bayi sumbing

Bayi sumbing adalah kelainan dan ketidaksempurnaan pada struktur bibir atau bahagian lelangit di mulut si comel. Ada ramai mak ayah terlepas pandang bila tengok anak yang dianugerahkan Allah itu tidak sempurna. Kadang bukan sengaja tetapi terlepas pandang.

Jadi untuk bagi semangat pada bayi sumbing ini daripada peringkat awal, baca perkongsian daripada Pakar Perunding Maternal Fetal Medicine, Imelda Balchin ini…

Minggu lepas saya bertemu dengan ibubapa janin yang ada sumbing di bahagian mulut dan langit-langit.

Tidak ramai bayi dilahirkan sumbing, lebih kurang 2 bayi dalam 1000.

IKLAN

Sumbing boleh dilihat oleh imbasan ultrasound. Bila didapati janin mempunyai kecacatan ini, yang penting sekali ialah rujukan ke pakar Fetal Medicine untuk memastikan tidak ada kecacatan yang lain.

Kami selalunya memberi kaunseling kepada ibubapa, jika tidak ada kecacatan yang lain, ia boleh dibetulkan secara pembedahan dan anak-anak akan diberikan bantuan pertuturan, pendengaran, pergigian dan psychology supaya membesar dan mencapai gaya hidup yang sama dengan kanak-kanak yang lain. Kami juga memberi nasihat kaedah menyusukan bayi yang baru dilahirkan. Walaupun mungkin terpaksa menggunakan botol yang diubahsuaikan bagi bayi yang tidak dapat menyedut susu secara biasa, kami masih menggalakkan susu badan ibu daripada susu formula.

IKLAN

Bayi yang sumbing lebih senang mendapat jangkitan kuman di dalam telinga (otitis media) tetapi kajian perubatan menunjukkan yang risiko ini boleh dikurangkan bila ibu memberikan susu ibu bila dibandingkan dengan susu formula.

IKLAN

Ada satu nasihat peribadi yang saya selalu bagi kepada ibubapa yang bimbang:

Iaitu, janganlah malu bergambar dengan bayi anda selepas bersalin. Ambil lah gambar sekeluarga dengan bayi yang baru dilahirkan seperti biasa. Jangan sesekali menunjukkan perasaan kecewa. Kanak-kanak ini boleh menjadi sensitif dan mendapat masalah emosi jika tidak ada gambar selepas kelahirannya seperti adik-beradiknya yang lain.

Tunjukkan lah kepada anak ini, anda bangga, kerana kecantikan di dalam adalah lebih penting daripada kecantikan di luar badan. Tunjukkan lah kepada anak ini, jika kecantikan di luar badan boleh dibetulkan dan kecacatan boleh diubah menjadi sempurna, apa lagi kemuliaan hati kita, kejujuran, kekuatan minda dan semangat. Semoga menjadi ihsan yang mulia dan berjaya dunia dan akhirat.

Prof Imelda,
Pakar Perunding Maternal Fetal Medicine,
Pusat Perubatan Universiti Malaya,
Kuala Lumpur.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI