
Isi Kandungan
ToggleNah, idea resepi bebola kentang kali ini daripada seorang lelaki yang suka memasak, saudara Faizal Farrel Kadir. Cuma menggunakan bahan mudah, mak-mak boleh cuba sediakan petang nanti.
Sesuai buat yang jenis kurang gemar makan nasi, khasiat kentang pun sama bagusnya. Nak buat menu untuk anak di bulan Ramadan nanti pun OK.
Kata pemilik resepi ini, bebola kentang ini bukan anak-anak saja suka, malah orang dewasa pun boleh berebut sama.
Bahan:
Kentang
Daun Kucai
Maggi secukup rasa
Serbuk Kari
Tepung Jagung
Telur
Serbuk Roti
Garam
Cara Buat Bebola Ketang:
Kentang direbus bersama garam, bila dah empuk lenyek.

Kemudian letak garam, daun kucai, maggi cukup rasa, serbuk kari dan tepung jagung.
Bulatkan comel-comel dan celup telur, lepas tu golek dalam serbuk roti.
Goreng sehingga kuning keemasan.
Haaa… dah siap dan boleh hidangkan.
Selamat mencuba mak-mak yang super busy!
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Resipi Kalio, Masakan Versi Ala Rendang Berkuah, Memang Power!

Isi Kandungan
ToggleMasih dalam bulan Syawal, kenikmatan rendang, ketupat dan lemang masih dirasai. Tapi bila tiap-tiap minggu menghadap makanan itu, mahunya bosan jugak kan. Kalau boleh nak rasa kelainan dalam masakan.
Apa kata kita cuba masakan kalio. Masakan ini ala-ala rendang juga. Kalau dah bosan dengan rendang, bolehlah ganti dengan kalio, boleh makan dengan ketupat atau lemang.
Rubiatul Addawiyah berkongsi resipi ini. Katanya:
Kalio ini lebih kepada masakan Minang Indonesia. Ia berkuah dan sesuai untuk anak-anak. Tapi kenalah letak sedikit je lada hitam supaya tidaklah rasa pedas. Rasanya pun seakan rendang.
Bahan-bahan:
Bawang merah,bawang putih,cili kering,halia, lada hitam diblend.
Ketulan ayam
Serai – dititik
Asam keping
Santan
Daun limau purut, daun kunyit
Gula, garam
Cara-cara:
1. Tumis bahan blend tadi sampai pecah minyak
2. Masuk serai, asam keping
3. Masuk ayam yang dipotong ikut suka
4. Biarkan ayam masak seketika.
5. Kemudian masuk santan. biar santan masak.
6. Perasakan dengan garam dan gula.
7. Masuk daun kunyit dan daun limau.
Kalau nak pedas, seimbangkan rasa cili dengan lada hitam.
Kalau tak pedas, anak-anak kecil boleh makan berkuah.
Nak letak kentang pun boleh.
Kalio guna cili kering kisar.
Kalio ni guna cili besar, sebiji saja. sebab tu warna dia sama warna dengan santan..

Saja nak cuba rasa kelainannya.
Gu dia, makan dengan nasi panas-panas.
Selamat mencuba
MW: Bolehlah mak-mak cuba yer. Bahan-bahan yang digunakan pun lebih kurang sama dengan masakan rendang. Bezanya tak ada kerisik kot.
Kalau nak masak dengan lebih cepa, bolehlah tinjau-tinjau produk kelengkapan di sini
Sumber: Rubiatul Addawiyah
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Resipi Viral Ayam Ala Tiga Budak Gemok, Sedapnya Sampai Menjilat Jari

Isi Kandungan
ToggleMesti pening nak masak apa hari-hari. Bagi mak-mak yang buntu, boleh cuba resipi Ayam Ala Tiga Budak Gemok yang dikongsikan oleh Puan Yuhasnida ini. Bahan-bahan senang sangat dan nak masak pun mudah.
Resipi ini sesuai untuk berbuka puasa dan bersahur. Satu family boleh makan, cuma bagi anak-anak yang tak makan pedas kurangkan jumlah cili padi dalam bahan masakan. Ayam Ala Tiga Budak Gemok ni memang ‘berhantu’, makan nasi mesti bertambah. Walaupun resipi simple tapi memang sedap sampai menjilat jari.
Cara Masak Ayam Ala Tiga Budak Gemok Simple
Bukan je untuk mak-mak, suami pun boleh juga memasak resipi ni. Sesuai juga dimasak oleh orang bujang baik lelaki atau perempuan, tak payah nak skill memasak sangat sebab caranya simple. Yang baru berjinak ke dapur tu, eloklah cuba. Ikut je cara yang dikongsi oleh Puan Yuhasnida ni. Insya-Allah menjadi.
Baca sini
https://www.mingguanwanita.my/tumis-serai-rahsia-sambal-ayam-sedap/
https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
Resipi Ayam Ala Tiga Budak Gemok
Bahan-bahan:
½ ekor ayam}dipotong dan dibersihkan
6 biji bawang merah} ditumbuk
5 ulas bawang putih} ditumbuk
1 inci halia} ditumbuk
3-7 biji cili padi}ditumbuk
1 batang serai} diketuk
2 tangkai daun kari
1 labu bawang besar} dihiris
2 sudu serbuk kari
5-10 sudu kicap manis
2 sudu sos tiram
1 keping asam keping

