Masuk Ramadan nanti mak-mak mesti nak jimatkan masa di dapur kan. Bila ada pes ibu sambal lagi cepatlah kerja mak-mak tu.
Menariknya perkongsian Mardhiyyah Mohd ini bukan saja cara buat pes ibu sambal. Malah, boleh buat juga pes asam pedas.
Jadi, bila-bila nak guna untuk memasak, boleh je ambil sesudu dua. Resepinya untuk masak sekuali besar, jadi bolehlah pes itu bertahan lama. Silap-silap sampai habis Ramadan pun masih ada.
Kongsinya, “Persiapan saya sebelum ramadhan.. sekuali ibu sambal, sekuali lagi pes asam pedas. Bila menumis, terpercik itu normal. Sebab tu buat sekali jalan.. penat pun sekali.”
Bahan-bahan Pes Ibu Sambal
- Bawang besar
- Bawang putih
- Cili kering
Beli CILI KERING online di sini : https://invol.co/cla3nmp
Cara Membuat Pes Ibu Sambal
- Blend bawang besor, bawang putih. Lepas tu tumis dahulu dengan minyak masak.
- Sambil tu boleh blend cili kering, agak-agak setengah masak.. masukan cili kering yang dah di blend.
- Tumis hingga pecah minyak. Siap.. dah sejuk masuk kan dekat freezer untuk tahan lebih lama.
Kegunaan Pes
Pes ni biasa ma akan guna untuk buat rencah mee goreng/kuetiau goreng, ayam masak merah, sambal nasi lemak, sambal sotong/udang dan pelbagai lagi menu lain.
Cara Nak Guna
Contoh kalau nak buat mee goreng.. ambik 2-3 sudu pes. Masukkan sos tiram, sos cili, garam, gula. Lepas tu masak lah mee macam biasa.
Kalau nak buat sambal nasi lemak plak, ambik seberapa banyak nak guna, panas kan dulu bagi dia pecah minyak balik. Masukkn air asam jawa, nisang, garam.
Masak lah sambal macam biasa.
Baca : Pes rempah botok-botok, resipi mak sedap sangat dapat tempahan ramai
Bahan-bahan Pes Asam Pedas
- Bawang besar
- Bawang putih
- Cili kering
- Halia
- Kunyit hidup
- Halba
- Cara masaknya sama macam ibu sambal. Cuma bezanya ada penambahan halia, kunyit hidup dan halba. Halba masuk sebiji-sebiji tau. JANGAN BLEND pulak.
Cara Nak Guna Pes Asam Pedas
Ambik 2-3 senduk pes, (ikut kepekatan yang diinginkan) panas kan sekejap pes. Lepas tu masukkan air asam jawa, masukkan air, agak-agak dah mendidih masukkan ikan, perasakan dengan garam gula. Masukkan daun kesum, bendi.
Siap.
Saya bukan lah pro masak asam pedas. Saya orang Pantai Timur, tapi bila dah kawin dengan orang Muar, memang wajib lah belajar masak asam pedas.
Sumber/Foto : Mardhiyyah Mohd
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI