Bebas Covid-19 Alif Satar Bersyukur, Dapat Peluk Isteri Dan Anak-anak

Share

Kerinduan yang paling dalam buat penyanyi dan pengacara terkenal. Alif Satar bila mana terpaksa berpisah selama 12 hari dengan isteri dan anak-anak. Sebaik disahkan sembuh dari Covid-19, Alif bersyukur. Sebelumnya Alif positif Covid-19, dikuarantin dan dirawat di Hospital Melaka.

Tatkala diuji sakit, tuhan berikan kasih sayangnya buat Alif dan keluarga. Bukan saja frontliner di hospital menjaganya dengan baik, saban waktu Alif menerima doa daripada ramai orang. Termasuk Menteri Agama, Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri bukan sekadar bertanya khabar, malah mengirimkan surat dan buku untuk Alif baca.

Anak isteri yang turut sama kuanrantin di rumah juga dijaga dengan baik oleh komuniti jiran tetangga Alif sendiri. Hantarkan makanan untuk mereka, memandangkan isterinya, Sha Dila Hadid dan anak-anak tak boleh keluar rumah.

Begitu juga rakan-rakan artis yang ada kontak rapat dengannya memilih untuk menjalani kuarantin di rumah dan melakukan swab test. Antaranya, Zulin Aziz dan Sherry Alhadad. Masing-masing saling memberi kata semangat saban waktu tanpa jemu.

Bagi Alif sendiri, ujian Covid-19 ke atas dirinya memaknai dan menghidupkan sebenar ‘Kita Jaga Kita’

Sehinggalah selepas 12 hari diuji sakit, Jumaat lalu, Alif memaklumkan yang dirinya sudah kembali sihat dan dapat pulang ke pangkuan keluarga yang begitu dirindui.

Alif Satar Kembali Sihat, Sudah Berada Di Pangkuan Keluarga Tersayang

Selepas berjauhan dengan isteri dan anak-anak, Alif yakin ramai yang tahu dan dapat rasakan betapa berat perasaan rindu. Jadi, Alif mengambil beberapa haru utnuk meluangkan masa bersama seluruh ahli keluarga sebelum Alif bekerja seperti biasa.

Alif menyeru semua untuk menjaga kesihatan sekeluarga di samping mematuhi SOP yang ditetapkan kerajaan agar kita dapat menewaskan wabak ini bersama-sama.”

Dalam pada itu, Alif juga menyatakan kesyukurannya apabila semua yang terlibat di set pengambaran, rakan-rakan artis dan krew produksi TV3 MuzikMuzik negatif dan bebas dari Covid-10.

Alif pasti ada hikmah atas apa yang berlaku, Alif cukup terharu apabila menerima banyak titipan doa, mesej kata-kata semangat dari seluruh rakyat Malaysia.”

Sedih baca luahan hati isteri Alif, perasaannya bercampur baur, air mata peneman setia.

Sebak.. luahan hati isteri Alif Satar.

Terharu Dengan Sokongan Ramai Orang

Keluarga Alif yang turut terkesan, menerima sokongan dari ahli keluarga, rakan-rakan malah komuniti jiran tetangga Alif turut membantu tidak kira dai sokongan moral dan tenaga bagi meringankan bebanan dan kerisauan yang harus kami lalui.

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi atas segala nikmat rezeki, kesihatan dan kebahagiaan yang dikurniakanNya. Alif ucapkan terima kasih dan penghargaan buat semua pihak terutama sekali pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), produksi MuzikMuzik TV3, JS Pictures dan semua rakan industri Alif yang cukup prihatin atas segala yang berlaku.

Dan bertindak pantas, mengambil tanggungjawab mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) dengan mengambil ujian saringan sejurus selepas Alif disahkan positif Covid-19.”

Alif Mohon Doakan Pesakit Covid-19 Yang Masih Dirawat

Kongsi Alif yang memohon agar mendoakan semua pesakit Covid-19 yang masih dirawat di hospital ataupun yang kuarantin di rumah cepat sembuh dan boleh balik ke rumah masing-masing untuk bersama keluarga.

Beliau juga menyatakan terima kasih yang tak terhingga pada semua FRONTLINERS MALAYSIA terutama di Hospital Melaka dan Hospital Sungai Bulih, saudara-mara, sahabat-sahabat, para wartawan, rakan-rakan media yang selalu menelefon bertanya khabar dan mendoakannya.

MW : Alhamdulillah.. semoga Malaysia dapat bebas daripada wabak Covid-19 ini dengan secepatnya.

Sumber/Foto : Alif Satar

Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita

Published by
Netty Ah Hiyer