Garam
Kunyit
Minyak untuk menggoreng
Cara membuat:
1-Gaul ayam dengan garam dan kunyit. Kemudian goreng, jangan sampai garing ye. Ketepikan.
2-Panaskan minyak, masukkan serai bersama bahan yang ditumbuk sampai naik bau (bawang merah, bawang putih, halia & cili padi). Serai tu pilihan, kalau tak nak letak pun boleh je. Serai fungsi nak bagi bau wangi.
- Masukkan serbuk kari diikuti daun kari. Perlahankan api. Kemudian masukkan sos tiram dan kicap manis, tak kisah jenama apa. Masukkan asam keping. Tak perlu tambah garam ye, sebab kicap tu dah cukup rasa.
- Gaul sebati, kemudian masukkan ayam yang telah digoreng tadi. Gaul sebati, tutup kuali supaya ayam lembut. Perlahankan api ye.
5- Kalau suka boleh tabur hirusan bawang besar. Bila bawang dah layu, angkat dan hidangkan bersama nasi putih.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Telur Hancur Masak Tomato, Resipi Tanpa Guna Bawang, Simple & Sedap!

Isi Kandungan
ToggleDisebabkan harga bawang semakin mahal, apa kata kita buat resipi tanpa guna bawang. Bolehlah cuba buat menu telur hancur masak tomato ini.
Telur hancur masak bersama tomato ini sedap dijadikan lauk dan dimakan bersama nasi. Boleh juga makan menu ini begitu sahaja.
Menurut penulis resipi yang berkongsi resipi ini di Grup Masak Apa Hari Ni (MAHN), telur hancur masak tomato ini adalah masakan Cina. Disebabkan ada yang bertanya mengenai masakan tanpa bawang, terus dia berkongsi resipi simple tapi sedap ini.
Hendak buat menu ini tidaklah berapa susah. Bahan utamanya adalah telur dan tomato. Bahan-bahan lain adalah sebagai penyedap dan penambah rasa.
Boleh Cuba Resipi Telur Hancur Masak Tomato Perkongsian Zurina Zulkefli Ini.
“Semalam saya perasan ada soalan sis berkaitan masakan tanpa bawang. Nah, ini adalah salah satu menu tanpa guna bawang – masakan Cina yang simple dan sedap – telur hancur dimasak bersama tomato. Kebanyakan masakan Cina tak menggunakan bawang. Berbeza dengan masakan Melayu dan India yang sinonim dengan bawang dan rempah ratus.
“Saya dan anak-anak cukup gemar makan lauk ini. Tak perlu lauk lain pun takpe (tapi kena sediakan jugak lauk lain kalau kes lauk telur ni cepat habis. Hehehe). Saya serta resipi di setiap gambar ya.”
Resipi Telur Hancur Masak Tomato
Bahan-bahan yang diperlukan
2 biji telur ayam (kocak)
2 biji tomato (potong)
2 batang daun bawang (hiris)
2 sudu sos pencicah Thai atau boleh juga guna sos cili/sos tomato. Guna salah satu antara tiga sos tersebut.
Sedikit serbuk lada sulah (sekiranya ada)
Sedikit air
Sedikit garam
Sedikit minyak masak
Baca Ini Juga:
Ayam Goreng Serai Thai, Rangup & Garing, Tak Jemu Makan!
Tauhu Berlauk Ayam Tambah Udang, Sedap Makan Panas, Boleh Frozen Kalau Nak
Cara Buat
Kocakkan telur sehingga hancur kekuningan dan tambahkan sedikit serbuk lada sulah. Panaskan minyak masak dan tumis hirisan daun bawang.
Masukkan potongan tomato dan sedikit air. Masak hingga tomato menjadi lembik. Kemudian masukkan 2 sudu sos pencicah Thai dan taburkan sedikit garam.
Gaul sebati. Tomato menjadi semakin lembik. Ketepikan tomato di sisi kuali. Di bahagian ruang kosong tu, tuangkan sedikit minyak masak. Kemudian masukkan telur, biarkan seketika sehingga telur masak.

Kacau perlahan telur. Jangan terlalu hancur. Agak-agak telur dan masak, boleh la gaulkan kesemuanya sehingga sebati. Akhir sekali taburkan hirisan daun bawang.
Memang sedap dimakan. Nasi, telur hancur tomato dan daging lada hitam. Yang cepat habis cuma nasi dan telur je. Tertinggal la daging lada hitam. Huhuhu
Sumber: Zurina Zulkefli
MW: Menu ini sesuai sangat dibuat jika kalian mahu berjimat dalam menggunakan bawang. Bolehlah cuba.
Follow Mingguan Wanita
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI