Bazar ramadan kayangan, pengguna akui tak berbaloi berbelanja RM69 untuk 4 keping murtabak agung TTDI. Harga makanan sangat subjektif. Ada orang tak kisah berbelanja RM50 untuk sepinggan spageti di restoran mewah tapi pada sesetengah orang, nilai itu boleh buat makan sekeluarga. Bezanya lokasi di mana kita makan. Iaitu di restoran mewah atau di rumah saja.
Begitu juga hal bazar ramadan yang menjadi tumpuan di bulan puasa kala ini. Ramai merasakan harga makanan naik tapi nilai rasanya tak setara dengan harga.
Bazar Ramadan Kayangan
Satu perkongsian dari seorang pengguna Aisya Ridza menarik perhatian ramai apabila membeli murtabak Agung di bazar ramadan Taman Tun Dr Ismail dengan harga RM69 bagi empat keping. Katanya ia agak tidak berbaloi. Kebetulan hari dirinya singgah itu, Tunku dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah turut sama mengadakan lawatan ke bazar ini.
Apa pun itu adalah pandangannya dan nilai duit dikeluarkannya kerana harga dan rasa ini adalah hal sangat subjektif bagi setiap orang.
Inilah perkongsiannya:-
Ads
Petang semalam tiba-tiba rasa nak berbuka dengan keluarga kakak di Kepong. As usual bulan ramadhan saya akan ambil kesempatan at least singgah sekali di bazar ramadan yang femes tu, TTDI.
Hajat sebenar saya nak cari mac & cheese yang gaul-gaul dalam “kuali” cheese Itali. Tapi tak jumpa atau saya terlepas sebab terlalu ramai orang. Inilah bazar ramadan sesak tahap agung!
Agung pulak time saya pergi ke situ, dan dan time tu jugak dia nak ke situ. Bertambah sesaklah sampai tak boleh nak berjalan. Seriusss standstill trafik yang kita rasa macam nak tolak orang je hahaaha.
Inilah murtabak agung dibeli pada harga RM69 bagi empat keping di TTDIKebetulan hari yang sama, Tuanku dan Raja Permaisuri Agong turut berada di bazar iniBeginilah situasi pada minggu pertama Ramadan di bazar TTDI
Pengguna Akui Tak Berbaloi Berbelanja RM69 Untuk 4 Keping Murtabak Agung TTDI
Dalam kesesakan tu saya ternampak satu khemah jual murtabak. Ramai orang membeli. Saya penggemar murtabak. Jadi saya pun mintaklah 2 murtabak cheese dan 2 murtabak biasa. Pekerja tu kata RM69, bayar pakai kad pun boleh.
Ads
Masa nak membeli tadi saya tak cari list harga. Dalam fikiran saya murtabak. Harga berapa ringgit je. Saya tengok atas meja, murtabak tu biasa je. Lepas bayar barulah perasan list harga di luar khemah, tadi saya tak nampak sebab block dengan orang ramai kat situ.
Dalam wallet saya ada RM70 je! Saya suka murtabak tapi tak akan saya beli murtabak biasa macam tu dengan harga RM69. Nak berundur rasa segan. Bayar jelah.
Then nak membeli benda lain saya dah tak ada cash in hand! Nasib baik semua peniaga kat situ terima bayaran melalui QR transfer.
Saya tak rasa RM69 tu mahal, saya cuma rasa ianya ridiculous. Saya rasa tak berbaloi berbelanja RM69 untuk 4 keping murtabak level biasa je. Cuma saya rasa portion dia banyak, sama macam murtabak raja Kelantan, except dia buat satu layer.
Lepas beli tu jugak… baru saya tahu, cerita murtabak ni memang dah viral dah pun… alahai…
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Demi mengejar impian dan minat yang sangat disukai, manusia sanggup melakukan apa sahaja.Seorang wanita di Finland sangat menggemari kerja-kerja pembersihan sehingga sanggup berhenti kerja hanya untuk membersihkan rumah orang tidak dikenali secara percuma dan membantu mereka yang memerlukan, lapor laman berita Good News Network.
Auri Katariina, 29, bekerja sebagai pengurus perkhidmatan di sebuah syarikat pembersihan di Finland semasa musim panas 2021, sebelum memutuskan untuk meneruskan minatnya.
“Impian saya adalah membersihkan rumah secara percuma di seluruh dunia dan membantu orang ramai dengan melakukan perkara yang saya suka.
“Saya sentiasa suka mencuci dan mula memuat naik video di media sosial setelah merakam diri sendiri membersihkan rumah keluarga dan rakan dua tahun lalu.
“Pada satu hari, seorang wanita meminta bantuan kerana dia sangat bergelut dan rumahnya terlalu bersepah. Dia mempunyai tiga anak dan suaminya baru saja meninggal dunia,” kata Katariina.
