Bayi berusia di bawah dua tahun ke bawah tak perlu pakai pelitup muka dan cara terbaik untuk lindungi bayi mak, ayah adalah dengan duduk di rumah.
Jadi bila ternampak ada mak,ayah yang tidak pakaikan pelitup muka, janganlah kecam kerana bayi yang masih kecil tidak sesuai pakai pelitup muka. Oleh itu, buat masa sekarang, tindakan paling terbaik adalah tinggal sahaja di rumah.
Ads
Ads
Ads
Bagi mak, ayah yang bekerja pula jangan bimbang jika perlu menghantar anak ke nurseri kerana pihak nurseri perlu mengikut SOP yang telah disarankan.
Bayi Tak Perlu Pakai Pelitup Muka
Ibu ayah semua. Penting bila hantar anak pagi ini ke pusat penjagaan. Elakkan memakaikan pelitup muka pada kanak-kanak berumur dua tahun dan ke bawah. Ianya tidak digalakkan! Malah boleh membahayakan kesihatan dan nyawa bayi.
1.Jika terlalu ketat bayi boleh lemas.
Salur pernafasan bayi adalah kecil. Jika anda kurangkan kemasukan oksigen dengan memakaikan pelitup muka, bayi akan lemas dan ini sangatlah bahaya!
2. Jika terlalu longgar, bayi tidak mendapat apa perlindungan pun.
Jika lihat pelitup muka jenis N95 pun, tiada pelitup muka yang direka dan diiktiraf selamat untuk kegunaan bayi dua tahun.
3. Anak gelisah dan meraba-raba, rosak, membazir. Ini menggalakkan lagi jangkitan dan penyebaran virus.
Jadi bagaimana nak lindungi anak kesayangan kita?
Tak Perlu Pakai, Cara Terbaik Duduk Di rumah
Yang terbaik adalah dengan melindungi bayi anda dengan tidak membawa mereka ke tempat awam yang sibuk dan sentiasa amalkan penjarakan sosial.
Di taska atau pusat jagaan, anda tak perlu risau. Telah ada SOP khusus bagi melindungi kanak-kanak.
MW: Mak, ayah take note iya demi keselamatan anak-anak yang masih kecil. Bimbang jika pakaikan bayi yang berumur di bawah dua tahun akan memudaratkan kesihatan mereka.
Sesungguhnya dalam mendidik anak-anak, mak,ayah perlu jadi raja berpendirian, barulah anak jadi rakyat yang taat. Sebagai mak,ayah rasanya tidak perlu untuk mengikut segala kemahuan anak.
Tidak salah jika mak, ayah mahu berbincang dengan anak-anak tentang sesuatu perkara namun jangan keterlaluan. Sehingga membuatkan anak-anak merasakan mereka “raja”.
Ikuti perkongsian Mohd Yazid Ismaildan jadikan inspirasi buat mak,ayah dalam mendidik anak-anak yang semakin membesar:
Jangan selalu tanya soalan approval kepada anak-anak. Terutamanya yang masih bersekolah. Mereka akan rasa semua benda perlu ikut citarasa mereka, nanti mereka akan jadi raja di rumah.
Contoh soalan approval:
Nak ummi masak spaghetti hari ni?
Along nak hadiah apa untuk birthday?
Nak tak kita pergi pantai esok?
Soalan approval bunyi macam comel dan mesra, tapi jika diulang bertahun-tahun ia akan menyemai sifat bos pada anak-anak, suka ikut kepala sendiri.
Nasib baik di sekolah cikgu tak amalkan tanya soalan approval. Cikgu terus bagi kerja tanpa tanya persetujuan. Sebab tu anak-anak lebih mudah taat di sekolah berbanding di rumah.
Ibu bapa perlu jadi raja yang berpendirian, barulah anak akan jadi rakyat yang taat. Nak buat sesuatu tak perlu dapatkan persetujuan anak-anak.
Nak masak apa pun masaklah. Anak akan makan sebab dah tak ada pilihan lain. Mereka akan suka. Jangan sampai terpaksa buat menu khas untuk setiap anak-anak. Seksa hidup nanti.
Biarlah Anak Jadi Rakyat Yang Taat
Didiklah anak-anak supaya ikut saja aktiviti yang kita rancangkan. Sekali-sekala anak-anak boleh bagi cadangan tapi tak semestinya kita ikut mereka.
Bertanya untuk berbincang tak ada masalah, tapi bukan tanya untuk dapatkan approval.
Mak ayah kita dulu-dulu mana ada tanya approval dari kita. Kita gembira saja ikut semua yang mak ayah tetapkan.
Jangan merajakan anak-anak.
-Mohd Yazid Ismail
Yang suka memerhati dan suka menulis di fb.
MW: Dalam mendidik anak-anak ini bergantung kepada mak,ayah untuk mengikut acuan yang selesa kerana setiap anak tak sama. Semuanya berbalik kepada pilihan dan setiap pilihan pasti ada impaknya.
