Siapa sangka walaupun telah memakai alat cegah hamil IUD (Intrauterine device) untuk mencegah kehamilan, namun takdir tuhan seorang wanita tetap hamil dan selamat melahirkan seorang cahaya mata. Lebih istimewa, bayi lelaki yang baru dilahirkan di Vietnam tersebut didakwa menggenggam gegelung kontraseptif yang digunakan ibunya untuk mencegah kehamilan.
Wanita terbabit yang berusia 34 tahun dan mempunyai dua anak sebelum ini dikatakan menggunakan perancang keluarga IUD tersebut kira-kira dua tahun lalu.Ia didakwa keluar bersama bayi tersebut ketika dia dilahirkan.
Pakar Obstetrik, Tran Viet Phuong di Hai Phong International Hospital, utara Vietnam tidak melepaskan peluang untuk mengambil gambar unik tersebut.
Ads
“Saya rasa ia foto yang menarik dan tidak menyangka akan mendapat perhatian ramai,” ujarnya.
Ads
Gagal Cegah Kehamilan
Menurutnya, IUD tersebut mungkin gagal mencegah kehamilan wanita itu kerana ia telah berubah daripada kedudukan asalnya.Bayi lelaki sihat itu dilahirkan seberat 3.2 kilogram dan masih berada di bawah pemantauan doktor bersama ibunya.
Difahamkan, IUD yang dimasukkan ke dalam uterus wanita berfungsi untuk melepaskan tembaga atau hormon bagi mengelakkan sperma daripada bersenyawa dengan telur.
Ads
IUD, yang biasanya dikenali sebagai gegelung kerana wayar tembaga dililit di sekeliling plastik, dimasukkan ke dalam rahim oleh doktor dan 99 peratus berkesan.Peranti itu boleh kekal di tempatnya selama lima tahun atau lebih dan seorang wanita boleh hamil sebaik sahaja ia dikeluarkan.
Mana-mana bilik hotel baik dalam mahupun luar negara sekalipun, akan disediakan barang keperluan untuk pelanggan yang menggunakan perkhidmatan mereka.
Misalnya, selipar, cawan, seterika, penyangkut baju dan sebagainya. Tapi ingat ya! walau suka macam mana pun tak semua barang tu kita boleh bawa balik suka-suka hati tanpa dikenakan charge bayaran.
Ingatan ini disampaikan oleh Yusraa Ksm (Cik Oraen) yang berkongsi tip barangan yang boleh mak ayah bawa pulang dan barang yang kena tinggal setiap kali menggunakan perkhidmatan bilik hotel.
Okay! Jangan sampai tak pasal-pasal dah balik rumah, dapat panggilan hotel kena bayar harga barang yang kita dah terambil sebab tersuka ya.
“Perkongsian ini berentetan dengan kekecohan yang berlaku di media sosial dan berita ‘online’. Ada insiden pelancong yang menginap di hotel ambil barang-barang dari bilik hotel.
“Kiranya bila mereka ‘check out’, angkut sekali dengan barang-barang yang tak sepatutnya. Semestinya jadi kes polis kerana pertuduhan mencuri. Cik Oraen tak nak ‘judge’ mereka, biar polis saja yang tentukan.
Senarai Barang Yang Boleh Dan Tak Boleh Bawa Balik Dari Bilik Hotel
Yang BOLEH
1) Barang-barang ‘complimentary’ seperti air mineral, pek kopi, gula, teh dan seangkatannya. 2) Selipar hotel yang pakai buang (selalunya dalam plastik). Kalau bukan dalam plastik tak boleh dibawa balik ya! 3) Pen/pensil & notpad yang disediakan dalam bilik. Cik Oraen selalu tulis ‘terima kasih & sedikit ucapan kasih sayang’ kepada pihak hotel dan biarkan kat situ. Kalian pun boleh mula buat! Haha. 4) Botol-botol mini mengandungi ‘shampoo’, sabun mandi. Botol besar janganlah kalian rembat, tolonglah. #oversangat 5) Set pek alatan menjahit (travel sewing kit), mana tau di tengah jalan seluar kau koyak kan. 6) Di Jepun, kalian akan jumpa origami bentuk burung ‘crane’. Benda comel ni kau bolehlah simpan buat kenangan. #memorylane 7) Tisu. Tapi agak-agaklah kalau nak angkut semua kotak/ roll.
Yang harus WASPADA
1) Minuman dalam peti sejuk: selalunya ini dicaj. KECUALI ada ditulis/ diberitahu segalanya di dalam peti sejuk adalah percuma.
Origami crane dan Yukata. アパホテルズ&リゾーツ(APA Hotels&Resorts) ni antara hotel dengan fasiliti lengkap.
