Niat seorang ibu muda yang kononnya nak melawa anaknya jadi cemas apabila bayi tertelan anting-anting tanpa disangka-sangka. Mungkin kita tidak perasan atau rasa yang segalanya telah berada di tempat yang selamat, tetapi anak kecil akan melalui fasa suka mengutip apa sahaja yang dijumpai dan masukkan apa yang dikutip itu ke dalam mulutnya.
Kalaulah terlepas pandang, memang anak jadi mangsa bedah. Sebab itu jugalah asalkan jumpa apa sahaja di atas lantai, tolong segera kutip dan dibuang atau boleh diletakkan di tempat yang sepatutnya.
Memang bila kita ada anak kecil di rumah, kita tidak boleh ambil sambil lewa akan perkara-perkara yang boleh menjadikan kita terlepas pandang dan kita kemudiannya sesal sendiri.
Ini berlaku pada seorang ibu muda, Puan Hafizah Md Zan apabila anaknya tertelan anting-anting, ikuti pengalaman ngerinya saat bawa anak ke hospital.
Alhamdulillah genap seminggu dah Dhia keluar Hospital Sultanah Aminah Johor. Empat hari masuk Hospital Muar. Tiga hari masuk Hospital Aminah.
Mana yang bertanya kenapa Dhia, gambar di bawah Bukti segala-galanya. 13/12/2017 Dhia telan sendiri anting-antingnya. Macam nak gugur jantung Mama bila tahu Dhia telan Anting-anting sendiri. Doktor pakar Muar ingat anting-anting Dhia akan keluar ikut najis.
Tapi beberape malam stay hospital, bagi ubat berak disuruh puasa selama 48jam. Namun anting-anting Dhia tetap tak bergerak seperti dalam gambar. Pakar Muar terpaksa Refer ke Johor sebab hanya Johor sahaja ada kamera untuk budak punya.
Sampai Johor Bahru, esoknye Dhia diminta puasa dan di masukkan ke OT. Doktor pakar cakap sekiranya tak dapat ditarik ikut mulut. Doc akan belah perut Dhia.
Allah menggigil badan Mama dengar. Mama berdoa yang anting-anting dapat ditarik sahaja. Hari Isnin 18/12 tepat 12.30pm Dhia diberi ubat bius. Mama setia menanti di luar bilik Ot. Tak sampai sejam doktor dah panggil Mama dan anting-anting Dhia dapat ditarik keluar sahaja.
Bersyukur sangat Mama sebab Dhia tak perlu dibedah perut. Ini semua doa dari semua, Dhia pun makin aktif. Ini buat pengajaran pada Mama dan juga buat orang lain juga ya.
Tindik telinga atau pakaikan cincin pada bayi memang boleh menyebabkan kebanyakan bayi tercekik. Ramai mak ayah tergesa-gesa untuk memakaikan anak-anak barang kemas. Seeloknya pakaikan mereka anting-anting bila anak sudah besar sedikit.