Bayi meninggal hari pertama dalam jagaan pengasuh, ibu luah momen rindu & kesakitan ditanggung. Tiada apa lagi ujian maha besar saat diuji kehilangan anak yang disayangi. Anak yang sihat dan ceria namun pergiya secara mengejut.
Satu perkongsian dari seorang ibu, dikenali sebagai Fizah Mohd yang diuji pemergian bayi perempuannya, Aisyah berusia 3 bulan sudah cukup menggambarkan derita dirasainya. Ini kerana bayinya meninggal pada hari pertama diletakkan di rumah pengasuh. Sebelah pagi dia mengahantar anaknya dan jam 5 itu dimaklumkan anaknya sudah kaku dalam jagaan pengasuh sekali gus membuatkan langkahnya longlai.
Dalam perkongsian di fbnya, Fizah mengakui tiada air mata mampu keluar kerana rasa rindu yang sarat ditanggung. Orang mungkin melihatnya kuat namun rasa rindu yang mencengkam membuatnya tidak mampu meluahkannya.
Tragedi ini berlaku pada awal November di mana dirinya menghantar bayinya ke rumah pengasuh pada hari pertama dia bekerja. Namun sebelah petang sekitar jam 5, bayinya ditemui sudah meninggal dunia.
Post mortem sudah dilakukan bahkan siasatan forensik turut dibuat dan semuanya masih dalam siasatan bahkan pengasuh juga sudah dipanggil memberi keterangan namun semua itu tidak akan mengembalikan anaknya semula.
BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :– “Pengasuh Taska Nampak Haura Terlangkup Tapi Biarkan”, Bayi 6 Bulan Meninggal Ditinggal 6 Jam Tanpa Pengawasan
‘Walaupun Sedih, Kami Reda & Tak Berdendam Dengan Pemandu.’ Bayi Meninggal DiLanggar Bas
Diberi SUSU, Selepas Tiga Jam Tak Sedarkan DIRI, Bayi Meninggal Dalam Tidur
Dalam mengharungi liku sehari-hari, Fizah dalam fbnya mencatat:-
“1hb nov 2022 adalah hari terakhir mama dengan kamu. Sungguh indah senyumanmu di saat itu. Sangat berseri dan manis dan itulah senyuman yang paling membahagiakan dan terakhir kamu.
“Tanpa sakit dia dijemput Ilahi dibawah jagaan pengasuh pada hari pertama. Dikejutkan kamu tidak sedarkan dan bergegas pulang dan menyuruh pengasuh menelefon 999. Saat itu hanya Allah mampu mengetahui perasaan mama. Dan saat itu mama terpaksa berlakon kuat dihadapan semua orang namun rebah bila kamu dibawa ke hospital. Cuba menahan seboleh mungkin semua perasaan sedih. Walaupun tahu kamu sudah tiada, terima kasih Allah pinjamkan dia kepada kami. Cinta kami sampai ke syurga, InshaAllah..
Bahkan Fizah juga ada memuat naik video momen-momen akhir yang sempat dirakam buat anak kesayangannya itu.
Tulisnya, nampak cekal dan kuat diri ini. Itu kerana aku pernah diuji rebah, jatuh, terbaring dan patah sayap untuk berterbang. Tapi dalam hati tak ada siapa yang boleh membacanya kecuali yang Maha Esa. Kuatnya diri ini hanya pinjaman yg diberikan dan kecekalan yang diberikan pinjaman untuk melawan yang pedih. Relakan hati redha walaupun selalu merindui, cekalkan hati untuk bangkit dan terus berjuang.
Bahkan untuk melerai rindunya, baju-baju tinggalan yang masih ada bau Aisyah disarungkan ke teddy bear, untuk dirinya terus memandang dan mencium anak syurganya itu.
Dapat dirasai kepedihan dan kesakitan dilaluinya. Kata Fizah, dirinya hampir rebah kerana rasa rindu seorang ibu kepada anak syurga. Semalam mama mencari setiap helaian pakaian anak syurga mama. Mencari bau yang tertinggal.
Sebagai pengubat rindu, tiada yang tertinggal kecuali lampin putih itu. Ya Allah kuatkan aku tulisnya sambil menambah pilu bila baju baru yang dibeli tidak sempat dipakai oleh anak syurga. Allahu, moga aku terus kuat kongsinya.
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.