Bayi 3 Bulan Meninggal Dipukul Bapa Panas Baran, Ditemui Kaku Atas Katil

Share

Bayi 3 bulan meninggal dipukul bapa panas baran, ditemui kaku atas katil. Tindakan seorang isteri yang melarikan diri kerana tak tahan menjadi mangsa pukul suami yang panas baran membawa tragedi anak bongsu mereka berusia 3 bulan meninggal dunia akibat dipukul bapa sendiri.

Menurut Kamalia, ibu kepada anak syurga ini, sebagai isteri saya maafkan, namun berharap dia (suami) mendapat hukuman setimpal atas perbuatan dilakukannya terhadap anak kami,” kata seorang wanita yang hanya mahu dikenali Kamalia, 22, ibu kepada bayi lelaki yang ditemukan meninggal dunia di sebuah rumah di Mukim Padang Hang, dekat sini kelmarin.

Memetik Berita Harian, bayi berusia tiga bulan itu dipercayai dibunuh bapa sendiri selepas Kamalia melarikan diri kerana tidak tahan dipukul suaminya yang dipercayai seorang penagih dadah pada 4 Oktober lalu.

Menurut Kamalia, dia membuat laporan polis sebelum menumpang di rumah di rumah saudaranya kerana takut dengan suami yang mengancam mahu membunuhnya.

“Saya terpaksa meninggalkan tiga anak, masing-masing dua perempuan berusia setahun dan enam tahun serta bayi lelaki yang baru berusia tiga bulan.

“Sejak itu, hampir setiap hari saya ke balai polis untuk meminta pertolongan supaya anak-anak diselamatkan kerana bimbang sikap panas baran serta suami yang mungkin bertindak luar kawalan berikutan berada bawah pengaruh dadah,” katanya ditemui di rumah saudaranya, hari ini.

Menurutnya, selepas beberapa hari merayu dan meminta tolong kerana bimbang dengan keselamatan anak, sepasukan polis ke rumahnya kelmarin, sebelum menerima panggilan mengatakan suaminya sudah ditahan dan dia dipanggil ke balai polis.

“Sebaik tiba di balai polis, saya dimaklumkan bayi lelaki ditemui meninggal dunia atas katil dalam bilik rumah dan ketika itu saya sudah tidak mampu berfikir.

“Bagaimanapun, saya dimaklumkan dua lagi anak diserahkan kepada keluarga mentua untuk dijaga buat sementara waktu,” katanya.

Saya pernah menerima 27 jahitan di kepala akibat dipukul, mata dicungkil dan ditikam tangan serta peha – Kamalia

Menurutnya, sejak berkahwin pada 2019 lalu, suami sudah menunjukkan sikap panas baran serta cemburu buta, selain kerap mengesyaki dia mempunyai hubungan dengan orang lain.

“Saya mengesyaki suami berperangai begitu kerana dia berada di bawah pengaruh dadah, malah saya pernah menerima 27 jahitan di kepala akibat dipukul, mata dicungkil dan ditikam tangan serta peha.

“Semua itu berpunca daripada sikap cemburu suami sedangkan sejak kahwin saya hanya berada di rumah yang turut dilengkapi kamera litar tertutup (CCTV) dipasangnya bagi memantau pergerakan saya,” katanya.

Follow kami di Facebook , Website , Instagram, YouTube , Twitter , Telegram MW dan TikTok Mingguan Wanita untuk mendapatkan info, berita terkini serta artikel-artikel menarik.

BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI:

‘Walaupun Sedih, Kami Reda & Tak Berdendam Dengan Pemandu.’ Bayi Meninggal DiLanggar Bas

Ibu Hamil 7 Bulan Tak Sengaja Bersalin, Bayi Meninggal Terjatuh Dalam Mangkuk Tandas

Kamalia berkata, baru-baru ini dia lari meninggalkan rumah kerana suami mahu membeli motosikal berkuasa besar, namun dia diminta mencari penjamin.

“Pemilik kedai memberitahunya yang isteri boleh dijadikan penjamin, namun ketika pulang rumah suami mempertikai dan menyoal kenapa saya perlu menjadi penjamin untuknya.
“Suami mula membuat pelbagai tuduhan terhadap saya sebelum berlaku pertengkaran sehingga dia memukul kepala dan mengugut mahu membunuh saya,” katanya.

Sejak berkahwin Kamalia sudah membuat enam laporan polis sehingga suaminya ditangkap, namun kerana kasihan selain suami berjanji mahu berubah membuatkan dia terpaksa menarik kembali semua laporan terbabit.

Sementara itu, Ketua Polis Kedah, Datuk Wan Hassan Wan Ahmad, berkata suspek berusia 28 tahun sudah ditahan dalam serbuan dilakukan di rumahnya jam 2.50 petang, semalam.

“Ketika serbuan, polis menemui mayat seorang bayi lelaki dan pemeriksaan lanjut mendapati suspek turut positif methamphetamine.

“Mayat dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah untuk bedah siasat dan suspek kini direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.

Difahamkan, hasil siasatan awal suspek mengaku memukul kepala, menampar muka serta memulas telinga mangsa kerana mendakwa bayi terbabit enggan minum susu dan kerap menangis.

Selain itu, suspek turut mendakwa dia tahu bayinya itu sudah meninggal dunia dua hari sebelum ditahan.

JEANS BURUK JANGAN BUANG, SERTAI KELAS JAHITAN KAMI. BUAT TOTE & SHOPPING BEG


Klik link untuk daftar: https://toko.ideaktiv.com/product/kelas-jahitan-kreatif/

Tak pernah pegang mesin, tak bermakna mak-mak tak pandai menjahit. Pelajari kaedah dan teknik jahitan mudah dalam kelas satu hari sahaja.

Dalam masa beberapa jam, walaupun beginner anda mampu menyiapkan satu tote bag daripada jeans terpakai dan nasi lemak recyclable bag.

Projek 1: Denim Tote Bag
Jom tukar jeans yang tak muat dipakai menjadi tote bag. Teknik yang dipelajari bermula daripada cara memotong kain, membuat ukuran kain, menjahit lurus, jahit tangkai beg, cara cantuman sehinggalah siap sebiji beg.

Projek 2: Shopping Bag
Beg beli belah berbentuk nasi lemak! Beg kitar semula ini bukan saja menjimatkan ruang, malah dapat melindungi alam sekitar kerana kurangnya penggunaan beg plastik. Teknik yang bakal dipelajari adalah cara jahitan melengkung, jahitan lurus, cara mengukur saiz beg dan cara membuat lipatan.

Jangan ketinggalan sertai Kelas Jahitan Kreatif Denim Tote Bag & Shoping Bag di SewingWorld, One City Subang Jaya pada 15 Oktober 2022 bermula 930 pagi hingga 5.30 petang. Yuran RM60 sahaja.

#kelasjahitankreatif
#sewingworldgallery

Published by
almaswa Haji Che Ros