Semoga mak ayah kepada Muhammad Nufail Mohd Nasir yang baru berusia 10 bulan ini tabah menghadapai kehilangannya. Mohd Nufail atau panggilan manjanya Noah dikatakan meninggal dunia kerana sesak nafas di rumah pengasuh.
Jika diberi pilihan, mungkin mak-mak tidak mahu menghantar anak ke rumah pengasuh untuk dijaga. Namun tidak semua bernasib baik mampu menjaga anak-anak sendiri. Barangkali sudah tersurat, ajal Noah juga telah sampai. MW merakamkan salam takziah buat keluarga terutama mak dan ayahnya.
Bayi lelaki berusia 10 bulan meninggal dunia dipercayai sesak nafas ketika berada di rumah pengasuhnya di Gelang Patah, Iskandar Puteri, petang kelmarin.
Dalam kejadian jam 4.20 petang itu, bayi malang, Muhammad Nufail Mohd Nasir atau dipanggil Noah tiba-tiba didapati mengalami sesak nafas oleh pengasuhnya yang berusia 31 tahun.
Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Dzulkhairi Mukhtar berkata, bapa bayi berkenaan menghantar dua anaknya iaitu Noah dan abangnya yang berusia dua tahun tujuh bulan ke rumah pengasuh sebelum ke tempat kerja.
Artikel Berkaitan:
Diberi SUSU, Selepas Tiga Jam Tak Sedarkan DIRI, Bayi Meninggal Dalam Tidur
Anak Saya Belum Ada Gigi, Bayi Meninggal Selepas Makan Epal
Untuk info lebih menarik, klik saja di sini.
Bayi Alami Sesak Nafas
“Namun setibanya mereka di wad kecemasan di klinik itu jam 4.50 petang, bayi malang itu disahkan sudah meninggal dunia oleh doktor yang merawatnya,” katanya dalam kenyataan, di sini.
Dzulkhairi berkata, pengasuh berkenaan juga menjaga seramai enam kanak-kanak dan tiga bayi di rumahnya yang masing-masing berusia antara dua bulan ke lapan tahun.
“Menurut pengasuh berkenaan, pada hari kejadian Noah berada dalam keadaan tidak ceria seperti biasa dan kurang minum susu serta makanan.
“Apabila pengadu menyuapkan susu, si mati menolak dan tidak mahu minum,” katanya.
“Semasa dalam jagaan pengasuh berkenaan, bayi berkenaan juga didapati tidak ada mengalami kecederaan dan tidak pernah jatuh atau pun menunjukkan keadaan yang mencurigakan pada tubuh badannya,”
katanya.Beliau berkata, hasil pemeriksaan pada anggota badan mangsa juga tidak menunjukkan sebarang kecederaan.
“Jenazah dihantar ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) untuk bedah siasat pagi tadi, ” katanya.
MW: Bukan mudah menjaga anak yang masih bayi, ini bukan masanya menyalahkan antara satu sama lain. Sebaliknya jadikan kisah ini sebagai pengajaran buat kita semua sama ada yang bergelar emak atau juga pengasuh. Masing-masing menggalas tanggungjawab yang berat.
Sumber: myMetro/ Facebook