Bazar Ramadan Kayangan, Pengguna Akui Tak Berbaloi Berbelanja RM69 Untuk 4 Keping Murtabak Agung TTDI

Share

Bazar ramadan  kayangan, pengguna akui tak berbaloi berbelanja RM69 untuk 4 keping murtabak agung TTDI.  Harga makanan sangat subjektif. Ada orang tak kisah berbelanja RM50 untuk sepinggan spageti di restoran mewah tapi pada sesetengah orang, nilai itu boleh buat makan sekeluarga. Bezanya lokasi di mana kita makan. Iaitu di restoran mewah atau di rumah saja.

Begitu juga hal bazar ramadan yang menjadi tumpuan di bulan puasa kala ini. Ramai merasakan harga makanan naik tapi nilai rasanya tak setara dengan harga.

Bazar Ramadan Kayangan

Satu perkongsian dari seorang pengguna Aisya Ridza menarik perhatian ramai apabila membeli murtabak Agung di bazar ramadan Taman Tun Dr Ismail dengan harga RM69 bagi empat keping. Katanya ia agak tidak berbaloi. Kebetulan hari dirinya singgah itu, Tunku dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah turut sama mengadakan lawatan ke bazar ini.

BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :– Peniaga BOLEH Letak Harga MAHAL, MURAH, Syaratnya Tiada Penipuan, Barangan Halal, Usah Pertikai!

Tudung Bawal Termahal Di Dunia, Bertatah Kristal Swarovski Harga RM50,000

Air Mineral Paling MAHAL Di Dunia, Dijual RM254,431 Sebotol!

Takde Duit Beli Lauk Mahal-Mahal, Arwah Mak Buat ‘SAMBAL RACUN’ Ni

Nak Beli Mahal, Buat Sendiri Kepingan Ayam BBQ Guna Bahagian Peha Memang Sedap!

Apa pun itu adalah pandangannya dan nilai duit dikeluarkannya kerana harga dan rasa ini adalah hal sangat subjektif bagi setiap orang.

Inilah perkongsiannya:-

Petang semalam tiba-tiba rasa nak berbuka dengan keluarga kakak di Kepong. As usual bulan ramadhan saya akan ambil kesempatan at least singgah sekali di bazar ramadan yang femes tu, TTDI.

Hajat sebenar saya nak cari mac & cheese yang gaul-gaul dalam “kuali” cheese Itali. Tapi tak jumpa atau saya terlepas sebab terlalu ramai orang. Inilah bazar ramadan sesak tahap agung!

Agung pulak time saya pergi ke situ, dan dan time tu jugak dia nak ke situ. Bertambah sesaklah sampai tak boleh nak berjalan. Seriusss standstill trafik yang kita rasa macam nak tolak orang je hahaaha.

Inilah murtabak agung dibeli pada harga RM69 bagi empat keping di TTDI
Kebetulan hari yang sama, Tuanku dan Raja Permaisuri Agong turut berada di bazar ini
Beginilah situasi pada minggu pertama Ramadan di bazar TTDI

Pengguna Akui Tak Berbaloi Berbelanja RM69 Untuk 4 Keping Murtabak Agung TTDI

Dalam kesesakan tu saya ternampak satu khemah jual murtabak. Ramai orang membeli. Saya penggemar murtabak. Jadi saya pun mintaklah 2 murtabak cheese dan 2 murtabak biasa. Pekerja tu kata RM69, bayar pakai kad pun boleh.

Masa nak membeli tadi saya tak cari list harga. Dalam fikiran saya murtabak. Harga berapa ringgit je. Saya tengok atas meja, murtabak tu biasa je. Lepas bayar barulah perasan list harga di luar khemah, tadi saya tak nampak sebab block dengan orang ramai kat situ.

Dalam wallet saya ada RM70 je! Saya suka murtabak tapi tak akan saya beli murtabak biasa macam tu dengan harga RM69. Nak berundur rasa segan. Bayar jelah.

Then nak membeli benda lain saya dah tak ada cash in hand! Nasib baik semua peniaga kat situ terima bayaran melalui QR transfer.

Saya tak rasa RM69 tu mahal, saya cuma rasa ianya ridiculous. Saya rasa tak berbaloi berbelanja RM69 untuk 4 keping murtabak level biasa je. Cuma saya rasa portion dia banyak, sama macam murtabak raja Kelantan, except dia buat satu layer.

Lepas beli tu jugak… baru saya tahu, cerita murtabak ni memang dah viral dah pun… alahai…

 

Published by
Almaswa Haji Che Ros