Cuaca tidak menentu termasuklah hujan berterusan membuatkan beberapa lokasi di pantai timur termasuklah Kuala Nerus, Terengganu mengalami banjir.
Setakat ini rata-rata penduduk yang terlibat dengan banjir diarahkan untuk berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS). Ramai yang telah menjadi mangsa banjir termasuklah seorang bayi yang masih di dalam pantang.
Bayi 14 hari ini menjadi salah seorang mangsa banjir, namun disebabkan dia masih terlalu kecil dan mempunyai masalah jangkitan mata, mak dan ayahnya mengambil keputusan untuk menumpang di rumah keluarga.
Kasihan bayi yang baru saja melihat dunia turut sama terlibat dalam banjir yang melanda Kuala Nerus ini.
Bayi perempuan berusia 14 hari antara mangsa banjir di daerah Kuala Nerus selepas rumah disewa keluarganya di Taman Murni Permai, di sini, dinaiki air sejak petang semalam.
Bagaimanapun, Farisha Humaira bersama ibu, Fairuz Abdullah, 35, dan bapa, Shahril Othman, 33, tidak berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan (SK) Tok Jembal, sebaliknya menumpang di rumah keluarga mereka di Kuala Terengganu.
Shahril berkata, mereka mengambil keputusan tidak berpindah ke PPS di SK Tok Jembal kerana memikirkan anaknya masih kecil dan mengalami jangkitan mata.
Baca Juga Di sini:
Untuk info lebih menarik, klik saja di sini.
“Sudah lima hari anak sakit mata dan kami ada temu janji di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) pada 9 pagi tadi untuk pemeriksaan mata, jadi lebih mudah kami menumpang sementara di rumah keluarga di Kuala Terengganu.
“Ini tahun ketiga kami menyewa di sini, tetapi ini banjir terburuk kerana sebelum ini, air tidak naik terlalu tinggi dan cepat,” katanya.
MW: Harapnya banjir yang melanda daerah ini segera pulih dan penduduk sekitar dapat pulang ke rumah masing-masing dengan segera. Menjadi mangsa banjir dalam musim Covid-19 bukanlah sesuatu yang mudah, semoga semua mangsa banjir tabah.
Sumber: myMetro