Musim raya ini, ada juga mak ayah terfikir untuk bawa anak-anak yang masih bayi keluar menziarahi sanak-saudara. Kemudian, memakaikan topeng muka pada bayi sebagai langkah berjaga-jaga. Katanya bimbang bayi akan dijangkiti virus Covid-19.

Sebenarnya bayi perlu pakai topeng muka ke? Untuk pengetahuan semua, bayi tak sesuai pakai topeng muka. Sudahnya nanti bayi lemas dan rimas, langkah paling baik adalah elak bawa bayi keluar rumah dan duduk rumah diam-diam.

Ikuti perkongsian Dr Arisman, MD ini dan fahami penjelasannya :

BAYI PERLU PAKAI TOPENG MUKA KE TAK?

Bayi dan kanak-kanak bawah 2 tahun tidak sesuai memakai topeng muka kerana:

1. Saluran pernafasan kanak-kanak adalah sempit berbanding orang dewasa. Mudah untuk mengalami kesukaran bernafas.

2. Mereka mudah rimas dan lemas apabila memakai topeng muka. Apabila mereka rimas, mereka akan cuba untuk menanggalkan topeng muka tapi akan gagal kerana perkembangan motor halus (tangan dan jari) mereka masih belum matang.

3. Untuk mengeruhkan keadaan lagi, mereka akan meraba-raba pada muka mereka. Akan mudah dijangkiti virus jika tangan mereka kotor.

4. Topeng muka yang longgar tidak memberikan pelindungan. Topeng muka yang ketat akan melemaskan. Bayi bawah 2 tahun tidak boleh bercakap penuh lagi untuk mengatakan “tidak mahu” atau “buyao”

5. Topeng muka N95 tidak diiktiraf oleh WHO penggunaannya untuk bayi.

IKLAN

6. Jika mereka mengalami kesukaran bernafas, mereka tidak mampu untuk menanggalkannya sendiri dan ini boleh menyebabkan bayi lemas dan pengsan.

Cara Mencegah Yang Terbaik

Jadi, apa boleh ibu bapa lakukan bagi mencegah anak kecil anda supaya tidak dijangkiti wabak berkenaan?

Untuk mencegah jangkitan virus bagi kanak-kanak di bawah umur 2 tahun, lindungilah bayi anda dengan cara begini:

1. Hadkan sentuhan terhadap bayi

2. Jangan bawa bayi keluar dari rumah

3. Jika boleh, selimutkan bayi (cuma jangan tutup muka untuk membolehkan mereka bernafas dengan baik)

4. Ibu bapa atau penjaga perlu mencuci tangan sebelum menyentuh bayi

5. Elakkan anak-anak anda yang lain dari menyentuh bayi

6. Kerap bersihkan bayi

Akhir kata, jangan hanya fokus kepada si kecil anda sahaja ya?

Anda sebagai individu dewasa juga berisiko dijangkiti COVID-19 jika tidak mengamalkan langkah kebersihan dan kesihatan yang sewajarnya.

Paling penting, sentiasa kekal duduk di dalam rumah dan patuhi Perintah Pergerakan Kawalan.

Dr. Arisman, MD
“kegagalan bukanlah pilihan”

#stayathome
#kitajagakita
#lindungibayi
#breakthechain

Sumber: Petikan artikel dari Dr. yusof, dan HelloDoctor.

MW: Semoga perkongsian ini dapat memberi mak,ayah maklumat yang tepat tentang penggunaan topeng muka kerana tidak semua orang sesuai memakai topeng muka. Pendek kata, duduk di rumah diam-diam dan jaga kebersihan sebaik mungkin.