Yang TAK BOLEH DIAMBIL
1) Kalau di hotel Jepun, nama baju ni Yukata. Melayu panggil robe, orang putih kata baju tidur. 2) Penyangkut baju/ penyembur wangi. 3) Seterika (iron)/ lampu tidur/ jam/ TV/ remote control TV. 4) Ashtray. 5) Cawan/ piring/ gelas/ kettle/ sudu besi. 6) Peti besi keselamatan. Agak-agaklah weh. 7) Bantal/ sarung bantal/ cadar/ tilam. Amboi nak bawa tilam ni dahsyat. Baik kau beli terus satu bangunan hotel tu. 8. Frame gambar. 9) Selain semua senarai yang boleh.
Kalau rasa berkenan sangat dengan cawan atau robe yang ada #logohotel yang cantik, kalian boleh minta beli yang baru saja dengan pihak hotel.
Akhir sekali, tinggalkan jejak dan memori yang indah kepada diri sendiri dan staf di hotel. Kena ingat kita ni duta kecil negara dan agama walau ke mana pun kita pergi.
‘Tapak kaki’ boleh tinggal, barang-barang kau bawa yang berlambak tak habis tu (makanan), mohon bawa balik ya. Haa, siapa suruh kau bawa berlambak!
Ada yang Cik Oraen tertinggal? Kot boleh tambah di komen.
Sumber/Foto : Yusraa Ksm, – the hotelier dalam mimpi
Makluman : Artikel ini diterbitkan dengan keizinan daripada penulis asal.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Ramai rupanya mak-mak di luar sana yang masih belum jelas memahami apakah itu masalah ‘speech delay’ di kalangan anak-anak. Lebih parah, bila mak-mak tak sedar, malah tak mengakui anak alami ‘speech delay’
Apa sebenarnya ‘speech delay’ ni. Ianya, gangguan percakapan pada anak. Beza tau dengan anak lambat bercakap. Anak yang lambat bercakap, tapi dengan rangsangan persekitaran, anak itu boleh pulih pertuturannya.
Tapi tidak dengan anak yang speech delay, mereka akan ketinggalan dan memerlukan campur tangan. Bagi mengelakkan ketinggalan jarak pertuturan mereka jadi lebih besar apabila semakin membesar. Itulah diperlukan bantuan terapi untuk pemulihan.
Dan inilah yang dialami oleh anak sulung pelakon, Aeril Zafril dan Wawa Zainal. Ahmad Fakhruddin Attar yang lebih dikenali dengan panggilan Attar alami speech delay. Malah, Wawa tak putus asa dedahkan anaknya dengan Terapi Carakerja (OT) sehingga Attar berjaya dapat markah yang tinggi dalam ujian kemasukan darjah 1 untuk ke sekolah yang diinginkan.
Berdebar Bila Attar Masuk Darjah Satu
Dalam posting terdahulu, Wawa berkongsi yang Attar dah masuk darjah 1,
“Ramai yang tanya perkembangan Attar macam mana. Alhamdulillah ada perubahan. Tahun depan dah masuk darjah 1. Risaunya.. Haritu kitaorang daftar dia darjah 1. Then rupanya sekolah tu kena exam dulu.
“So antara lepas ke tak la masuk sekolah tu. I and Aeril telan ayaq liur jugak la sebab dan dan teacher bagi exam paper pada Attar. Jenguk soalan dia boleh tahan susah la untuk budak 6 tahun.
“Dalam hati susahnya soalan ni untuk Attar. Mesti gagal. Tak sampai 30 minit, Attar keluar dari bilik exam tu and teacher bagitahu Attar lulus anda dapat markah 35 out of 40.
“Kira high score jugak. Alhamdulillah, leganya.
“Walaupun Attar tak lancar sangat bercakap tapi dia sejenis cepat tangkap kalau kita ajar. Tapi tu la Attar ni sejenis yang kejap-kejap je belajar. Lepas tu bosan. Tapi takpela kita slow-slow kayuh ya Attar. Mama tahu Attar budak yang bijak.”
Attar Ni Speech Delay, Dah 6 Tahun Masih Tak Lancar Bercakap
Ramai yang nak tahu kenapa Attar tak lancar sangat bercakap. Kata Wawa, anaknya itu mengalami masalah speech delay atau gangguan percakapan.
“Attar ni speech delay. Umur dah 6 tahun tapi belum lancar sangat lagi bercakap. Tapi Alhamdulillah ada peningkatan semenjak Wawa hantar dia pergi OT (Terapi Carakerja), speech therapy.
“Untuk yang mengadu anak masih belum bercakap padahal dan 2 tahun +, 3 tahun tu cuba kurangkan gajet.
“Sebenarnya Attar ni pun lambat sebab suka tengok gajet dulu. Silap kitaorang. Bila Wawa posting pasal Attar, ramai yang DM. Rupanya ramai juga ibu-ibu di luar sana yang alami masalah yang sama. Takpe, kita doa dan usaha. Usanya hantar pergi therapy etc dan banyak luangkan masa dengan dia.
“Gud luck mommies.”
Isunya.. Kurangkan Gajet Untuk Attar
Jelas Wawa lagi, Attar melalui perkembangan seperti anak-anak yang lain. Umur setahun lebih dah kenal ABC, Alif Ba Ta malah nombor. Tapi masalah speech delay tetap dialaminya.