Kedua-dua mak ayah mempunyai pengaruh dan genetik tersendiri dalam mewariskannya kepada anak-anak mereka. Namun, terdapat beberapa perkara yang kemungkinannya lebih besar diperolehi anak-anak melalui genetik ayah.
Antaranya:
1. Jantina Anak
Menurut sains, kebarangkalian mendapat anak lelaki atau perempuan ditentukan oleh bapa. Menurut kajian yang diterbitkan di Science Daily, salasilah bapa boleh digunakan untuk menentukan kemungkinan jantina bayi yang bakal dilahirkan.
Jantina bayi ditentukan oleh sperma bapa. Jika sperma tersebut mempunyai kromosom X dan bergabung dengan kromosom X daripada ibu, akan terhasil bayi perempuan. Dan jika sperma mengandungi kromosom Y, anak lelaki akan terhasil.
2. Masalah Jantung
Seorang doktor naturopati, Jen Stagg, anak lelaki boleh mewarisi genetik daripada ayahnya yang meningkatkan risiko penyakit jantung koronari sebanyak 50 peratus.
Kajian yang dilakukan oleh Universiti Leicester juga menyokong teori ini bahawa penyakit ini yang berlaku akibat penurunan penghantara oksigen ke jantung yang disebabkan pengecilan saluran darah, boleh diwarisi anak lelaki.
3. Senyuman
Saiz gigi, saiz rahang dan bentuk gigi adalah genetik, dan mampu diwarisi melalui ibu atau bapa. Namun, terdapat kemungkinan besar ia lebih cenderung diwarisi melalui bapa. Genetik daripada bapa adalah lebih aktif berbanding genetik yang sama daripada ibu.
“Disebabkan oleh genetik bapa lebih aktif, mengakibatkan genetik berkaitan dengan saiz rahang, yang boleh mengakibatkan kesesakan gigi atau kerosakan gigi daripada enamel lembut, berlaku,” jelas doktor Jen.
Dan secara tak langsung, anak lebih cenderung mempunyai senyuman seperti bapa mereka.
4. Ketidaksuburan
Lelaki yang mengalami masalah kualiti sperma masih mampu mempunyai anak dengan bantuan persenyawaan in vitro. Namun, para saintis mengatakan bahawa anak lelaki yang lahir hasil persenyawaan ini mempunyai keberangkalian tinggi mewarisi ketidaksuburan daripada bapa..
Maklumat yang diperolehi daripada lelaki dewasa yang disenyawakan melalui suntikan sperma intracytoplasmik (ICSI, rawatan kesuburan), menunjukkan bahawa ketidaksuburan pada golongan lelaki adalah sifat yang diwarisi.Mereka yang lahir melalui cara ini mempunyai kebarangkalian yang tinggi mempunyai kualiti sperma yang rendah, seperti bapa mereka.
5. Kesihatan Mental
Walaupun kedua-duanya, boleh mewariskan penyakit mental kepada anak-anak, namun bapa lebih cenderung terhadap perkara ini. Penyakit seperti skizofrenia atau gangguan kekurangan perhatian hiperaktif (ADHD), lebih mudah diwarisi daripada bapa yang berumur.
Ia disebabkan oleh bapa 4 kali lebih cenderung untuk mengalami mutasi DNA, kerana lelaki terus menghasilkan sperma baru walaupun semakin berusia.
“Ia mampu menyebabkan penyakit genetik jarang mampu berlaku pada anak-anak mereka, serta insiden gangguan neurodevelopmental yang tinggi seperti autisma” jelas doktor Jen Stagg.
6. Mata Bayi
Kedua-dua ibu dan bapa mempunyai peranan dalam menentukan sama ada bayi akan mempunyai warna anak mata yang cerah atau gelap. Namun, jika bapa mempunyai ciri-ciri tertentu, bayi tersebut akan mengikut warna mata bapa.
Berita murid tahun 6 dikesan mengandung ini bukan saja menggemparkan, malah mengundang rasa pilu di hati. Ini kisah benar yang dikongsikan dari status facebook cikgu Mohd Fadli Salleh.
Jaga Anak Tak Perlu Moden Sangat
Ini cerita hari ini (status ini bertarikh 9 Oktober 2017). Seorang sahabat guru berkongsi apa yang isterinya tulis. Isterinya juga seorang guru di sebuah sekolah rendah.
Minggu lepas, di sekolah sama seorang murid tahun 6 dikesan ‘pregnant’ hasil hubungan seks dengan teman lelakinya. Ya, murid yang baru lepas UPSR berumur 12 tahun dah mengandung. Tak menang tangan nak handle isu murid tahun 6 tersebut, Hari ini murid tahun 4 pula dikesan melakukan seks dengan beberapa orang murid lelaki tahun 6. Dengan BEBERAPA orang lelaki.
Terkesan dengan berita itu, guru ini menasihati ibu bapa agar tak perlu menjaga anak-anak secara moden.
