Bayi Besar Hingga Susah Meneran, Ibu Kongsi Detik Kejutan Wajah Anak Lebam Kebiruan Lepas Bersalin

Share

Bayi besar hingga susah meneran, ibu kongsi detik kejutan wajah anak lebam kebiruan lepas bersalin. Saat bertarung melahirkan anak adalah saat paling genting bagi seorang ibu. Ini kerana ia antara hidup dan mati. Saat selamat bersalin, ia adalah nikmat bergelar seorang ibu.

Setiap orang mempunyai pelbagai cerita ketika di wad bersalin. Satu perkongsian dari ibu muda, Farah Adibah Amirah Kunyeen menarik perhatian ramai apabila berkongsi wajah anaknya yang kebiruan (seperti lebam) akibat hampir lemas ketika proses melahirkan.

Memetik laporan Harian Metro, Farah berkongsi  wajah bayinya yang menjadi biru kegelapan selepas dilahirkan menjentik hati suami isteri ini yang sama sekali tidak menyangka anak mereka ‘berbeza’.

Bayi Besar Hingga Susah Meneran

Jelas ibu beruia 22 tahun ini ketika  melahirkan anak kedua, Muhammad Aryan Qusyairy pada 14 Februari lalu, anaknya itu hampir lemas dalam perut dan mengakui sebak apabila melihat wajahnya yang jelas lebam.

Bagaimanapun Farah Adibah Amirah dan suami, Mohamad Afiq Zulkiflee, 30, tetap mensyukuri kehadiran Muhammad Aryan Qusyairy dan menyifatkan dia sangat istimewa.

Selepas tiga bulan berlalu, wajah Muhammad Aryan Qusyairy semakin berubah dan kembali normal, berkulit cerah seperti bayi lain.

Kisah bayi comel itu mendapat perhatian di TikTok apabila Farah Adibah Amirah berkongsi video dan gambar Muhammad Aryan Qusyairy, baru-baru ini.

Ibu Kongsi Detik Kejutan Wajah Anak Lebam Kebiruan Lepas Bersalin

Menurut ibu muda itu, dia melahirkan anak secara normal namun proses kelahiran agak mencabar apabila bayinya tidak keluar biarpun dia sudah meneran sebanyak lima kali.

“Kejadian itu berlaku mungkin kerana bayi besar iaitu seberat 3.34 kilogram dan saya pula berbadan kecil. Ketika melahirkan, bahu kiri Muhammad Aryan Qusyairy tersangkut kira-kira seminit.

“Apabila dia sudah selamat keluar, doktor beritahu muka anak sudah membiru dan hampir lemas dalam perut. Saya anggap biasa saja dan ketika doktor tunjuk anak untuk saya cium memang saya tak perasan lagi wajahnya,” katanya.

Katanya, selepas itu, doktor membawa anaknya ke bilik lain untuk pemeriksaan lanjut kerana jangkitan kuman dan bahu yang tersangkut, namun Muhammad Aryan Qusyairy tidak cedera.

“Keesokannya saya dan suami ke wad anak dan ternampak seorang bayi yang wajahnya gelap, sempat juga terdetik di hati, anak siapa itu dan turut berasa kasihan melihatnya.

“Apabila tanya doktor di mana anak, terus saya terkejut apabila doktor tunjukkan bayi pertama yang saya jumpa tadi. Kami terfikir mungkin ada buat salah pada orang tetapi saya fikir positif dan anggap ini ujian,” katanya yang bersalin di hospital kerajaan di Johor Bharu.

BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :– Gurauan Nama ‘Mat Triton’, Isteri Bersalin Dalam Kereta, Tercapai Hajat Suami Sambut Anak Keempat

Harry Khalifah Menangis Teman Isteri Di Dewan Bersalin Lahirkan Anak Ke-9 “Tidak Pernah Malu Miliki Anak Ramai”

Ibu Muda Tak Mahu Nampak ‘Comot’, Sanggup Tempah Jurusolek Untuk Mekap SEBELUM Bersalin

Budak 10 Tahun Jadi ‘Bidan Terjun’, TENANG Bantu Ibu Bersalin Dengan Selamat

Farah Adibah Amirah berkata, dia dimaklumkan doktor yang lebam di kulit muka anak akan beransur hilang, malah ibunya juga berkongsi kisah adik ketiganya yang berkeadaan sama selepas terlilit tali pusat ketika proses kelahiran.

“Muka anak saya berwarna biru tetapi bahagian badan lain seperti bayi lain dan selepas lebih dua minggu, mula nampak perubahan apabila muka anak kembali normal.

“Daripada biru gelap berubah ungu kemudian merah-merah sebelum hilang sepenuhnya. Alhamdulillah,” katanya.

Berkongsi detik pertama kali menatap sepenuhnya wajah anaknya, Farah Adibah berkata, walau terkejut, rasa sayangnya terhadap Muhammad Aryan Qusyairy tidak berbelah bahagi.

“Saya terima anak saya dengan ikhlas walau apa saja keadaannya kerana dia anak saya, malah kalau ditakdirkan warna kulit wajahnya tidak berubah pun kami tetap menyayangi.

“Saya juga berterima kasih kepada semua pasukan perubatan di hospital kerajaan yang banyak membantu ketika di dewan bersalin,” katanya.

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Tular pengasuh kasari anak orang di taska. Luluh hati ibu-bapa melihat video anak ditepuk di kepala dan dihembus nafasnya di hadapan muka ketika anak sedang menangis. Persoalannya, salah siapa?

 

Published by
Almaswa Haji Che Ros