Bayi besar hingga susah meneran, ibu kongsi detik kejutan wajah anak lebam kebiruan lepas bersalin. Saat bertarung melahirkan anak adalah saat paling genting bagi seorang ibu. Ini kerana ia antara hidup dan mati. Saat selamat bersalin, ia adalah nikmat bergelar seorang ibu.
Setiap orang mempunyai pelbagai cerita ketika di wad bersalin. Satu perkongsian dari ibu muda, Farah Adibah Amirah Kunyeen menarik perhatian ramai apabila berkongsi wajah anaknya yang kebiruan (seperti lebam) akibat hampir lemas ketika proses melahirkan.
Memetik laporan Harian Metro, Farah berkongsi wajah bayinya yang menjadi biru kegelapan selepas dilahirkan menjentik hati suami isteri ini yang sama sekali tidak menyangka anak mereka ‘berbeza’.
Bayi Besar Hingga Susah Meneran
Jelas ibu beruia 22 tahun ini ketika melahirkan anak kedua, Muhammad Aryan Qusyairy pada 14 Februari lalu, anaknya itu hampir lemas dalam perut dan mengakui sebak apabila melihat wajahnya yang jelas lebam.
Bagaimanapun Farah Adibah Amirah dan suami, Mohamad Afiq Zulkiflee, 30, tetap mensyukuri kehadiran Muhammad Aryan Qusyairy dan menyifatkan dia sangat istimewa.
Selepas tiga bulan berlalu, wajah Muhammad Aryan Qusyairy semakin berubah dan kembali normal, berkulit cerah seperti bayi lain.
Kisah bayi comel itu mendapat perhatian di TikTok apabila Farah Adibah Amirah berkongsi video dan gambar Muhammad Aryan Qusyairy, baru-baru ini.
Ibu Kongsi Detik Kejutan Wajah Anak Lebam Kebiruan Lepas Bersalin
Menurut ibu muda itu, dia melahirkan anak secara normal namun proses kelahiran agak mencabar apabila bayinya tidak keluar biarpun dia sudah meneran sebanyak lima kali.
Ads
“Kejadian itu berlaku mungkin kerana bayi besar iaitu seberat 3.34 kilogram dan saya pula berbadan kecil. Ketika melahirkan, bahu kiri Muhammad Aryan Qusyairy tersangkut kira-kira seminit.
“Apabila dia sudah selamat keluar, doktor beritahu muka anak sudah membiru dan hampir lemas dalam perut. Saya anggap biasa saja dan ketika doktor tunjuk anak untuk saya cium memang saya tak perasan lagi wajahnya,” katanya.
Katanya, selepas itu, doktor membawa anaknya ke bilik lain untuk pemeriksaan lanjut kerana jangkitan kuman dan bahu yang tersangkut, namun Muhammad Aryan Qusyairy tidak cedera.
“Keesokannya saya dan suami ke wad anak dan ternampak seorang bayi yang wajahnya gelap, sempat juga terdetik di hati, anak siapa itu dan turut berasa kasihan melihatnya.
“Apabila tanya doktor di mana anak, terus saya terkejut apabila doktor tunjukkan bayi pertama yang saya jumpa tadi. Kami terfikir mungkin ada buat salah pada orang tetapi saya fikir positif dan anggap ini ujian,” katanya yang bersalin di hospital kerajaan di Johor Bharu.
Farah Adibah Amirah berkata, dia dimaklumkan doktor yang lebam di kulit muka anak akan beransur hilang, malah ibunya juga berkongsi kisah adik ketiganya yang berkeadaan sama selepas terlilit tali pusat ketika proses kelahiran.
“Muka anak saya berwarna biru tetapi bahagian badan lain seperti bayi lain dan selepas lebih dua minggu, mula nampak perubahan apabila muka anak kembali normal.
Ads
“Daripada biru gelap berubah ungu kemudian merah-merah sebelum hilang sepenuhnya. Alhamdulillah,” katanya.
Berkongsi detik pertama kali menatap sepenuhnya wajah anaknya, Farah Adibah berkata, walau terkejut, rasa sayangnya terhadap Muhammad Aryan Qusyairy tidak berbelah bahagi.
“Saya terima anak saya dengan ikhlas walau apa saja keadaannya kerana dia anak saya, malah kalau ditakdirkan warna kulit wajahnya tidak berubah pun kami tetap menyayangi.
