Berita

Bayi Hidap Penyakit Paru-Paru Kronik Dihadiahkan Sebuah Kereta, Mudahkan Ulang Alik Ke Hospital

Share

Bayi hidap penyakit paru-paru kronik dihadiahkan sebuah kereta, mudahkan ulang alik ke hospital. Baru ini tular di media sosial sepasang suami isteri membawa anak kecil  mereka menaiki motosikal dengan memakai alat pernafasan Continuous Positive Airway Pressure (CPAP) ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Ahad lalu.

Asbab tertulisnya rezeki seorang anak, Mohd Aariz Zafran, 11 bulan yang mengidap paru-paru kronik, rezeki keluarga ini melimpah ruah termasuk mendapat perhatian dari Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi setiausaha politiknya, Ahmad Farhan Fauzi yang memohon orang ramai menyalurkan maklumat mengenai keluarga itu.

Bayi Hidap Penyakit Paru-Paru Kronik Dihadiahkan Sebuah Kereta

Dan sejak semalam, jika sebelum ini hanya motor menjadi pengangkutan utama ke hospital, hari ini Mohd Aariz sudah tidak perlu berpanas lagi kerana ada insan yang baik hati menghadiahkannya sebuah kereta.

“Alhamdulillah, rezeki anak saya terus melimpah sehinggakan ada yang sanggup menghadiahkan kereta terpakai untuk kami, semalam, ” kata Mohd Azlan Ishak, 35.

Dipetik dari FB  Daniel Firdaus, pengusaha automatif ini meluahkan rasa syukur kerana proses penyerahan kereta jenis Proton Persona kepada Mohd Azlan Ishak, 36 berjalan dengan lancar.

“Alhamdulillah selesai proses penyerahan kereta Persona kepada En Lan serta isteri. Harap sedikit sebanyak dapat membantu mengurangkan beban yang dihadapi anaknya yang menghidap paru-paru kronik. Allahu, besar ujian Encik Lan, tapi Encik Lan tetap kuat,” tulisnya. Bapa bayi 11 bulan pernah datang sebelum ini tapi belum cukup duit.

Mudahkan Ulang Alik Ke Hospital

Dalam pada itu, Daniel juga memaklumkan yang Azlan telah mengunjungi premis miliknya sebelum ini untuk mencari kereta terpakai dengan harga sekitar RM1,000 hingga RM2,000 bagi membolehkan dia membawa anak ke hospital ketika waktu hujan.

Susulan daripada itu, pengusaha tersebut meminta bapa kepada bayi berkenaan memilih sahaja kereta terpakai yang dia rasa bersesuaian sehingga membuatkan suami isteri itu menangis sebak.

Menerusi video yang dikongsi, dapat dilihat yang bapa kepada bayi berkenaan begitu sebak ketika memperoleh kereta tersebut sambil memeluk mengucapkan ribuan terima kasih kerana sudi membantu mereka sekeluarga.

Dia juga berdoa supaya pengusaha berkenaan terus dimurahkan rezeki dan dipermudahkan urusan selepas ini.

Memetik laporan Harian Metro, Mohd Azlan turut mengucapkan kepada seluruh rakyat Malaysia yang membantu menghulurkan sumbangan sehingga kini mencecah lebih RM100,000.

“Saya tak pernah minta pada sesiapa sebelum ini walaupun pernah ada RM12 dalam tangan hinggakan ada juga yang mengecam saya dan isteri namun saya tak ambil kisah sangat.

“Kalau tidak kerana ada yang tular gambar kami tiga beranak di media sosial baru-baru ini mungkin agak susah kami untuk menguruskan kehidupan memandangkan saya baru sembuh dari demam campak dan tidak dapat bekerja,” katanya.

Mohd Azlan yang juga pembantu pelantar ikan di Kuala Kedah berkata, rumahnya di Taman Kota Nelayan juga tidak putus dikunjungi orang ramai temasuk pempengaruh media sosial, badan bukan kerajaan (NGO) dan orang perseorangan yang datang membantu.

BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI : Mak Ayah, Bila Mereka Sudah Tiada Lagi Di Dunia Ini, Hilanglah Sumber Doa Mustajab

Kain Kiswah Kaabah, Inilah Maksud Di Sebalik 5 Ayat Dari 4 Surah Yang Ditulis Di Dindingnya

‘Me Time’ Dikelilingi Hutan Menghijau Bersama Tersayang, Inilah Masanya Mak-Mak Lari Dari Hiruk Pikuk Kota 

“Memang aku dah gila mak..hitam dah mak hidup aku..” – Kamariah Md Yatim
Ditinggalkan suami tanpa sesen kerana tidak cantik. Ibu anak 8 ini hampir mer4cun anak-anaknya sendiri kerana ketiadaan duit untuk membeli makanan.
Nantikan Vodcast Sembang Wanita Xtra Bersama Usahawan Daun Pandan pada 15 Mei 2024,8pm.
Published by
Almaswa Haji Che Ros