buang papannya sayang sebab masih kukuh. Tahun 2020 kena jimat, jadi kita diy (repair) dia.Suruh suami tebuk lubang. Saya kena tebuk sendiri sebab laki kerja.Sangat jimat ruang.Nak buat untuk meja study anak ke,meja makan lipat pun boleh.”
“Bagi sesetengah orang mungkin ok, bagi sesetengah orang pula mungkin tak berapa praktikal sebab susah nak iron sesetengah bahagian baju. Tapi ikut fungsi asal, daripada terbiar sebab ‘kaki’ iron board ni patah, lebih baik di ‘repair’, sekurang-kurangnya ia boleh digunakan kembali”
Bahan-Bahan Diperlukan:
1 papan iron
2 braket ada jual dekat DIY (Sepeket tu memang ada sepasang dalam anggaran RM 15)
MW: Kreatif betul. Jadi kalau ada papan seterika dekat rumah tu, yang dah patah kakinya boleh buat idea macam ni. Sekurang-kurangnya boleh digunakan semula dan jimat ruang bila melekat di dinding.
Ada beberapa cara yang boleh dilakukan bagi memastikan daging cepat lembut, empuk dan kekal berjus. Tip ini amat sesuai bagi mak-mak yang tiada periuk ‘pressure cooker’ di rumah dan nak cepat masak daging. Bukan apa, jika masak cara biasa, tekstur daging akan jadi liat, keras dan sangat memakan masa untuk benar-benar empuk.
Baca perkongsian tip lembutkan daging dan relevannya secara sains daripada ChM Dr Fatimah Salim ini sebagai rujukan;
Hari ini saya nak kongsikan satu lagi tip untuk bagi daging cepat lembut, empuk dan juicy.
1. Potong daging ikut lawan arah urat, cuci dan toskan.
2. Tambahkan sedikit soda bikarbonat (untuk daging banyak ini, saya letak suku sudu teh saja) dan sedikit tepung jagung.
3. Kacau dan perap selama 15 minit. Masak sekejap sehingga daging berubah warna. Sebelah kanan itu hasilnya masak cuma 5 minit (saya tambahkan kicap manis).
4. Perapan seperti ini sesuai untuk daging kurang berurat yang dimasak sekejap seperti tumis, goreng atau campurkan dengan kuetiaw, mee, bihun atau nasi goreng.
Nota: Soda bikarbonat jangan terlebih ya. Nanti akan terasa sedikit pahit pula.
TIP 2 (AIR PERAHAN BETIK/NANAS)
1.Rendam daging liat ke dalam air perahan betik atau nanas atau daun betik dalam berapa minit
2.Lagi lama rendaman lagi lembut, kerana betik dan nanas mempunyai enzim proteolytic dimana enzim ini bertindak sebagai meat tendezering mengurai rangkaian struktur amino acid protein maka daging akan jadi lembut.
3.Enzim tersebut ialah papain mewakili betik dan bromelain mewakili nanas
TIP 3 (AIS BATU)
1.Masak daging seperti biasa. Biarkan masakan menggelegak, kecilkan api dan masukkan ais batu. Biarkan ais batu cair. Tunggu mendidih dan masak dengan api sederhana dalam 30 minit.
2.Pertukaran haba mendadak semasa memasak akan melembutkan daging dengan cepat.
Nota: Pastikan air dalam masakan kurang agar pertambah ais batu dapat menyejukkan keseluruhan isi daging.
a) Daging dipotong pelbagai sudut (cara potong melawan susunan isi akan cepat empuk dari yang selari).
b) Masukkan sekali bahagian urat daging.
Dapatan Ujikaji dan Perbincangan:
Semasa proses memasak, haba bertujuan melemahkan ikatan hidrogen dalam molekul protein daging. Kejayaan dalam melemahkan ikatan antara protein ini akan membuatkan tekstur daging menjadi lembut. Pertukaran suhu yang mendadak (panas ke sejuk) mungkin menyebabkan proses ini ‘tidak tentuan’. Dan perubahan seterusnya (sejuk ke panas) menyebabkan proses cepat empuk berlaku.
Konsep Entropy
Fenomena ini mungkin boleh dijelaskan dengan konsep entropy.
Entropy merupakan istilah kuantiti termodinamik yang digunakan untuk menjelaskan ketidakupayaan sesuatu tenaga haba ditukarkan kepada kerja. Atau juga dikenali dengan kecelaruan (disorder) atau kerawakan (randomness)di dalam sistem.
