Bebola Ayam Bersayur ini memang sedap dan garing. Cecah pula dengan sos. Atau nak makan macam tu saja pun dah sedap. Pernah tak cuba masak di rumah?
Ada juga yang panggil cucur ayam Anak-anak terutamanya pasti gemar memakannya. Gerenti licin lah! Masakan ini dikira lengkap juga sebab ada sayur dan ayam.
Sesuai dimasak untuk hidangan waktu pagi atau untuk minum petang. Makan pula ketika masih panas. Wah! Sedapnya!
Selain itu, bagi yang sering kali mengadakan majlis makan-makan atau potluck, bebola ayam bersayur ini juga sangat sesuai dihidangkan untuk majlis. Boleh disediakan dalam kuantiti yang banyak dalam satu masa. Kata orang, bancuh-bacuh, goreng..siap!
Jom lain di sini:
Resipi Kek Coklat Moist Ini Super Sedap, Tanpa Oven Dan Mixer!
Resipi KASWI PANDAN Lemak Manis Sukatan Cawan, Elok Licin Lembut ‘Bergedik’
Ayam -ambil bahagian isi dagingnya sahaja
1-2 biji telur – kalau ayamnya banyak, tambahkan telur
Bawang merah – hiris dadu
Sedikit cili merah – hiris
Daun sup/daun kucai/daun bawang – hiris
Sedikit garam
Minyak masak
1. Isi ayam direbus terlebih dahulu. Selepas isi ayam masak, keluar dan toskan. Kisar isi ayam sehingga hancur (letak air sikit nak bagi basah).
2. Kemudian satukan kesemua bahan lain dan isi ayam tadi dalam satu mangkuk, gaul sehingga sebati.
3. Panaskan minyak, goreng dengan api sederhana. Bila bertukar kekuningan, sedia untuk diangkat, toskan minyak. Siap! Enak dimakan ketika masih panas. Selamat mencuba!
Resipi: Tengku RosElyza Raja Muhammad
Jangan lupa follow kami di: