
Isi Kandungan
TogglePetik lada cili pun ada cara betulnya. Menggunakan kaedah yang tepat membolehkan pokok cili menghasilkan buah yang lebat.
Ini yang dikongsikan oleh Salleh Mohammad. Panduan memetik lada cili dengan betul. Bagi mak-mak yang menanam pokok cili di musim PKP ini, bolehlah hadamkan tipnya.

Kaedah Dan Cara Betul Petik Lada Cili
- Jangan memetik menggunakan gunting. Sebab tunggul batang buah lada yang tertinggal akan menutup semula tunas bunga di tapak tunggul. Dan akan menunggu masa agak lama untuk tapak tunggul mengeluarkan bunga semula sehingga tunggul buah lada yang berbaki gugur.
- Jangan memetik ketika waktu hujan atau di awal pagi. Ini kerana, lada yang basah akan membentuk lada yang dipetik tidak bertahan lama dan mudah busuk.
Rujuk Gambar Memetik Cili Yang Betul, Gunakan Jari
- Sebaiknya elak petik cili menggunakan gunting. Jika menggunakan gunting, akan jadi lambat nak mengeluarkan bunga baru di tapak tangkai buah yang dah dipetik.
- Petik lada menggunakan jari. Agar menghasilkan buah yang lebat. Sebab cili ini agak manja dan sensitif sifatnya.
- Bekas tapak lama akan mengeluarkan tangkai bunga lagi.
- Hasilkan buah lada cili yang lebat.
Lada Cili Dipetik Ketika Masih Hijau Untuk Tujuan Komersial
Lada cili untuk dipasarkan dipetik ketika buahnya masih hijau. Bagi membolehkan ia bertahan lama di pasaran.
- Baca juga :
- Tanam pokok cili cara pangaks, tak perlu semai, mudah dan cepat tumbuh.
- Menanam pokok cili nampak mudah, tapi eloklah pekebun di rumah ambil tahu 5 masalah normal yang anda akan hadap.
- Guna air basuhan beras untuk semburan bena putih pada pokok cili mudah dan murah.
- Cuma tanam cili cara fertigasi di sekolah, guru ini dapat pulangan cecah RM11 ribu.
Mingguan Wanita : Tanam sendiri pokok cili di rumah, sesak-sesak ada juga gunanya. Semai guba biji cili kat dapur tu pun menjadi juga.
Sumber/Foto : Salleh Mohammad
Untuk dapatkan info berkaitan kursus keusahawanan anjuran Mingguan Wanita, join telegram BANGKIT Wanita : https://t.me/bangkitwanitaMW
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
JIMAT Pasang Sendiri ‘Sticker Tinted’ Pada Cermin Pintu Sliding, Kos RM210!

Isi Kandungan
ToggleBagi rumah yang ada pintu sliding, adakalanya cerminnya terlalu terang dan silau apatah lagi jika tak pasang langsir.Salah satu penyelesaiannya ialah dengan memasang ‘Sticker Tinted’ pada cermin pintu sliding ini. Nak upah orang boleh tahan juga harganya. Ada baiknya kita pasang sendiri ‘Sticker Tinted’ ni, cara bajet namun sangat jimat kos. Masalah silau atau cermin terlalu terang pun dapat diatasi.
Boleh ikut tip yang dikongsikan oleh Zulfikri Zainol ini.
Survey tanya orang nak upah pasang tinted ni katanya makan kos RM1k lebih. Alang-alang ada masa terluang kita pasang sendiri saja.
Kos pasang sendiri :
1. Sticker tinted 5ftx50ft – RM210 kat Shopee. Siap dapat kit pemasangan.
2. Ais batu – RM1.00
3. Limau Kasturi – 50 sen
Total RM 211.50
Jimat +-RM800
Oh ya. Item 2 dan 3 tu gunanya untuk bancuh Teh O Ais Limau waktu berbuka nanti.
Cara Pemasangan :
1. Cuci cermin bersih, buang atau kikis bendasing yang melekat kat cermin tu.
2. Spray sabun tinted kat cermin. (sabun ada diberi sekali dengan set tinted).
3. Potong ikut saiz cermin, buka lapisan nipis tinted (ni paling mencabar. Tutup kipas untuk elak dia berterbangan melekat kat benda lain) dan spray lagi sabun atas permukaan yang melekat tu.
