Petik lada cili pun ada cara betulnya. Menggunakan kaedah yang tepat membolehkan pokok cili menghasilkan buah yang lebat.
Ini yang dikongsikan oleh Salleh Mohammad. Panduan memetik lada cili dengan betul. Bagi mak-mak yang menanam pokok cili di musim PKP ini, bolehlah hadamkan tipnya.
Kaedah Dan Cara Betul Petik Lada Cili
Jangan memetik menggunakan gunting.
Sebab tunggul batang buah lada yang tertinggal akan menutup semula tunas bunga di tapak tunggul. Dan akan menunggu masa agak lama untuk tapak tunggul mengeluarkan bunga semula sehingga tunggul buah lada yang berbaki gugur.
Jangan memetik ketika waktu hujan atau di awal pagi. Ini kerana, lada yang basah akan membentuk lada yang dipetik tidak bertahan lama dan mudah busuk.
Rujuk Gambar Memetik Cili Yang Betul, Gunakan Jari
Sebaiknya elak petik cili menggunakan gunting. Jika menggunakan gunting, akan jadi lambat nak mengeluarkan bunga baru di tapak tangkai buah yang dah dipetik.
Petik lada menggunakan jari. Agar menghasilkan buah yang lebat. Sebab cili ini agak manja dan sensitif sifatnya.
Bekas tapak lama akan mengeluarkan tangkai bunga lagi.
Hasilkan buah lada cili yang lebat.
Lada Cili Dipetik Ketika Masih Hijau Untuk Tujuan Komersial
Lada cili untuk dipasarkan dipetik ketika buahnya masih hijau. Bagi membolehkan ia bertahan lama di pasaran.