“Saya juga berterima kasih kepada semua pasukan perubatan di hospital kerajaan yang banyak membantu ketika di dewan bersalin,” katanya.
Tular pengasuh kasari anak orang di taska. Luluh hati ibu-bapa melihat video anak ditepuk di kepala dan dihembus nafasnya di hadapan muka ketika anak sedang menangis. Persoalannya, salah siapa?
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Setiap suami tentu ada cara mereka sendiri untuk bahagiakan isteri masing-masing. Baik dibelikan hadiah, dibawa bercuti atau buat macam Aidid Marcellobahagiakan isteri ini, bawa balik kampung.
Inilah istimewanya Aidid kala membahagiakan isteri, Norzie Pak Wan Chek. Kata Aidid, walaupun penat cari duit tapi kalau tak pandai nak bahagiakan orang rumah, tak ada maknanya hidup tu.
“Kadang-kadang aku fikir, penat gile kerja cari duit. Kerja untuk bayar segala yang wajib bayar dan sebab nak sara famili.”
“Kerja dan besarkan family memang satu tanggungjawab penting sebagai ketua keluarga. Tapi, kadang-kadang aku fikir juga, kerja rajin, penat nak mati pun.. dan habiskan setiap saat dengan kerja tanpa pandai curi masa berharga untuk yang tersayang. Bagi aku tak ada maknanya hidup.”
Tak Mampu Bawa Bercuti Ke USA, Balik Kampung Pun Jadilah
Atas dasar itulah, Aidid pilih untuk jadi seperti apa yang difikirkan.
“Jadi, selagi kaki masih terdaya menapak dan berdiri. Selagi ada kudrat untuk ke sana sini. Curilah masa terbaik untuk yang tersayang.”
“Yang menjadi tulang belakang dan pembakar semangat dalam apa jua kerja kita. Harap you, @norziepwc happy dengan apa yang I buatkan untuk you.”
“Walaupun I tak mampu nak bawa U cuti ke USA, balik kampung pun jadilah. Mana tahu maybe kita habiskan usia tua kita di sini? Love you.”
Luah Aidid Marcello dalam instagram miliknya.
Begitulah hidup berpasangan, perlu ada ‘give and take’. Saling memberi dan menerima. Barulah bahagia biarpun ketika itu wajah kita tak lagi muda seperti zaman bercinta dulu, rasa sayang dan cinta terus membara.
Pencinta kucing ini, walau dekat mana sekali pun dia duduk.. bila dengar je bunyi anak kucing mengeow tak berhenti. Mulalah hati jadi bimbang nak ambil tahu. Inilah yang dialami penyanyi, pelakon dan pengacara, Erra Fazira sewaktu makan-makan dengan rakan-rakan artisnya.
Disebabkan bunyi suara kucing yang tak berhenti itulah, Erra segera mencari di mana gerangan anak kucing itu berada. Bila diselidik, rupanya ada dekat celahan pokok-pokok dekat tingkat atas tempat .
“Asalnya badminton session. Lebihnya.. makan session. Then jadi rescuer session.
Kisahnya, tengah makan dengar anak kucing meow meow.. cari punya cari, jumpa dalam celah pohon-pohon di tingkat atas. Dan kalau biarkan kitten akan merangkak dan boleh jatuh. So kita ambik dan carik maknya.”
Risau Anak Kucing Tiada Mak..
Sebaik berjaya diturunkan, Erra usaha mencari ibu kucing. Tapi sampai ke sudah tak nampak bayang. Semakin risau hatinya, lagi-lagi anak kucing itu terus berbunyi tanpa henti.
“Tanya punya tanya.. mak kitten memang tak nampak-nampak.. aaarghhhh punyalah risau. Kitten dok melalak-lalak.
Buat larian ke pet shop carik susu untuk kitten.. barulah kitten senyap tapi dok nyondol-nyondol nak tido. Nasib baik ada kotak dan tinggalkan towel dalam kotak.
Persoalannya sekarang.. siapa nak jaga kitten? Kalau tak ada sesiapa.. saya lah nampaknya yang akan bawak balik. Tapi alhamdulillah ada hamba Allah yang budiman yang nak jaga kitten. Sekarang kitten di bawah jagaan yang selamat. InsyaAllah.. Doakan kitten ni sihat dan membesar dengan baik yaaaa.”
