Bayi ajaib, Farah Hanis Fairol Haziri ini semakin montel malah membesar dengan baik. Biar pun ketika usianya tiga bulan dalam kandungan, ibunya, Kamareeah Arwae, 36 disahkan koma. Dan sehingga hari ini masih terlantar belum sedarkan diri.
Menjadikan bayi perempuan ini begitu istimewa sekali. Baik di kalangan doktor pakar, kakitangan Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) malah rakyat Malaysia yang mengikuti kisah anak ini.
Sebaik hamil tiga bulan, ibu bayi ini koma akibat ketumbuhan di kepala dan pernah mengalami jangkitan kuman. Dia menerima rawatan selama tiga minggu di hospital. Namun, bayi dalam kandungannya tidak terjejas.
Sepanjang tempoh mengandung koma itulah, ahli keluarganya menjaga Kamareeah dengan baik. Diberinya minum susu melalui tiub sampailah akhirnya dia melahirkan bayinya secara pembedahan dalam keadaan koma.
Waktu dilahirkan, kandungannya berusia lapan bulan setengah.
Sehingga ke hari ini, ibu ini masih terlantar dan masih lagi bergantung dengan susu untuk survival hidupnya. Biarpun Farah tidak pernah menerima walau setitik susu dari ibunya, tuhan rezekikan anak ini menerima susu badan daripada lima ibu.
Tiga ibu susuan termasuk Dr Siti Nur Aqilah Mohd Khairul Adnan, 32 dan dua lagi ibu yang sempat menyusukannya iaitu adik ipar Fairol dan seorang ibu yang diusahakan oleh pihak hospital ketika isterinya menerima rawatan di sana.
Yang mana, bekalan susu ibu berterusan yang diperoleh dari Dr Siti diserahkan kepada penjaga anak kecil ini sejak bayi. Sejak anak ini berusia satu hari, sepupu Kamareeah, Raja Norazilah Raja Embong, 39 sudah memberikan kasih sayangnya kepada anak kecil ini.
Ads
Suami Tetap Berikan Isteri Koma Sentuhan Kasih Sayang Anak-anak
Setiap malam, ketika Farras usia setahun, suami ini akan membawakan anak sulung tidur dengan ibunya dalam bilik. Tujuannya untuk membiasakan anak itu dengan keadaan ibunya.
Cuma dia perlu lebih berhati-hati, kerana sebahagian tempurung kepala isteri sudah dibuang ketika pembedahan membuang tumor tahun lalu.
Dia juga akan membuat urutan kaki dan tangan untuk isterinya. Memandikan isteri pun jadi rutinnya kini.
Terdahulu, maklum Fairol, Farah Hanis telah menjalani pemeriksaan imbasan (MRI) di kepala kerana terdapat benjolan ketika awal kelahirannya. Dan dikhuatiri ada kaitan dengan penyakit Kamareeah.
Ads
Hasil ujian, ternyata benjolan itu sudah hilang.
Bayi Ajaib Semakin Montel Dan Sihat
“Alhamdulillah Farah Hanis membesar dengan baik dan semakin montel kerana mendapat susu badan dari seorang ibu susuan sehingga hari ini.”
Ads
Tahap kesihatan bayi ajaib ini juga disahkan oleh Pakar Perbidanan dan Sakit Puan HUSM, Dr Ahmad Amir Ismail. Maklumnya, Farah Hanis membesar dengan sihat walaupun dilahirkan secara pembedahan ketika ibunya koma.
Kes Farah Hanis ini sememangnya ajaib. Kebiasaannya bayi yang dikandung ibu berkeadaan demikian akan mengalami keguguran atau pertumbuhannya terencat malah ada masalah kesihatan yang lain.
“Ajaibnya bayi itu sihat sehingga kini.” tambahnya lagi.
Bergantung Hidup Dengan Bantuan JKM Dan Orang Ramai
Ketika ini, Kamareeah yang ditempatkan di kediamannya di Taman SL Badang, Jalan Pantai Cahaya Bulan (PCB) ini dijaga sepenuhnya oleh suami.
Keadaan isteri terlantar itulah mendesak suami ini tidak dapat bekerja. Dan bergantung bantuan bulanan RM200 daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan sedekah orang ramai.
Setiap bulan, untuk keperluan susu, lampin pakai buang, rawatan dan keperluan harian dua anak kecilnya, Fairol memerlukan sekitar RM1500 sebulan.