Sehinggalah dia ambil keputusan untuk kurangkan gajet dari Attar, untuk membantu anaknya atasi masalah speech delay yang dialami.
Bila mana ada ibu yang maklumkan gajet bukan penyebab. Sebaliknya, mak ayahlah kena pantau anak bermain gajet. Ini komen Wawa.
Komen Wawa,
“Terpanggil pulak nak komen benda ni. Masih lagi issue Attar speech delay. Untuk pengetahuan, Attar ni pun sama ya umur setahun lebih dah kenal ABC, alif ba ta, nombor, warna, shape, A for apple sampai Z to zebra.
“Memang semua tahu dan hafal.. tapi pun speech delay jugak ya. So, jangan selesa sangat anak tu da pandai sebab gajet. Saya cuma nasihat kan kurangkan gajet.
“Tapi terpulang la pada diri sendiri. Saya cuma share berdasarkan pengalaman sahaja. Dan share pada followers yang bertanya mengenai Attar.”
Wawa dan Aeril juga dikurniakan seorang anak perempuan yang comel bernama Hayla Maghfirahtul Adzkiyaa.
Sepanjang menyantuni pesakit Covid-19 kluster tabligh, banyak cerita baik yang didengar. Dalam wad, mereka tak henti mendoakan petugas Barisan Hadapan yang bertungkus-lumus merawat mereka.
Beza sekali dengan kisah benar yang dikongsikan oleh Pegawai Perubatan, Dr Mohd Afiqantara petugas Barisan Hadapan yang berdepan dengan kerenah kluster baru atau yang juga dipanggil kluster Turki/oversea.
Dulu setiap hari satu bas turun daripada tabligh dan madrasah. Diorang ni semua sangat mudah memberikan kerjasama. Seronok terasa merawat diorang ni walaupun berpeluh-peluh dek PPE. Rasa macam rawat kawan-kawan kita yang sangat mesra dengan kita.
Sentiasa dengar azan berkumandang dalam wad. Bacaan al-quran hampir setiap masa. Wad kusta lama yang penuh dengan cerita hantu pun rasanya hantu-hantu lari bertempiaran kerana pendinding semula jadi dek kerana akhlak dan zikir mereka. Hampir keseluruhannya sangat merendah diri, sentiasa memberi kerjasama yang terbaik. Tak pernah merungut..
Itulah Kluster TABLIGH.. walaupun mungkin saya tak berapa setuju mereka di cop sebagai kluster tabligh dek kerana satu dua peserta yang pentingkan diri sendiri menyebabkan yang lain menjadi mangsa.. tapi disebabkan zikir yang di sebut semua maka nak buat macam mana.
Kini datang satu kluster baru. Diorang panggil kluster TURKEY/OVERSEA. Saya panggil kluster JENGKEL. Bas kini datang daripada KLIA dan hotel-hotel. Diorang ni acah-acah jadi mangsa penyakit covid. Padahal masa diorang pergi melancong, diorang tanpa segan silu papar gambar diorang melancong malah ada yang siap perli kata corona tiada kat tempat sejuk dsb. Kadang-kadang terasa macam kita ni lebih kepada merawat sifat pentingkan diri mereka daripada merawat covid itu.
Lebih Banyak Demand
Dan mintak maaf cakap. Kluster ni lebih banyak demand. Bila nak hantar ke wad macam wad kusta ataupun institut latihan, diorang ni demand taknak pergi sebab panasla, tidak selesa dan macam-macam lagi. Tu tak termasuk yang dok persoal kenapa nak amik darah la, kenapa tak amik swab awal la dan bila kita masuk untuk periksa diorang masing-masing sibuk dengan gajet. Kita ni macam endah tak endah je..
Bukan semua yang macam tu especially yang berada di luar negara atas urusan yang tak dapat dielakkan seperti belajar. Tetapi so far yang dapat sebab pergi melancong ni memang sangat menjengkelkan..
Saya faham. Mereka ni kebanyakan orang berada, ada kabel besar dan tak puas hati sedikit terus bawak ke atasan, di kuarantin pun di hotel-hotel.
Nak buat macam mana.. kene hadap jugak la untuk berapa bulan pulak yang mendatang. Kita ni pekerja kesihatan berapa ramai yang dah tak dapat jumpa mak ayah sebab kerja kita berisiko. Diorang ni plak datang dan tambah masa kita berjauhan. selamatlah bekerja semua.
Rindu geng tabligh.
MW : Dapat bayangkan bagaimana penatnya petugas Barisan Hadapan ini yang bekerja lebih masa, dengan penat dan panas. Terpaksa pula hadap sesetengah pesakit kluster baru ini yang tak pandai nak belajar bersyukur.
Jururawat hampir kehilangan RM4000 akibat emel palsu, "diminta verify kalau tak akaun Netflix digantung. Seorang jururawat hampir kehilangan wang simpanannya selepas menjadi mangsa penipuan...