
Isi Kandungan
ToggleDemi keselamatan bersama, kerajaan menolak keputusan sebelum ini yang mencadangkan tiga kaedah untuk menjual makanan dan minuman sepanjang bulan Ramadan iaitu Pandu Lalu, Tempahan Awal, Bungkus dan Ambil, serta penghantaran e-hailing.
Setelah menilai buruk dan baik segala segi, hanya penghantara e-hailing sahaja yang dibenarkan. Rata-rata menyambut baik keputusan ini bagi memutuskan rantaian Covid-19. Walaupun ramadan kali ini kurang meriah tanpa bazar ramadan, tetapi jika ini yang terbaik sudah tentu semua pihak akur dengan keputusan pihak berkuasa.
Sebarang Bentuk Bazar Tidak Dibenarkan
Kerajaan memutuskan tidak membenarkan sebarang bentuk bazar atau gerai dilaksanakan sempena Ramadan kali ini sepanjang tempoh penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, keputusan itu dibuat hasil mesyuarat hari ini selepas meneliti dan mendengar pandangan Kementerian Wilayah Persekutuan melalui Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
“Mesyuarat hari ini memutuskan sebarang bentuk perniagaan berkaitan bazar atau gerai Ramadan termasuk dalam bentuk pandu lalu serta tempah dan ambil tidak dibenarkan,” katanya pada sidang media harian di Putrajaya hari ini.
Artikel berkaitan:
Bazar Ramadan BATAL, Kerajaan Perkenal 3 KONSEP BARU Beli Juadah Berbuka
PKP Tak Halang Ibadat, Untung Berkurung Di Rumah Sepanjang Ramadan-UAI

Perhidmatan e-hailing boleh diteruskan
Ismail Sabri berkata, bagaimanapun, perkhidmatan e-hailing seperti sekarang boleh terus beroperasi ketika Ramadan.
Sebelum ini, Kementerian Wilayah Persekutuan mencadangkan tiga kaedah untuk menjual makanan dan minuman sepanjang bulan Ramadan iaitu Pandu Lalu, Tempahan Awal, Bungkus dan Ambil, serta penghantaran e-hailing.
Sumber: Harian Metro
MW: Inilah masanya mak-mak mengasah bakat memasak tanpa perlu ke bazar. Mungkin inilah juga masanya untuk kita berjimat-cermat dan mengamalkan pemakanan yang seimbang pada bulan ramadan kali ini.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Ala Kafe Hipster, SMK Sri Pontian Ubah Persepsi “Kantin Sekolah”

Ala kafe hipster, SMK Sri Pontian ubah persepsi “kantin sekolah”. Kantin sangat penting pada ekosistem sekolah. Kantin yang bersih, cantik dan ceria pasti akan menggembirakan seluruh warga sekolah.
Lari dari kebiasaan kantin sekolah yang menampilkan kerusi dan meja panjang sejak berpuluh tahun lalu, kantin SMK Sri Pontian, Pontian menjadi tumpuan warga maya apabila hiasan dalamannya tampak berbeza. Ala-ala kafe hipster yang sering menjadi tumpuan melepaskan lelah bagi anak muda.
Susun atur yang cantik, kelihatan teratur memudahkan pelajar dan guru membeli makanan di kantin ini. Paling penting, tiada istilah “bilik makan guru” sebaliknya guru dan pelajar boleh bersama-sama makan di kantin ketika waktu rehat dan masa terluang.
BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI:- “Dari Peniaga Tepi Jalan Kini Dah Ada Kantin Kilang & Medan Selera,”
“Tak Sabar Nak Rehat, Beli Makanan” Kantin Sekolah Ala Cafe, Tarik Perhatian Murid, Terbaik!
Dikongsi dari fb The Canteen Sri Perhentian, pemiliknya menukar hiasan dalaman kantin sekolah ini mengikut citarasa mereka selepas berbincang dengan pengurusan sekolah dan ia dipersetujui. Hasilnya sangat cantik dan memberi nafas segar kepada “kantin sekolah”.
Ini perkongsian dari pengurusan kantin sekolah.

Bismillah..
Setakat hari ke-2 beroperasi ni, hanya ini termampu kami kerjakan untuk jadikan ianya lebih selesa & bersih.. Jika masih ada kekurangan dari segi persembahan “suasano” tu, kami masih dalam kerja kemasan akhir.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
‘Saya Reda Awak Bahagia Bersama Sumayyah’ Anak & Isteri Penjaga Gol Negeri Sembilan Meninggal Lepas Bersalin

Isi Kandungan
ToggleKehilangan anak dan isteri dalam masa terdekat, satu berita yang perit untuk diterima penjaga gol skuad Negeri Sembilan, Mohd Kaharuddin Abdul Rahman. Tika ini, tentulah memori bersama arwah menemani dalam setiap langkah dan doa suami ini.
Begitu pun hati manusia, tetap rapuh untuk menerima ujian kehilangan dariNya. Redha itu pasti, kerana itulah sandaran kekuatan hati.
Sebagaimana yang dikongsikan Mohd Kaharuddin beliau meluahkan perasaan sebak selepas isterinya, meninggal dunia dua hari yang lalu selepas melahirkan anak mereka.
Sebelum pemergian arwah isterinya, suami ini baru saja kehilangan anaknya yang baru dilahirkan akibat komplikasi ketika dilahirkan.
Kerinduan Yang Tiada Penghujungnya
Di laman instagram milik Mohd Kaharuddin, beliau meluahkan perasaan rindu yang tak berpenghujung kepada dua insan kesayangannya.
“Saya reda.. Yang penting awak bahagia bersama Sumayyah.”
“Rindu! Pejam mata nampak awak, bukak mata nampak awak. Tengok anak nampak awak. Makan nampak awak.”
“Rindu yang tiada penghujungnya.. Subhanallah. Di saat anak baru lelapkan mata. Di saat itulah terlalu rindukanmu sayang. Saya reda yang penting awak bahagia kat sana bersama anak kita Sumayyah. Saya harap suatu hari nanti awak pula menjemput saya bersama-sama.”
Dalam mengenang pemergian isteri beliau turut meluahkan perasaan ini. “Awak isteri dan ummi yang hebat!”
Sebagai seorang suami yang menerima takdir dirinya, Mohd Kaharuddin bersyukur kerana dikelilingi insan-insan yang tak putus menasihati dan mendoakannya.

“Terima kasih semua yang memberi nasihat dan doa untuk keluarga kecik saya. Saya tak mampu balasnya. Semoga Allah balas semuanya. Amin.”
Semoga Mohd Kaharuddin Tabah
Dalam pada itu, Persatuan Pemain-pemain Bola Sepak Profesional Malaysia (PFA Malaysia) memuat naik ucapan takziah kepada Mohd Kaharuddin dalam laman sosial mereka.
“Kami di PFAM amat bersedih dengan dugaan yang dilalui oleh beliau dan mendoakan agar saudara Mohd Kaharuddin tabah dengan dugaan dan ketentuan Allah ini. Marilah kita sama-sama memanjatkan doa kepada Allah agar arwah anak dan isteri beliau diberikan rahmat Allah.”
Sumber/Foto : Sinar Harian, twitter PFA Malaysia
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
‘Bukan Rambut Je Gugur, Bulu Roma, Kening Semua Gone!’ Lalui 17 Kali Rawatan Kemoterapi