Dan baru-baru ini, Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V mencemar duli menziarahi keluarga yang diuji ini. Baginda menyampaikan sumbangan wang tunai Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) dan sumbangan peribadi untuk keluarga ini.
Sumber/Foto : Harian Metro, Sinar Harian
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Baru-baru ini pereka fesyen tersohor Datuk Rizalman Ibrahim telah mencatatkan kejayaan manis apabila dilantik oleh Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia sebagai Ahli Lembaga Pengarah Universiti Teknologi Mara (UiTM).
Datuk Rizalman Begitu Pemurah
Dek kerana rezeki yang dilimpahkan oleh Allah SWT untuk sosok ini begitu murah, semalam sempena hari ulang tahun kelahirannya yang ke-49, personaliti hebat ini telah melancarkan Yayasan Rizalman Ibrahim atau Yayasan RI yang terdiri daripada bantuan dana dan pusat pengajian Islam.
Menerusi akaun Instagram miliknya, Rizalman telah bersiaran secara langsung melancarkan Yayasan Rizalman Ibrahim (RI) secara maya.
“Assalamualaikum,
“Seperti mana yang dijanjikan alhamdulillah panjang umur saya sempat buat live untuk saya mempamerkan dan melancarkan Yayasan Rizalman Ibrahim ataupun Yayasan RI.
“Kita ada masa untuk lancarkan yayasan ini secara maya sebab sepatutnya pada waktu ini saya dan seluruh krew dan staff pendidik Yayasan RI patutnya berada di Pasir Gudang, Johor tetapi malangnya kekangan COVID-19 dan pelaksanaan PKPB di Wilayah Persekutuan, Selangor dan Putrajaya kita tak boleh nak rentas negeri.
“Esok juga (hari ini) adalah sambutan Maulidur Rasul jadi sedang eloklah mengapa tarikh tahun ini amat bermakna kerana hari ini adalah hari kelahiran saya dan esok adalah ulang tahun kelahiran Nabi Muhammad SAW bersebelahan maka dengan santunan daripada Allah SWT memberikan peluang dan juga rezeki yang sangat mencurah, kelapangan kesihatan dan usaha kami dipermudahkan bagi melancarkan tempat pertama Yayasan RI iaitu di Pusat Pengajian Al-Qari.
Kongsi Rezeki
“Yayasan RI perancangannya bermula bulan Mei, saya ada membaca DM pasangan ustaz dan ustazah yang mengendalikan pusat pentadbiran pengajian Al-Quran, bila saya baca saya tersentuh bila sumber pendapatan dan perjalanan untuk mendalami al-Quran mengalami masalah sewaktu COVID-19. Saya pun balas balik nak beritahu jomlah kita bincang, di mana ustaz dan ustazah carilah sebuah tempat di mana saya biaya tempat ngaji kesemuanya. Itulah kisahnya mengapa saya buka Pusat Pengajian Al-Qari di situ. Matlamat penubuhan dan hasrat kami sebenarnya RI adalah untuk membuka Pusat Pengajian Al-Qari ini di seluruh Malaysia.
“Bila saya buka RI Network, rezeki berlebih, menerusi Yayasan RI kita boleh membantu orang dan mendapat pahala yang berterusan. Boleh ajak semua orang mendapat pahala, sesiapa saja sesama muslim yang menyumbang secara jariah dan membeli produk atau barangan dari RI Network boleh beramal secara tidak langsung. Kerana kami akan mengambil sedikit keuntungan untuk dimasukkan ke dalam Yayasan RI untuk membantu masyarakat yang kurang berkemampuan,” ujarnya.
Kelas Bimbingan Al-Quran Secara Percuma Kepada Golongan Dewasa
Difahamkan juga penubuhan Pusat Pengajian Al-Qari yang pertama di bawah Yayasan RI ini adalah untuk menawarkan kelas bimbingan Al-Quran secara percuma kepada golongan dewasa.
Hasil kutipan sumbangan daripada Yayasan RI juga akan membantu golongan yang memerlukan dan kurang berkemampuan dari segi ekonomi dan ilmu untuk sama-sama mendapat manfaat.
“Terima Kasih Yang Beri Ucapan & Mendoakan Buat Saya”
Rizalman juga tidak lepas peluang mengucapkan ribuan terima kasih kepada pengikutnya di laman sosial yang memberi ucapan dan mendoakan untuk beliau.
“Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada mereka yang mengucapkan ulang tahun kelahiran buat saya. Malah terima kasih kepada pengikut seramai 1.1 juta pengikut di Instagram, yang mendoakan buat saya. Ramai yang berikan hadiah, yang tidak ada nilai dari apa sekalipun. Kita kena ada kasih sayang sesama Allah dan sesama makhluk,” ungkap Rizalman yang turut mendoakan agar di alam akhirat juga kehidupannya di permudahkan oleh Allah.
Menjelang 8.8, platform e-dagang Shopee menawarkan jualan bagi kategori fesyen dan kecantikan yang tiada tandingan dengan pelbagai pilihan fesyen dan produk kecantikan untuk golongan wanita! Tawaran eksklusif yang akan berlangsung mulai 26 Julai sehingga 11 Ogos 2024 yang pastinya akan menjanjikan pengalaman yang lancar kepada pengguna kerana segalanya hanya di hujung jari.
Lebih menarik, Shopee akan memberikan baucar Penghantaran Percuma tanpa perbelanjaan minimum setiap hari agar pengguna boleh mendapatkan trend Fesyen terbaharu tanpa perlu risau tentang kos penghantaran tambahan.
Tidak cukup dengan itu, kempen ini juga menawarkan baucar setiap hari pada jam 12 tengahari untuk pelbagai pilihan fesyen yang terkini, anggun dan moden. Selain itu pelbagai produk kecantikan yang pasti akan menyerlahkan kejelitaan wanita turut boleh didapati.
Pastikan anda jangan lepaskan peluang untuk menikmati tawaran hebat ini setiap hari pada jam 12 tengah hari!
Jangan Lepaskan Peluang!
Golongan wanita yang gemar kepada fesyen dan produk kecantikan anda boleh menjimatkan wang bila membeli belah barangan kesayangan dan pastikan anda tidak terlepas untuk mendapatkan keuntungan padu kempen 8.8 ini!
Paling istimewa anda boleh menikmati penghantaran percuma untuk semua produk fesyen dan kecantikan kegemaran, jangan lupa untuk menuntut dan menggunakan baucar anda pada pukul 12 tengah hari setiap hari!
Tanpa Perbelanjaan Minimum!
Paling seronok Shopee mengadakan penghantaran percuma tanpa perbelanjaan minimum untuk barangan fesyen dan kecantikan. Baucar ini akan dikeluarkan pada pukul 12 tengah hari setiap hari. Nantikan tawaran masa terhad dan baucar tambahan diskaun 50% untuk direbut!
Tawaran Masa Terhad
Bagi anda yang mementing gaya dan penampilan yang menarik, jangan lepaskan peluang keemasan ini.
Malah bagi meningkatkan lonjakan kategori fesyen dan produk kecantikan Baucar Penghantaran Percuma (FSV) akan diperbaharui pada pukul 12 tengah hari setiap hari, berakhir pada pukul 11:59 pagi keesokan harinya.
Paling menggembirakan pelanggan Shopee akan mendapat diskaun sehingga 70% daripada jenama fesyen dan kecantikan terkemuka serta baucar tambahan diskaun 50% untuk produk jualan terbaik.
Menampilkan pelbagai pilihan fesyen trendy pada tawaran yang tidak dapat ditandingi, Shopee adalah destinasi utama rakyat Malaysia untuk pembelian barangan fesyen berbaloi tanpa risau.
Bukan itu sahaja, sempena musim sukan ini, Shopee kini memperkenalkan Shopee Games 8 malam! Pastikan anda bermain “Putar & Menang Jongkong Emas 999 10g” (bernilai RM 4,000 seketul) setiap 8 malam dari 8 Ogos hingga 11 Ogos! Selama 4 hari, setiap hari akan ada seorang pemenang; jadi setiap 8pm spin, mungkin orang yang bertuah itu adalah anda!
Jangan lepaskan peluang beli-belah tanpa risau sempena 8.8 di Shopee! Untuk maklumat lanjut layari 8.8 Festival Shopee Live dan nikmati pelbagai tawaran hebat.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Pelakon kecil molek berwajah comel Sari Yanti Dato’ Mohamad Nazari,33 atau lebih dikenali sebagai Sari Yanti telah selamat melahirkan cahaya mata pada 25 April baru-baru ini. Ia merupakan kelahiran anak ketiga bagi Sari Yanti yang sebelum ini telah memiliki dua orang anak lelaki iaitu Barr Al Aliy,8 dan Basit Al-Haq,6 hasil perkahwinan terdahulu.
Kegembiraan menerima kehadiran ‘orang baru’ dalam keluarga disambut dengan penuh bahagia.Rupanya isteri kepada Mohd Nadzri Zainal Abidin,33 atau lebih dikenali sebagai Jep Sepahtu, ada menyatakan bahawa sepatutnya kandungan dijangka lahir pada hari pertama bulan Ramadhan, namun sebaliknya ia lahir 3 minggu lebih awal dari tarikh sebenar ketika berusia 37 minggu.
Setelah 10 hari kelahiran bayi perempuan yang diberi nama ‘Dariya Inara’ ini, Sari Yanti ada memuat naik coretan perasaan, pengalaman dan berterima kasih atas sokongan, ucapan dan doa yang diterima diatas kelahiran bayi comel ini. Ucapan terima kasih ini ditujukan khas buat suami tersayang, keluarga, anak-anak serta para pengikut dilaman instagramnya.
Berikut antara perkongsian tersebut;
Bismillahirrahmanirrahim.
Hidup ku. Mati ku. Cinta ku. LILLAHITA’ALA.-SUBHANALLAH.WALHAMDULILLAH. WALAILLAHAILLALLAH. ALLAHUAKBAR. .
Pada 25/4/2018 Kakak dah selamat melahirkan anak diusia kandungan kakak 37 minggu. @dariyainaraofficial .
Ingatkan dia keluar hari pertama Ramadhan. Rupanya tak sabar bawa bahagia untuk semua terutamanya Abah dia @jepsepahtu.#anakabah
Lama betul kakak dalam labor room kali ni. Terasa hampir terputus nafas kakak. Alhamdulillah masih ada kesempatan untuk bersama dengan yang kakak sayang. Dan menjadi yang lebih baik. Insyaallah.
Segala pujian bagi Allah SWT. Selawat dan salam pada Rasulullah SAW. Terima kasih Sayang @jepsepahtu untuk doa, Semangat, cinta dan kasih sayang. Wajah awak yang sayang sangat , bimbang, panic , buntu , sebak semua tu akan jadi memori yang sangat indah ❤.
Terima kasih mama. Untuk doa yang tak putus putus. Untuk air mata mama. Untuk penat lelah menunggu, Untuk kesabaran yang berpanjangan. Dan tentulah untuk melahirkan ‘anti’ hampir 34 tahun dulu.❤
Terima kasih baba,mak, abah untuk doa kasih sayang dan rasa bimbang. Alhamdulillah dah selamat.Semoga semuanya akan beroleh bahagia ❤
Terima Kasih anak-anak mama Barr Al Aliy dan Baasit Al Haq – kasih sayang untuk mama selalu menjadi penguat mama. Sekarang dua-dua jadi dah jadi big brother untuk Dariya Inara. Tak sangka such a loving brother u both are ❤
Terima kasih adik beradik, keluarga dan sahabat handai yang memang tak pernah gagal untuk ada. Sayang korang semua.Dan terima kasih Awak Semua untuk ucapan dan doa yang baik-baik. Semoga Allah balas kebaikan kata kata anda semua dengan ketenangan ,rahmat dan kegembiraan.
Disamping itu, menerusi instastory Sari yanti beliau turut mengumumkan akaun rasmi yang dibuat khas untuk puteri kesayangannya ini iaitu “DariyaInaraofficial”
Sari Yanti, 34,terkenal menerusi lakonannnya sebagai Kaisara dalam sitkom Kisah Kaisara. Manakala, Jepp Sepahtu merupakan bekas anggota Kumpulan Sepah yang menjuarai Raja Lawak 3 dan Maharaja Lawak 2011. Pasangan ini telah mendirikan rumahtangga pada 25 Februari 2017.
Mingguan Wanita mengucapkan tahniah buat Jepp Sepahtu dan Sari Yanti. Semoga kelahiran bayi comel ini, mengikat kasih sayang, menambah kebahagiaan dan melimpahkan rezeki yang melimpah ruah buat keluarga kecil ini.Selamat berpantang Sari Yanti!