Tidak pula Erra maklumkan nama penjaga kitten yang baru dia selamat itu. Bagaimana pun sewaktu sesi menyelamat anak kucing, Erra turut ditemani rakan artis Yasmin Hani dan Betty Banafe.
“Tq @bettybanafee n @yasminhani for being so kind and helpful.. Nanti kita bersession lagi ya.”
Bagus sungguh, duta Faith Fleur ini yang miliki sekeping hati begitu penyayang pada haiwan kesayangan nabi. Apa pun semoga kitten membesar dengan jayanya.
https://www.instagram.com/p/CJC_6CUnV0x/
MW : Harap-harap Erra sudi berkongsi perkembangan terbaru kitten yang ditemuinya itu. Nampak comel dalam video instagram yang Erra kongsi.
Asbab jatuh dalam bilik air ketika tunai umrah, Fatin dijangka koma seumur hidup. Tiada siapa boleh menduga apa yang bakal terjadi hari esok.
Bahkan kemampuan manusia itu sangat terbatas sama sekali untuk melihat apa yang berlaku dalam langkah mereka di masa depan.
Perjalanan menunaikan umrah seorang gadis, Fatin Amirah bersama keluarga dan dua beradiknya pada 20 Disember lalu bertukar tragedi apabila terjatuh dalam bilik air hotel.
Saat baru memaklumkan kepada kakaknya, Fatin Amalina, 29 bahawa dirinya seronok berada di bumi baroqah ini dan terasa seperti tidak ingin balik, jejaknya berubah selepas terjatuh.
Asbab Jatuh Dalam Bilik Air Ketika Tunai Umrah
Asbab kejadian, dirinya terlantar koma hampir sebulan sebelum misi membawanya pulang dengan kos hampir RM100,000 dibantu rakyat Malaysia. Dan syukur alhamdulillah, dirinya berjaya dibawa pulang ke tanahair.
Memetik laporan Berita Harian, jemaah umrah Malaysia, Fatin Amirah Rosli, 26, yang koma di Makkah, masih belum sedarkan diri dan diramal terlantar seumur hidup.
Berkongsi perkembangan terkini, kakaknya, Fatin Amalina, 29, berkata Fatin Amirah kini ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) hospital di Shah Alam, Selangor, untuk pemantauan lanjut selepas tiba di tanah air, Sabtu lalu.
“Keadaannya masih sama (koma). Tiada respons apabila kita bercakap. Hanya mata sahaja berkelip. Menurut prognosis doktor di Makkah dan Malaysia, Fatin Amirah akan terbaring sahaja sepanjang hayat,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.
Fatin Dijangka Koma Seumur Hidup
Menurutnya, mereka sekeluarga reda dengan ujian menimpa selain mengharapkan keajaiban buat adiknya itu.
“Kami belum ada sebarang perancangan, segalanya bergantung kepada keputusan doktor. Apapun kami reda dengan ujian Allah beri ini dan mengharapkan yang terbaik untuk Fatin Amirah,” katanya.
Katanya, Fatin Amirah dan bapa mereka, Rosli Nawi, 56, pulang ke tanah air dengan penerbangan khas dari Jeddah, Arab Saudi ke Subang pada Sabtu lalu, selepas mendapat kebenaran doktor di King Abdullah Medical City.
“Alhamdulillah, mereka selamat tiba Malaysia dengan hasil sumbangan rakyat Malaysia yang berjaya dikutip dalam tempoh 24 jam selepas kisah Fatin Amirah disiarkan di Harian Metro.
“Kami berterima kasih kepada semua pihak yang mendoakan dan menghulurkan pelbagai bantuan sejak Fatin Amirah dirawat di Makkah lagi. Hanya Allah dapat membalas budi kalian semua,” katanya.
Fatin Amirah tidak sedarkan diri akibat terjatuh di tandas bilik hotel di Makkah, 29 Disember lalu. Dia ke Tanah Suci untuk menunaikan umrah bersama bapa dan dua adik lelakinya pada 20 Disember dengan misi mahu menunaikan nazar arwah ibu mereka yang meninggal dunia, Julai 2022.
Gula-gula gummy bebas dijual di pasaran, jelly berisiko tercekik bagi kanak-kanak. Kejadian tragis melibatkan adik Mohamad Fahmi Hafiz Mohammad Fakhruddin, seorang kanak-kanak berusia 10...