4. Lekat dan ejas tinted atas cermin. Selagi sabun ada masih boleh ejas lagi kedudukan dia.
5. Tarik keluar buih sabun dan gelembung udara guna scraper (ada diberi sekali set tinted tu).
6. Potong lebihan tinted dibingkai cermin. Kalau boleh buka getah tepi cermin lagi senang. Tolak masuk ja pastu pasang balik getah. Tak perlu potong dah.
7. Bancuh Teh O Ais Limau.
Sebelum
Selepas
Siap! Selamat Mencuba
Baca Lagi Di Sini:
Tip Mudah Atasi Masalah SEMUT Naik Atas Meja Guna Double Sided Tape!
MW:Semoga perkongsian ini bermanfaat. Jika ada cermin pintu sliding yang nak dipasang ‘Sticker Tinted’, boleh ikut tip yang dikongsikan ini. Lebih jimat banyak bila pasang sendiri berbanding upah orang. Paling penting kena rajin dan teliti.
Sumber: Zulfikri Zainol
JOM SERTAI GRUP TELEGRAM BANGKIT WANITA MW
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirasi dan lain-lain.
Klik link ini untuk menyertainya: https://t.me/bangkitwanitaMW
Mingguan Wanita juga boleh diikuti di
YouTube : https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial
Telegram: https://t.me/bangkitwanitaMW
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita
Instagram: https://www.instagram.com/mingguanwanita
#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
CARA Jimat ‘Online Transfer’ Ke TABUNG HAJI Secara Percuma, Tiada Caj RM1

Isi Kandungan
ToggleSebenarnya memang lebih mudah untuk transfer duit dan membuat simpanan di Tabung Haji secara dalam talian (online) je! Tak perlu susah-suhah nak beratur dan ambil nombor di bank. Segalanya dihujung jari. Namun demikian, jika kebiasaannya permindahan secara online banking, akan dikenakan caj RM1 bagi setiap transaksi.
Mungkin ramai yang masih tak tahu, alang-alang nak buat permindahan secara online, boleh gunakan JOMPAY atau aplikasi THiJARI ia lebih jimat, tiada caj tambahan RM1 dan paling penting permindahan secara percuma.
Nak faham lebih lanjut, boleh rujuk perkongsian daripada Dr Syahr Musafir ini sebagai rujukan.
Kalau sebelum ni guna online banking nak transfer ke akaun Tabung Haji, ada caj RM1 pada setiap transaksi. Saya ada akaun sendiri, akaun isteri dan akaun 5 orang anak. Setiap kali transfer ni saya bayar RM7 tanpa sedar.
Bukanlah berkira RM7 tu, tetapi kalau ada cara nak buat online transfer secara percuma, buat apa bayar? Hehehe.
1.JomPAY
Petang ini saya call Tabung Haji melalui 0362071919 dan saya beritahu staf Tabung Haji saya cuba-cuba buat cara viral guna
JomPAY tu;
1. Log masuk ke online banking kita (perbankan internet)
2. Pilih JomPAY
3. Isi maklumat transaksi
*Biller Code – 60228
*Biller Code Name – “Tabung Haji-Deposit”
*Ref-1 – Nombor Akaun TH (15 digit)
*Ref-2 – (Kosongkan)
*Amaun (RM) – (Isikan nilai)
4. Teruskan hingga selesai.
Hanya akaun TH yang aktif akan dikreditkan, atau sebaliknya duit akan dikembalikan.

Duit akan masuk ke akaun Tabung Haji kita dalam masa beberapa jam, staf Tabung Haji beritahu lebih kurang 1 hari bekerja. BUKAN masuk terus. Cara ini percuma dan tiada caj langsung tapi risau pula apabila baki tu lambat update.
Kalau buat transaksi JomPAY jam 8 pagi ini, eloknya check akaun kita jam 8 pagi esok menggunakan aplikasi THiJARI.
Berdebar-debar jadinya. Penantian kan satu penyeksaan
Staf Tabung Haji beri respon, “Cara JomPAY tu bagus, percuma dan tiada caj. Tetapiiiiii….”
