Bayar Zakat Fitrah Online SAJA, KENA Bayar Ikut TEMPAT Kita Beraya

Share

Terasa susah nak bayar zakat fitrah musim PKP ini, bayar online sahaja lebih senang. Tak perlu beratur dan bahayakan keselamatan, segalanya boleh diselesaikan di hujung jari.

Sebenarnya zakat fitrah ini dibayar mengikut lokasi di mana kita beraya pada tahun tersebut. Memandangkan tahun ini masing-masing beraya di rumah sendiri, maknanya kenalah ikut lokasi tempat tinggal mak,ayah sekarang.

Ikuti penjelasan Imam Muda Asyraf ini di instagramnya:

Bayar Zakat Melalui Online

Tahun ni saya beraya di Bangi Selangor. Maka saya bayar zakat fitrah di Selangor. Bayar zakat fitrah mengikut lokasi di mana kita beraya pada tahun tersebut. .
.
Jika saya pulang awal seminggu ke kampung saya iaitu Penang. Maka saya akan bayar zakat fitrah di Penang. Tapi sekiranya saya pulang ke kampung sehari sebelum hari raya. Dan saya takut terlepas kesempatan untuk bayar di kampung Penang, maka saya akan bayar siap-siap zakat di Selangor kerana mengambil kira pandangan ihtiyat (berhati-hati). .
.

Terpulang pada negeri masing-masing. Kerana zakat Fitrah sedikit berbeza dengan konsep zakat harta. Kerana zakat harta dilihat pada lokasi di mana harta berada. Sedangkan zakat fitrah melihat di mana kita beraya.

Lebih tepat ialah dibayar berdasarkan kepada di mana seseorang itu berada ketika masuknya waktu wajib untuk zakat fitrah iaitu bermula pada malam hari raya sehingga sampai sebelum solat hari raya. Wallahua’lam.

Sumber:Imam Muda Asyraf

MW: Walaupun negara dalam tempoh PKP, jangan lupa tunaikan kewajipan mak, ayah menunaikan zakat fitrah. Apatah lagi sekarang ada kemudahan membayar secara online.

Published by
Nur Syazwani Mehat