Isi Kandungan
ToggleBerat ujian pesakit kanser ini. Perlu melalui proses rawatan kemoterapi yang panjang. Malah, menggunakan ubat-ubatan anti barah dalam merawat kanser yang dihadapinya.
Yna Sarina berkongsi pengalaman melalui kemoterapi untuk rawatan kanser servik yang dialaminya. Tempoh setahun lima bulan dia perlu melalui proses kemo yang cukup meletihkan fizikal, emosi dan mentalnya.
Membaca perkongsiannya saja sudah buatkan hati tak keruan. Kuatnya Yna sepanjang proses kemo ini. Semoga pengalaman yang dikongsikan ini dapat membuka mata ramai wanita.
Pesannya, “Yna seru, semua wanita jangan malu atau takut untuk buat ujian pap smear. Sebab sebelum ini, Yna memang tak pernah buat pap smear sebab malu. Cegah dan kesan dari awal.”
Kesan Sampingan Selepas Rawatan Kemoterapi
Last rawatan chemotherapy Yna pada 15/9/2022 lepas. Jarang Yna nak bercerita detail effect selepas sesi chemo Yna. Tapi Kali ni Yna nak share dengan semua dan ia menjadi kenangan untuk Yna sepanjang tempoh 17 kali melakukan rawatan kemoterapi.
Tau apa itu chemotherapy? Ada yang bayangkan, chemotherapy Tu macam Kita buat MRI.
Tak lah! Chemotherapy tu prosesnya macam orang drip air tu je. Buat line, masuk air, flushing, masuk ubat, flushing balik. Kalau bernasib baik, sekali je lah cucuk. Kalau nasib tak baik, 4 kali cucuk baru keluar darah. Sebab urat-urat pesakit kanser ni dah kecut. Payah darah nak keluar.
Kadang-kadang sampai lebam tangan ni kena cucuk.
Mula-mula chemo, dose Yna tak tinggi sangat. Ubat cuma 1 jam ( 5 kali satu ubat) sahaja. Lepas tu dinaikkan kepada 6 jam (6 kali 3 jenis ubat) dan last skali 4 jam (6 kali 2 jenis ubat). Nak abiskan sesi chemo ni bercinta rasanya. Bosan, lenguh, letih, semua ada!
Sikit-sikit tengok jam. Bila lahhh nak abis nih! Bila dah abis….lega!
Ubat yang digunakan untuk merawat kanser digunakan sama ada ubat chemo tu sahaja atau dalam campuran dengan ubat-ubatan lain. Kita datang hospital, nak start chemo, kena buat line, masukkan ubat-ubat lain dulu baru mereka bancuh ubat untuk chemo. Jadi semuanya makan masa. Sebelum start ubat chemo, Ada beberapa ubat lain dulu diaorg bagi. Antaranya tahan muntah, steroids, gestrik etc.
Rambut Gugur.. Sehelai Rambut Pun Tak Ada
Untuk apa chemotherapy? Tujuan nya adalah untuk memusnahkan sel-sel kanser. Chemotherapy ni bertindak membunuh sel-sel yang membahagi dengan cepat, sama ada sel-sel kanser atau sel-sel sihat.
Sel baik ke, sel jahat ke, semua dia bunuh! Maknanya, antibody ko memang dah tak berapa nak kuat! Cepat penat, mengah, tak berdaya. Kalau buat keje pun tak boleh selincah dulu. Semuanya kena buat dengan slow & steady.
Tau tak, ubat chemotherapy ni boleh merosakkan sel-sel folikel (akar rambut) dan membuatkan rambut Yna gugur atau erti kata lain menjadi botak! Botak yaa! Sehelai rambut pun takde!
Mula-mula rambut gugur dulu, Yna macam sedih. Lepas tu ketawa sendiri sebab kelakar. Daripada berambut panjang, tiba-tiba takde rambut. Ada beberapa kenalan yang Yna hantar gambar Yna takde rambut. Ada Yang menangis sebab kesiankan Yna. Yna kata, jangan nangis. Yna ok je. Rambut boleh ke tumbuh balik. Lagipun takde rambut ni, ringan kepala. Mandi je, macam air terus masuk ke otak.
Bukan rambut je gugur, bulu kening, bulu roma semua gone!
Sebulan 4-5 batang pensil kening kena beli. Hari-hari dok buat kening. Kadang-kadang lantak laaaa. Malas nak ukir. Bila malas nak bersiap, muka macam aliens pun ada. Ahhh lantak! Ku tak pedulik!
Muka, badan, lengan abis naik biji-biji effect dari ubat. Muka memang teruk gila. Kusam. Tu juga antara Penyebab kenapa Yna tak nak jumpa orang.
Lepas Tukar Ubat Rawatan Kemoterapi Nak Berjalan Pun Tak Boleh
Bukan tu je, Yna juga mengalami keletihan, loya dan radang perut (berak berdarah). Alhamdulillah, Yna tidak mengalami ulser, sakit kerongkong dan keletihan yang berpanjangan. Keletihan Yna cuma 4-5 hari sahaja.
Masa mula-mula tukar ubat (dose tinggi), nak berjalan pun tak boleh. Loya, menangis je kejenya sebab badan semua lenguh. Macam nak tercabut. Terduduk atas kerusi malas. Mak tolong lapkan badan.. sedih betul time tu.
Tenaga macam tak ada langsung. Lemah longlai. Tapi alhamdulillah, Lepas tu, Allah bagi Yna kekuatan yang luar biasa.
Kesan sampingan setiap pesakit tu berbeza. Tak akan sama! Yna alhamdulillah masih kuat berbanding sahabat-sahabat Yna yang lain. Ada di antara sahabat Yna yang tak boleh makan, turun berat badan mendadak, tak boleh berjalan, muntah-muntah dan ada juga yang perlukan bantuan keluarga untuk urus diri sendiri.
Baca : Kalau Boleh Setiap Hari Nak Makan Healthy Food, Elyana Kongsi Struggle Kemoterapi
Duduk Dalam Aircond Pun Peluh Menitik.. PANAS!
Letih selepas chemo tu macam mana? Tak Boleh Yna nak jelaskan secara detail. Tapi letih selepas chemo tu membabitkan fizikal, emosi & mental Yna. Nak bercakap dengan orang pun malas. Nak jumpa orang apatah lagi.
Handphone berbunyi pun Yna rasa nak marah. Kalau anak-anak buat bising. Yna jadi cepat nak mengamuk dan marah-marah. Emosi Yna betul-betul terganggu sebenarnya sepanjang tempoh chemo.
Kepala ni sentiasa panas. Berpeluh-peluh. Duduk dalam aircon pun macam takde rasa. Peluh menitik-nitik. Rasa nak mandi 24 jam. Biasanya, untuk 3 hari selepas chemo, Yna dibekalkan ubat Dexamethasone 4mg (steroids), Metoclopramide 10mg (tahan muntah), dan satu lagi untuk gestrik.
Untuk radang usus (HB drop), Yna diberi ubat Transamin 250mg (henti darah) dan Sangobion capsule (tambah darah). Ada sesetengah pesakit harus ambil ubat untuk tempoh yang lama. Tapi Yna, alhamdulillah tidak perlu bergantung dengan sebarang jenis ubat.
Hari ke 6 dan ke 8 selepas chemo, Yna Kena cucuk booster (Zarzio 30MU/0.5ml injection). Ada pilihan. Nak suruh doc cucukkan atau Kita nak cucuk sendiri. Yna pilih untuk cucuk sendiri. Sakit? Tak laa. Jarum pun tak de lah besar mana. 1st time cucuk mungkin rasa macam sedikit takut. Lepas tu ok je. Seronok pulak main cucuk-cucuk kat perut sendiri.
Cukup Sampai Sini ‘Hubungan’ Kita
Last chemo Yna tempohari, lagi 18 minit nak habis, tiba-tiba Yna kena allergic ubat chemo. Time ni lah dia nak allergic segala. Yna rasa leher Yna panas. Gatal tekak, batuk-batuk dan seluruh tangan jadi merah-merah.