Dalam kes ujikaji ini tenaga haba tidak dapat dibebaskan daripada proses memasak daging disebabkan suhu diturunkan secara mendadak. Maka kecelaruan (ketidaktentuan) dalam sistem memasak daging berlaku. Ini menyebabkan suhu panas yang kemudiannya dikenakan memudahkan lagi proses melemahkan ikatan antara molekul protein daging, lalu daging menjadi empuk.
Saya biasa masak daging dalam periuk tekanan tinggi dan buat stok. Jadi pada saya, lebih praktikal untuk menggunakan periuk tekanan tinggi untuk mengempukkan daging berbanding cara ini kerana ianya agak rumit. Pun begitu, cara ini sesuai untuk mereka yang tidak ada periuk tekanan tinggi.
Jika dikira masa keseluruhan yang diambil, kaedah ini berkesan mengempukkan daging lebih kurang 40% daripada cara memasak biasa.
Semoga bermanfaat
ChM Dr Fatimah Salim
Ahli Kimia yang suka masak.
Mingguan Wanita: Jadi buat mak-mak yang tiada periuk ‘pressure cooker’ di rumah dan nak cepat masak daging, bolehkan ikut mana-man tip yang dikongsikan ini. Barulah daging cepat empuk, lembut dan ‘juicy’.
Mesti ramai yang beli kain batik sarung tapi bila nak pakai baru sedar kain itu tidak siap dijahit. Kalau begitu, apa kata anda belajar cara-cara menjahit kain batik sarung.
Setelah siap berjahit barulah boleh terus pakai kain batik sarung itu. Paling penting sebelum jahit kain batik sarung ini pastikan anda ada mesin jahit.
Boleh belajar cara-cara menjahit kain batik sarung yang dikongsi oleh Awfa Perwira di akaun Facebook miliknya.
Cara Jahit Kain Batik Sarung
“Assalamualaikum semua, terima kasih sudi follow facebook shada. Sebagai rewards semalam shada up sikit cara jahit kain batik sarung.. x susah, senang ja. Saja nak share sbb semalam shada jahitkan utk mak menakan shada. Hehe.
“Alang2 kain batik dia cantik kita tangkap gambar dulu.
“Ops, shada juga bukan la seorang cikgu. Semua tips2 jahitan ni semua hasil shada belajar dgn cikgu2 tailor yg lain, shada cuma sharekan je kt hampa semua apa yg shada belajar ya!
“Jika ada pertanyaan boleh direct terus mesej shada ya, terbuka ja utk semua yg masih newbie dalam bidang jahitan ni. Jadi, selamat mencuba!”
1-Mula-mula sekali macam biasa, letakkan posisi kain batik macam dalam gambar ini. Lipat 2 kain batik tu. Pastikan jahit pada kain BAHAGIAN LUAR/CANTIK, jahit 1 tapak mesin ya. Lebihkan kain bawah itu agak-agak dalam ½ atau ikut citarasa masing-masing.
Nak mula jahitan pastikan kita pemati dulu. Jangan keliru tau! Nak tau kain batik tu bahagian cantik ke buruk tengok line kat atas tu, kalau warna pudar maksudnya itu bahagian dalam/buruk. Kalau warna cantik menawan maksudnya dia bahagian cantik.
2-Ha! Inilah posisi jahitan satu tapak mesin tu. Jahit lurus sampai ke bawah. Jangan lupa lebihan kain bahagian bawah ½ tu.
3-Ni hasil lepas jahit timpa dia tu. Lepas tu buka kain batik yang kita lipat 2 tadi seluas-luasnya.
4-Lepas tu yang lebihan ½ tadi, kita lipat ke kiri masukkan dia ke dalam ya.
5-Macam ni. Lipat-lipat sambil jahit. Jahit pun sipi-sipi ja,kira macam tindih kasih.
6-TARAAAA …inilah hasil dia!! Yang ni bahagian luar/cantik. Hehe senang je kan? Tak susah mana pun. Jahit lurus sahaja.
7- Jahitan macam ni bahagian dalam/buruk. Maaf semua, jahitan shada tak sekemas mana, Terima kasih sudi tengok tutorial shada sampai habis.
MW: Diharapkan tutorial bergambar langkah demi langkah ini boleh membantu memudahkan proses menjahit kain batik sarung yang ada itu.
Pengetua wanita pulas telinga pelajar didenda RM2000, gara-gara tersalah tulis huruf G. Padah buat seorang pengetua wanita yang gagal mengawal perasaan apabila bertindak memulas...