Ehhhh? Ada tetapi?
“Tetapiiiii ada cara lebih cepat. Encik ada THiJARI? Guna THiJARI, tiada caj dan duit terus masuk, tak perlu tunggu-tunggu…”
Saya baru tahu. Terus saya buat tadi.
2.Aplikasi THiJARI
Gunakan fungsi ‘Pindahan’ atau ‘Fund Transfer’ dalam aplikasi THiJARI sama ada di smartphone atau di website. Yang ini saya share pada gambar step by step ye.
Jika belum ada akaun, sila daftar/register new user.
2.1) Ini muka depan aplikasi THiJARI saya. Terus saya tekan ‘Menu’ yang 3 garis tu.
2. Pilih ‘Menu’ > ‘Fund Transfer’ atau ‘Pindahan’.
3. Pilih ‘Transfer Bank to TH Account’ > Pilih akaun yang kita nak depositkan duit.
3.2) Pilih akaun yang kita nak depositkan duit. Macam saya ni nak masukkan duit ke akaun saya sendiri ‘Own TH Account’.
3.3) Disebabkan saya pilih akaun saya, maka tertulis ‘Primary Account’ beserta nama saya.
4.1) Masukkan butiran seperti jumlah dan seumpamanya. Terus pilih Bank mana yang kita nak gunakan.
Saya pilih Bank Islam sebab saya guna bank ni.
4.2) Kita akan dibawa ke online banking bank kita sepertimana bank pilihan kita.
Teruskan transaksi sepertimana biasa.
5) Selesaikan transaksi hingga menerima notifikasi ‘Transfer Successful’. Siap!
6) Boleh terus check baki tu. Alhamdulillah sudah ada pertambahan dengan transaksi baru ni.
7) Mengguna cara ni, boleh buat untuk akaun isteri (dinamakan sebagai pihak ketiga bagi transaksi Tabung Haji) juga tanpa caj langsung.
Di menu, pilih ‘Fund Transfer’ > Klik pada ‘Third Party TH Account’ atau ‘Akaun TH Pihak Ketiga’
8 ) Saya masukkan nombor akaun Tabung Haji milik isteri saya.
Teruskan dengan masukkan butiran amaun dan sebagainya.
9) Confirm-kan butiran.
Saya punya betul dah tu, isteri saya Rahimah AR Zawjah Rahimah Ab.Rahman Pilih ‘Bank’ dan teruskan seperti biasa sehingga dapat ‘Transaction Successful’ ye
Selepas tutup THiJARI saya terus buka akaun Bank Islam saya, lihat transaksi tadi tertera nilai wang yang saya transfer saja. Tiada caj RM1 atau apa-apa yang lain. Terbaikkkkkk Alhamdulillah.
Selain aplikasi di telefon, boleh buat di website https://www.thijari.com.my/
Duit akan terus masuk ke akaun Tabung Haji kita secara automatik. Tak perlu tunggu apa-apa. Check terus di bahagian akaun Tabung Haji tu, terus dapat lihat pertambahan simpanan di situ. Fuhhhh rasa selamat.
Tiada caj tambahan atau caj tersembunyi. Alhamdulillah sangat best.
Biasa buat untuk akaun sendiri dan anak-anak saja. Tetapi guna cara ni, boleh buat untuk akaun isteri (dinamakan sebagai pihak ketiga bagi transaksi Tabung Haji) juga tanpa caj langsung. Bagusnyaaaaa
Pergilah kaunter atau cawangan Tabung Haji? Atau gunakan mesin ATM? Tak apa la, saya buat online lebih mudah. Jimat masa, jimat tenaga, jimat duit petrol kenderaan, jimat duit bayar parking, jimat banyak la ni. Hehehe.
Bukanlah berkira, tetapi sudah ada cara nak buat online transfer secara percuma, buat apa bersusah-payah pergi ke situ-sini, beratur tunggu giliran, bla bla bla dan caj tambahan tu buat apa bayar? Kalau saya, sekarang ni boleh jimat. RM7 tu boleh beli sebungkus nasi ayam untuk makan tengah hari kat sini
Nota: Versi pemotongan gaji, direct debit dan seumpamanya tu sedia maklum. Ini saya share apabila kita nak buat transaksi nak tambah duit selain yang tu ye
#SharingIsCaring #SayaSayangTabungHaji #TabungHaji #THiJARI
Saya share pengalaman dan cara saya saja ye, saya bukan staf Tabung Haji dan saya bukan staf bank. MOGA PERKONGSIAN INI MEMBERI MANFAAT INSYAALLAH. AAMEEN.