Sangat Gembira Bantu Orang Ramai
Wanita itu memberitahu, dia ibarat ‘berada di syurga’ apabila mencuci dan sangat gembira untuk membantu orang ramai.
Katariina yang berasal dari bandar Tampere, pernah melawat Amerika Syarikat (AS) dan Britain untuk membantu individu yang terdesak dengan membersihkan rumah mereka.
Dia akan memilih rumah paling kotor dan bersepah milik orang yang paling memerlukan bantuan untuk dibersihkan. Katariina akan membersihkan rumah orang yang tidak dikenali untuk tempoh selama dua hari dan memuat naik kandungan memaparkan kerja amalnya di media sosial.
Entah apa yang merasuk ibu kepada bayi comel ini hingga sanggup membuang bayi yang cukup sifatnya. Namun sudah pasti ada masalah tertentu yang ibu ini tidak dapat nyatakan hingga sanggup membuang darah daging sendiri.
Telah dihurung semut ketika orang ramai menemui bayi lelaki baru lahir ini yang ditinggalkan dalam semak. Mujur nyawa bayi masih panjang, dia telah diselamatkan.
Ditemui Telah Dihurung Semut
Seorang bayi lelaki dipercayai baru lahir ditemui dalam keadaan dihurung semut di dalam semak di Jalan Sidang Hassan 1, Bukit Katil, Melaka semalam.
Menurut Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri (Risikan/ Operasi), Superintendan Yusharifuddin Mohd Yusop, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu pada 3.05 petang sebelum sepasukan pegawai dan anggota bergegas ke lokasi.
Beliau berkata, bayi itu ditemui masih mempunyai kesan darah di tubuhnya oleh seorang lelaki yang terdengar tangisan sebelum mencari arah bunyi berkenaan.
“Ketika itu saksi dikatakan sedang berehat di rumahnya sebelum terdengar tangisan bayi.
“Dia ke arah semak terletak tidak jauh dari rumahnya dan menemui bayi terbabit dihurung semut serta terdapat kesan darah,” katanya. Beliau berkata, tiada sebarang dokumen ditemui bersama bayi berkenaan dan seterusnya dibawa ke Hospital Melaka dan ditempatkan di wad kanak- kanak.
Bayi Baru Lahir Stabil
Menurutnya, bayi itu kini berada dalam keadaan stabil dan diberi bantuan pernafasan kerana mengalami masalah jangkitan serta pernafasan laju.
“Menurut laporan doktor, bayi lelaki itu adalah baru lahir dengan berat badannya kira-kira 2.2 kilogram dan dipercayai lahir cukup bulan.
“Sehubungan itu, usaha mengesan ibu kepada bayi itu giat dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan,” katanya.
MW: Dalam keadaan terdesak manusia sanggup lakukan apa saja. Namun janganlah dibuang anak itu seolah-olah tiada nilai kerana masih ramai wanita yang belum dikurniakan zuriat biar pun telah berusaha bermacam-macam cara.
Pelakon Kamal Adli melamar Uqasha Senrose semasa siaran langsung Anugerah Meletop Era 2020 (AME2020) selepas selesai menyampaikan anugerah malam tadi.
Di atas pentas yang ditayangkan secara langsung di Astro Ria, Kamal melafazkan lamaran sambil menghulurkan sebentuk cincin dengan berlutut di hadapan Uqasha sambl bersaksikan penonton menerusi siaran secara langsung.
Kamal Melamar, Uqasha Terkejut
Kamal Adli sewaktu melamar Uqasha.Uqasha menerima lamaran daripada kekasih hatinya.
Ternyata dari riak wajah Uqasha kelihatan terkejut namun wanita ini kelihatan cukup bahagia. Walaupun agak segan namun Uqasha begitu tenang.
“Uqasha Senrose, sudikah awak menjadi isteri saya” soal Kamal.
“Awak ni sedang promote drama baharu kita ke?” tanya Uqasha kembali yang begitu terkejut dengan aksi spontan yang dilakukan oleh Kamal.
“Yes” itulah jawapan Uqasha selepas Kamal mengulangi sekali lagi soalannya.
Jawapan tersebut kemudian disambut dengan sorakan penonton.
Hubungan Semakin Rapat Sejak Bergandingan Dalam Drama
Difahamkan hubungan pasangan ini semakin erat dan menjadi perhatian selepas masing-masing bergandingan dalam drama Setelah Terlafaznya Akad tahun lalu.
Malah perhubungan mereka bertambah rapat sejak beberapa bulan lalu selepas bergandingan di dalam drama bersiri Perempuan Tanpa Dosa.
Tahniah diucapkan buat Uqasha yang bakal menjadi permaisuri hati Kamal Adli.