Sekitar jam 5 pagi tadi seorang nenek 68 tahun yang mahu menyediakan juadah bersahur tersedar cucunya hilang dari rumah. Rentetan itu, ibu bayi berusia 17 bulan itu, Siti Noorfadilah Yusofe, 30 memuat naik satu status memaklumkan anaknya, Nur Aisyah Hasmizan telah hilang diculik dalam rumahnya sendiri. Dia juga meminta bantuan orang ramai me’viral’kan rayuan pencariannya itu.
Dikatakan Individu yang tidak dikenali telah memecah masuk kediaman keluarga ini yang terletak di Kampung Parit Lanjut Sungai Terap, Muar. Terus-terusan Noorfadila berdoa semoga anaknya ini ditemui semula. Sayu hati baca luahan ibu ini, apabila merayu sekiranya ada orang yang mahu mengkhianatinya agar menggantikan saja dirinya. Dan pulangkan anaknya kembali dalam keadaan selamat.
Sungguh ibu ini tidak keruan dengan ujian hebat yang melanda dirinya hari ini. Syukur alhamdulillah, Selepas 12 jam kehilangan, bayi 17 bulan itu telah ditemui dan dilaporkan dalam keadaan stabil. Si kecil ini juga memerlukan pemeriksaan lanjut memandangkan terdapat kesan gigitan serangga pada muka dan badannya.
Kejam sungguh pelakunya sampai berani bertindak membiarkan serangga menggigit anak kecil yang tidak berdosa. Disebabkan kesakitan yang dialami, kini Nur Aisyah masih lagi dirawat di zon kecemasan Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) Muar.
Anak Bongsu, Hasmizan Othman, 35, Nur Aisyah dipercayai telah ditemui oleh sepasukan anggota polis. Yang mana, si kecil itu secara berseorangan di kawasan semak samun berdekatan pencawang elektrik di sekitar Muar, kira-kira jam 4 petang tadi. Jarak pencarang berkenaan kira-kira 1 kilometer saja dari rumah mangsa.
Berikutan kes kehilangan Nur Aisyah seorang warga Nepal berusia 25 tahun telah ditahan bagi membantu siasatan.
Lelaki berkenaan ditahan sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kontijen Johor dan Polis Daerag Muar di sebuah rumah kongsi di Kampung Bukit Treh kira-kira jam 9 pagi tadi. Telefon bimbit yang hilang turut ditemui bersamanya.
Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Zaharudin Rasip, berkata hasil daripada penahanan suspek dan soal siasat yang dilakukan kemudiannya membawa kepada penemuan bayi perempuan berkenaan.
Siasatan menyeluruh akan dilakukan terhadap kes ini. Yang mana, kes disiasat mengikut Sekyen 363 Kanun Keseksaan kerana menculik dan Sekyen 457 kanun yang sama kerana pecah masuk kediaman.
Sumber/Foto : Sinar Harian, Berita Harian