“Tak payah tiru gaya orang Eropah didik anak. Bagi kebebasan melampau hingga anak langsung tak hormat mak ayah. Gejala sosial yang teruk dan seks bebas itu biasa.
“Kita ada budaya kita. Budaya ketimuran. Kita ada agama kita. Agama Islam. Kenapa perlu ditiru budaya yang kononnya moden tapi sahsiahnya teruk. Terus saja mendidik anak gaya ‘oldschool’. “
Selongkar Saja Beg, Handphone, Diari Anak.. Anak Kita Tu Kan?
Sebab itu mak ayah perlu pastikan waktu maghrib anak wajib berada atas rumah. Lambat naik, melawan, rotan saja. “Anak kita tu kan?”
“Biar dia menangis hari ini dari kita yang menangis kemudian hari. Selongkar sahaja segala barangan mereka. Beg mereka. Telefon mereka. Malah, diari mereka kalau perlu dan ada sangsi. Jika ada benda tak patut, terus bimbing sebelum mereka bertambah teruk.”
Tak perlu ikut budaya barat yang kononnya menjaga hak ‘privacy’ anak mereka.
Siasat betul-betul dengan siapa mereka berkawan, dengan siapa mereka keluar. Janganlah nak tunjuk moden sangat bagi anak kecil dah bercinta dan benarkan keluar dengan pakwe. Cinta monyet kata orang, padahal ibu bapa yang membenarkan cinta monyet itu yang monyet. Hmmmm.
Konon ‘sporting’. Pakwe anak tingkatan 2 minta izin kita bawa anak pergi tengok wayang kita benarkan. Siap bagi duit poket lagi. Sekali mereka ‘check in’ hotel baru kita yang menyesal tak sudah.
Permintaan anak mahu gunakan tektik belajar di rumah kawan sudah jadi tektik lapok.
“Tapi masih ramai ibu bapa yang kena tipu. Anak kata nak pergi belajar rumah kawan, kemain gembira mak ayah anak mereka rajin.”
“Siap hantar ke depan rumah lagi. Lepas tu kita pulang, mereka pun keluar bersama teman lelaki masing-masing dan buat perkara tak bermoral.”
Nak benarkan anak belajar rumah kawan boleh, tapi pastikan kawan itu kawan sejantina. Kenal juga mak ayah kawan anak kita. Telefon mak ayah kawan anak kita untuk pastikan anak kita betul ada belajar di situ. Balik rumah, check pula buku dia. Benarkah dia belajar hari itu. Biar jelas dan kita puas hati.
Jangan Bagi Anak Smartphone
Telefon ni tak payah la bagi anak guna secara bebas. Nak sangat, kau bagi je telefon nokia yang jenis boleh call dan sms sahaja. Tak perlu bagi yang jenis smart phone macam android dan sebagainya.
Yang smartphone tu, bagi dia guna di rumah dengan pengawasan kau sahaja. Bagi dia guna masa tertentu sahaja. Sebelum masuk tidur, kau ambil telefon tu simpan.
“Dibiar budak tu bawa ke bilik tidur, entah-entah web lucah yang dia layan. Entah dengan siapa dia berborak. Malah, banyak sangat zaman la ni budak sekolah buat video call dan berbogel depan kamera. Teman lelaki hasut, terus buat.”
Teman lelaki tu siap rekod, lepas tu sebarkan. Dapat video tu kat kau, tengok anak sendiri berbogel dalam video call dengan gaya mengghairahkan, tidakkah kau malu?
Lagi satu tak payah la benarkan anak keluar malam. Tambah-tambah anak perempuan. Tak payah benarkan walau alasan dia nak beli topup ke, beli pensel ke, beli buku ke.
“Kat taman dekat rumah aku berlambak budak perempuan keluar malam lepak dengan budak lelaki di taman permainan. Budak baru umur 13-15 tahun je pun.”
“Pakaian kemain seksi. Sendat. Nak menggoda teman lelaki katakan. Yang aku heran tu, mak ayah dia tak marah pula anak dia setiap malam keluar macam tu. Agaknya bila anak dia ditangkap basah, anak dah bunting baru nak menyesal.”
Ada benda kita boleh tiru gaya barat. Namun banyak benda kita kena tolak. Jangan diikut terutamanya bab jaga anak.
Aku pesan ini untuk diri sendiri dan keluarga aku dahulu. Itu yang utama dan pertamanya.
Selebihnya aku berpesan pada anak-anak didik aku dan sahabat handai. Usahlah ditiru budaya barat. Kita ikut cara kita.
Cara datuk nenek kita dulu lebih bagus dalam mendidik sahsiah anak-anak. Sungguh!
Nota: Kadangkala ‘oldschool’ itu lebih baik.
Sumber/Foto : Facebook Mohd Fadli Salleh
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Sebak bila Achey dedah isteri serahkan wang gaji ketika bekerja. Terbaru menerusi program realiti TV, Achey memberitahu dirinya sangat kagum dengan pengorbanan suri hatinya...