Bayi 16 Bulan Meninggal Dalam Kereta, Bapa Terlupa Hantar Ke Rumah Pengasuh

Share

Bayi 16 bulan meninggal dalam kereta, bapa terlupa hantar ke rumah pengasuh. Lagi kes bayi meninggal dalam kereta selepas ibu  bapa terlupa anak ada di dalam kenderaan.

Jika sebelum ini melibatkan kakitangan hospital yang terlupa anak di dalam kereta, kali ini ia melibatkan ibu bapa di sebuah universiti awam.

Bayi 16 Bulan Meninggal Dalam Kereta

Bapa Terlupa Hantar Ke Rumah Pengasuh

Dilaporkan, seorang bayi perempuan berusia 16 bulan meninggal dunia selepas tertinggal tidak sengaja di dalam kereta bapanya  sebuah institusi pengajian tinggi awam di Kuala Nerus semalam.

Anak syurga ini,  ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri oleh bapanya pada pukul 4.30 petang di dalam kenderaan selepas habis bertugas.

Bapa mangsa yang cemas terus bergegas membawa anaknya ke pusat kesihatan berdekatan dan hasil pemeriksaan pegawai perubatan bertugas, bayi tersebut sudah meninggal dunia.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Md. Din berkata,

siasatan awal mendapati bapa kanak-kanak tersebut terlupa untuk menghantar anaknya itu ke pusat asuhan kanak-kanak pada sebelah pagi.

Beliau berkata pihaknya menerima makumat kira-kira jam 4.30 petang daripada pusat kesihatan IPTA berkenaan yang memaklumkan seorang kanak-kanak perempuan telah meninggal dunia.

Ujarnya sejurus menerima maklumat pihak polis terus ke lokasi dan membawa mayat berkenaan ke Unit Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk dibedah siasat.

Abdul Rahim berkata pihaknya juga proses mengambil kenyataan ibu bapa mangsa.

Katanya disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Justeru itu orang ramai diminta tidak membuat spekulasi yang boleh menganggu siasatan pihak polis dan menjejaskan emosi keluarga mangsa. Mayat bayi tersebut dibawa ke Unit Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu untuk dibedah siasat.

BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI:- Pelajar Perempuan Tingkatan 4 Ditemui Meninggal Dalam Kereta Bertutup Kanvas

Lagi Kes Bayi Meninggal Dunia Akibat Sesak Nafas Di Taska. Bayi 2 Bulan Dibiar Tertiarap Selama 1 Jam

Bayi 8 Bulan Maut, Tertinggal Dalam Kereta Lebih 7 jam

Kenduri Akikah Jadi Kenduri Arwah, Ibu Dalam Pantang Meninggal Bersama Suami & Bayi 2 Bulan

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Betullah tu kata Shah Iskandar isteri bukan orang gaji. Para suami kenalah bantu isteri buat kerja rumah tau!

 

 

 

 

 

 

 

Published by
Almaswa Haji Che Ros