Baca Lagi Di Sini:
Wanita Ini Ajar Cara Mudah ‘Transfer’ Duit Tabung Haji Secara Online, Tak Perlu Nak Beratur Lagi
Mingguan Wanita:Boleh cuba cara yang dikongsikan ini jika nak transfer secara online ke Tabung Haji. Guna JomPAY atau terus ke aplikasi THiJARI. Memang lebih jimat, tiada caj tambahan RM1 dan paling penting permindahan secara percuma.
Sumber: Syahr Musafir
Follow kami di :
Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
PENTING Tegakkan Aloe Vera Selama 2 Jam, Keluarkan Getah Kuning Sebelum Dimasak!

Isi Kandungan
TogglePokok Aloe Vera memang banyak khasiatnya. Bukan sahaja boleh digunakan untuk kecantikan, malah boleh juga dimakan apabila dicampur dalam air. Namun ada cara dan tipsnya untuk buat jeli Aloe Vera ni. Ini kerana jika salah cara, ia boleh menjadi pahit dan menyebabkan cirit birit. Salah satu tip penting langkap yang perlu dilakukan ialah tegakkan Aloe Vera selama 2 jam selepas dipotong bagi mengeluarkan semua getah kuningnya yang ada sebelum dimasak.
Untuk faham lebih lanjut, ikut cara dan tip yang dikongsikan oleh Rdza Tuah ini sebagai panduan.
Akhirnya saya try jugak buat. Rasa dia kosong kalau tak letak apa-apa, so saya letak Gula Melaka. Saya share cara saya ya:
1. Potong daun yang besar, potong bahagian atas (hujung runcing) sedikit.
2. Tegakkan selama 2 jam+ untuk keluarkan getah kuning.
3. Basuh, buang duri, dan kupas kulit, (guna pisau pengupas buah lagi mudah)
4. Potong 4 segi ikut selera masing-masing.
5. Bilas sekali dalam air.
6. Didihkan dalam air sehingga mendidih dan kacau.
7. Buang air didihan, tos dan bilas dengan air sejuk.
8. Masak sekali lagi dalam air cukup-cukup sampai aloe vera tenggelam.
9. Letak daun pandan dan gula melaka.
10. Biarkan mendidih, sejukkan.
11. Letak dalam gelas dan tuang air
Info Ekstra:
1. Tunggu sejuk supaya air gula Melaka betul-betul meresap.
2. Jangan letak terus dalam air sirap, kalau tak rasa gula melaka akan keluar dan aloe vera takde rasa (tawar). Letak dalam gelas, bila nak minum baru letakkan sirap atau apa-apa bancuhan air lain
3. Masak ikut naluri.Sepatutnya aloe vera masih rasa berjeli bila dikunyah. Kalau dah kosong/kering maknanya dah masak terlalu lama dan khasiat dah berkurang.
Penting:
- Langkah kedua tu sangat penting untuk buang getah kuning (aloin), bahan bertoksik yang berasa pahit, dan boleh akibatkan cirit birit. Boleh google Aloin in aloevera.
Semoga bermanfaat. Selamat Mencuba!
Baca Lagi Di Sini:
Sapu Minyak Kelapa Dara(VCO) + Aloe Vera, Rambut Lebat Kulit Lembut!
Tanam Lidah Buaya Pilih Spesies Aloe Barbandesis Miller, Nombor 1 Terbaik Dunia
Mingguan Wanita: Begini rupanya cara betul nak masak Aloe Vera. Kena tegakkan batang Aloevera dan buang getah kuning dulu sebelum nak masak. Barulah tak pahit dan tak cirit birit.
Sumber: Rdza Tuah
Mingguan Wanita boleh diikuti di :
Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita
Telegram Bangkit Wanita: https://t.me/bangkitwanita
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI