Cuaca tidak menentu termasuklah hujan berterusan membuatkan beberapa lokasi di pantai timur termasuklah Kuala Nerus, Terengganu mengalami banjir.
Setakat ini rata-rata penduduk yang terlibat dengan banjir diarahkan untuk berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS). Ramai yang telah menjadi mangsa banjir termasuklah seorang bayi yang masih di dalam pantang.
Bayi 14 hari ini menjadi salah seorang mangsa banjir, namun disebabkan dia masih terlalu kecil dan mempunyai masalah jangkitan mata, mak dan ayahnya mengambil keputusan untuk menumpang di rumah keluarga.
Kasihan bayi yang baru saja melihat dunia turut sama terlibat dalam banjir yang melanda Kuala Nerus ini.
Bayi 14 Hari Mangsa Banjir
Bayi perempuan berusia 14 hari antara mangsa banjir di daerah Kuala Nerus selepas rumah disewa keluarganya di Taman Murni Permai, di sini, dinaiki air sejak petang semalam.
Ads
Bagaimanapun, Farisha Humaira bersama ibu, Fairuz Abdullah, 35, dan bapa, Shahril Othman, 33, tidak berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan (SK) Tok Jembal, sebaliknya menumpang di rumah keluarga mereka di Kuala Terengganu.
Anak Masih Kecil Mengalami Jangkitan Mata
Shahril berkata, mereka mengambil keputusan tidak berpindah ke PPS di SK Tok Jembal kerana memikirkan anaknya masih kecil dan mengalami jangkitan mata.
“Sudah lima hari anak sakit mata dan kami ada temu janji di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) pada 9 pagi tadi untuk pemeriksaan mata, jadi lebih mudah kami menumpang sementara di rumah keluarga di Kuala Terengganu.
“Ini tahun ketiga kami menyewa di sini, tetapi ini banjir terburuk kerana sebelum ini, air tidak naik terlalu tinggi dan cepat,” katanya.
MW: Harapnya banjir yang melanda daerah ini segera pulih dan penduduk sekitar dapat pulang ke rumah masing-masing dengan segera. Menjadi mangsa banjir dalam musim Covid-19 bukanlah sesuatu yang mudah, semoga semua mangsa banjir tabah.
Ramai suami berharap isteri melayan dirinya macam raja. Bukan sekadar jaga makan minum, pakai malah serba serbi tip top. Tapi sedar kah suami, jika mahu dilayan sebegitu sebenarnya suami itu dulu kenalah layan isterinya macam puteri raja.
Barulah isteri seronok, ikhlas dan tak berkira pun nak melayan suaminya kelas terbaik bak raja. Haa.. ini kisah benar yang dikongsikan Eddie Diena. Tentang sepasang suami isteri yang sudah 35 tahun berkahwin, tapi hubungannya macam baru jatuh cinta.
Gelagat Suami Isteri Berebut Nak Belikan Makanan
Tadi saya luangkan masa jumpa kawan lama. Sedang rancak berbual di kedai makan. Datang sepasang suami isteri berumur lingkungan 50an. Mereka jalan berpimpin tangan lalu menyapa kami.
“Adik, meja ni ada orang tak?”
“Tak ada orang pakcik.” jawab kawan saya kepada pakcik tersebut.
Tak lama berselang.
Pakcik tu pun berkata kepada isterinya.
“Sayang, awak duduk dulu. Cop meja, nanti orang lain ambil pulak. Orang tengah ramai ni.”
“Eh, tak apa bang. Biar saya yg pergi beli. Abang yg duduk.” jawab isteri pakcik tu sambil tersenyum.
“Eh, tak apalah. Biar saya pergi beli, awak tu rehat. Nanti darah naik pulak.”
“Tak apa, saya dah biasa. Biar saya buat semua. Kalau awak taknak dengar cakap nanti saya merajuk.”
“Okay okay, saya kalah. Dah awak pergi beli.nSaya tunggu sini.” Sambil tersenyum kearah kami berdua.
Rahsia Isteri Layan Suami Macam Raja
Saya dan kawan saya tersenyum melihat gelagat pakcik tu suami isteri yang berebut nak belikan makanan. Nampak romantik walau sudah tua.
Saat isteri pakcik tu sudah pergi meninggalkan meja.
Kawan saya tadi tu beranikan diri untuk menyapa pakcik tu.
“Kamu dah berkahwin?” soal pakcik tu.
“Sudah pakcik” jawab kawan saya.
“Isteri kamu layan kamu macam Raja tak?”
“Tak pakcik, dia layan biasa biasa je.”
“Habis tu kamu layan dia macam puteri raja tak?”
“Tak jugak pakcik. Saya layan dia biasa biasa aje.”
“Oh, okay. Ni pakcik share 1 tips. Pakcik pun baru je berumah tangga. Tak adalah expert mana pun. Adalah lebih kurang 35 tahun kahwin dan baru je ada 6 anak dan 2 cucu.”
Kawan saya tersenyum dengar sambil berkata.
“35 tahun kahwin pakcik cakap baru?”
“Yelah, bagi pakcik macam baru sebab perasaan tu masih sama macam dul-dulu.”
jawab pakcik tu.
“Oh,okay pakcik. Barulah saya faham. Apa tipsnya?”
“Kalau kamu nak isteri kamu ni layan kamu macam Raja. Pertama sekali diri kamu yg nak kena layan dia macam puteri raja dulu.”
Jika Mahu Isteri Hormatkan Suami
Nak dia hormat kamu, kamu jugak kena hormat kepada dia dulu. Jangan berkasar dengan dia dan kena saling bertolak ansur dalam semua perkara.
Kalau kamu layan dia endah tak endah.
Dia pun akan balas apa yang kamu buat pada dia. Sebab isteri kita ni kita yang didik. Kita yang bentuk dia. Baik layanan kita terhadap dia. Baiklah layanan dia kepada kita.
Kalau dari awal kita tunjuk contoh yg baik pada dia. InshaAllah, dia jugak akan menjadi baik. Kalau tak percaya. Adik boleh cuba dekat rumah tangga adik nanti.
Begitu jugak kalau kita jadi ketua di tempat kerja. Kalau nak orang bawahan hormat kepada kita. Kita terlebih dahulu kena tunjuk yang kita hormat kepada mereka. Barulah semua pekerja akan ikhlas melakukan kerja.
Sebab dalam kehidupan seharian kita ni.
Kita tak boleh nak harapkan orang layan kita baik-baik kalau kita sendiri tak layan orang tu baik-baik. Bak kata orang putih.
Tak lama lepas tu isteri pakcik tu pun sampai di meja makan. Kami pun tak berani nak tanya apa² lagi dan hanya melihat gelagat pakcik tu dan isterinya.
Tak lama berselang. Kami pun minta diri untuk beredar. Semasa kami hendak bangun dan berlalu pergi.
Sempat pakcik tu berkata.
“Jangan lupa cuba pesan pakcik” Sambil menyuap makanan ke arah mulut isterinya.
Sepanjang perjalanan saya cuba untuk ingat segala kata² pakcik tadi untuk saya sampaikan kepada yg lain. Sebab bagi saya apa yg pakcik tu sampaikan sangat jelas dan saya bersetuju dengan pendapat pakcik tu.
Kalau kita nak orang hargai kita. Kita terlebih dahulu perlu menghargai pasangan kita.
Renung-renungkan.
Sempena kedatangan bulan Ramadan, Restoran Nasi Padang tersohor di Lembah Kelang, Padangs On Wheels bakal menyajikan pelbagai sajian enak sebagai juadah berbuka puasa untuk para pencinta hidangan Nasi Padang.
Menampilkan buffet hebat bertema “Takana Jo Kampuang”, restoran ini bakal menyediakan lebih 100 pilihan makanan untuk santapan para pengunjung.
Mingguan Wanita berkesempatan mencuba menu buffet Ramadan yang diadakan sebelum Ramadan lalu dan terkesima dengan deretan menu lazat yang bakal dihidangkan sepanjang Ramadan.
Jangan lepaskan peluang mencuba menu istimewa nataranya termasuklah Ayam Masak Lemak, Bergedil. Rendang Daging, Masak Lemak Pucuk Ubi, Sambal Hijau dan Sambal serta Daging Dendeng.
Bermula dari 16 Mac sehingga 7 April 2024, dari jam 6 petang hingga 9 malam kesemua empat cawangan Padangs On Wheels di Damansara Utama, Seksyen 13, Shah Alam, Kuala Lumpur dan Subang Bestari akan menyajikan buffet ini dengan harga istimewa.
Ini termasuk harga tempahan ‘Early bird’ atau yang terawal iaitu hanya RM68 seorang untuk dewasa, RM58 untuk warga emas di atas 60 tahun serta RM38 untuk kanak-kanak berumur 4 hingga 11 tahun.
Tempahan awal yang istimewa ini boleh dibuat dari 26 Februari hingga 10 Mac.
Harga biasa dari 10 Mac hingga 7 April adalah RM88 untuk dewasa, RM68 untuk warga emas berumur 60 tahun ke atas dan RM48 untuk kanak-kanak berumur 4 hingga 11 tahun.
Jom ke mana-mana cawangan Padangs On Wheels sempena bulan Ramadan ini.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Benarlah rezeki itu datang dalam pelbagai cara dan tidak pernah tersalah alamat. Tidak kiralah sihat sempurna tubuh badan atau memiliki masalah kurang upaya (OKU). Apa yang penting rajin berusaha cari pendapatan tanpa rasa jemu.Siapa sangka, kekurangan yang dimiliki boleh menjadi satu kelebihan suatu hari nanti.
Kelas Bahasa Isyarat
Seorang wanita yang mengalami masalah pendengaran bakal bergelar jutawan pada bulan April ini selepas menandatangani perjanjian bernilai lebih 1 juta pound (RM5.3 juta) bersama syarikat besar untuk kelas pengajaran bahasa isyarat hanya dari rumahnya sendiri.
Katie Redstar, 34, yang mengusahakan syarikat Ignite Your Inner Light dari rumahnya di bandar ini menawarkan kelas bahasa isyarat kepada syarikat-syarikat sejak tahun lalu. Dia mahu membantu orang senasib dengannya memperoleh pekerjaan.
“Saya pernah bekerja di sebuah kedai amal tetapi rasa tidak dihargai. Saya memberitahu agensi Pusat Pekerjaan bahawa saya mahu bekerja tetapi mereka mengatakan (saya) tidak boleh bekerja disebabkan kecacatan,”
“Ada kawan yang berkata, saya kena bersedia untuk menerima kenyataan ini. Saya katakan tidak. Saya ada visi untuk syarikat-syarikat diseluruh dunia untuk menerima pekerja yang pekak”.
“Membesar dengan ‘pintu tertutup’, masyarakat selalu memberitahu saya tak boleh buat banyak perkara kerana saya seorang pekak. Perkara ini memotivasikan saya dan sekarang saya tunjukkan pada orang ramai yang “hanya kerana saya pekak tidak bermakna saya tak boleh buat banyak perkara yang saya tak boleh capai”.
“Saya ada otak dan mampu berfikir untuk diri sendiri dan melakukan banyak perkara untuk diri sendiri. Ia mungkin bukan cara yang normal, contohnya menjawab telefon, tetapi saya ada kemahiran yang unik yang banyak orang dan syarikat perlu pelajari,” ujarnya.
Hidap Meningitis Umur 3 Tahun
Redstar menjadi pekak selepas menghidap meningitis ketika berumur tiga tahun. Dia mula mempelajari bahasa isyarat ketika berumur 4 tahun yang sekaligus menjadi salah satu bentuk komunikasi yang digemarinya. Dia juga mempunyai masalah penglihatan kabur dan akan menjadi buta tidak lama lagi disebabkan jangkitan sama.
Meningitis adalah radang pada membran otak dan tulang belakang. Ia boleh menjejaskan saraf telinga hingga otak. Kesan meningitis boleh menyebabkan kerosakan otak, peka, kegagalan fungsi ginjal dan masalah pendengaran.
MW: Tahniah kepada wanita ini. Buat golongan orang kurang upaya (OKU) jangan sesekali mengalah dengan takdir yang telah ditentukan. Teruslah berusaha gigih untu meneruskan kehidupan dengan kelebihan yang ada dengan cara yang tersendiri.