Tu pun Yna tak perasan sampai lah ada pembantu perubatan yang datang untuk bagi ubat. Dia yang sedar tangan Yna jadi kemerah-merahan.
Cepat-cepat mereka stopkan mesin chemo Yna. Merah-merah sampai ke leher. Tangan bengkak. Terus on ubat allergic. Masuk air 30 minit, kemudian sambung chemo macam biasa. Memang Allah tu nak bagi betul Yna rasa setiap pengalaman waktu chemo.
Macam-macam dugaan Yna Kena lalui. Tapi alhamdulillah. Semuanya dipermudahkan walaupun ribut, badai & halilintar yang datang
Tak nak dah masuk ruangan chemotherapy unit! Cukup laa sampai kat sini je ‘hubungan’ Kita.
Terima kasih untuk pengalaman 1 tahun 5 bulan yang indah.
Sumber/Foto : Yna Sarina
Jom daftar sekarang!!! KELAS JAHITAN KREATIF
Klik link untuk daftar: https://toko.ideaktiv.com/product/kelas-jahitan-kreatif/
Tak pernah pegang mesin, tak bermakna mak-mak tak pandai menjahit. Pelajari kaedah dan teknik jahitan mudah dalam kelas satu hari sahaja.
Dalam masa beberapa jam, walaupun beginner anda mampu menyiapkan satu tote bag daripada jeans terpakai dan nasi lemak recyclable bag.
Projek 1: Denim Tote Bag
Jom tukar jeans yang tak muat dipakai menjadi tote bag. Teknik yang dipelajari bermula daripada cara memotong kain, membuat ukuran kain, menjahit lurus, jahit tangkai beg, cara cantuman sehinggalah siap sebiji beg.
Projek 2: Shopping Bag
Beg beli belah berbentuk nasi lemak! Beg kitar semula ini bukan saja menjimatkan ruang, malah dapat melindungi alam sekitar kerana kurangnya penggunaan beg plastik. Teknik yang bakal dipelajari adalah cara jahitan melengkung, jahitan lurus, cara mengukur saiz beg dan cara membuat lipatan.
Jangan ketinggalan sertai Kelas Jahitan Kreatif Denim Tote Bag & Shoping Bag di SewingWorld, One City Subang Jaya pada 15 Oktober 2022 bermula 9.30 pagi hingga 5.30 petang. Yuran RM60 sahaja.
#kelasjahitankreatif
#sewingworldgallery
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI