Tersentuh hati dengan keadaan kulit menggelupas lagi berdarah yang dialami baby Afiya, bayi berusia 5 bulan, Datin Paduka Eina Azman langsung hulur bantuan.
Sebelum ini pun, Eina dan zuami, Datuk Paduka Kaiser Gurmeet Abdullah pernah bantu dua beradik, Lela Safiya Azmi, 2 dan Muhammad Nayl Safiy Shahrul Azmi, 6 bulan yang alami sakit kulit serius (ekzema).
Malah, menjawab pertanyaan peminat yang mengikuti perkembangan pasangan dua beradik ini, maklum Eina adik beradik itu sudah pulih dari sakit kulit mereka.
Bila mana Eina menerima DM daripada adik kak Yani, hatinya mula tersentuh. Lihat gambar bayi lima bulan yang menggelupas kulitnya dan berdarah. “Sure pedih tu..” Kata Eina, langsung mengubah episod perawatan untuk bayi ini dan ahli keluarganya.
Tulis Eina di instagramnya,
Salam semua… today Eina nak share dengan u all about baby Afiya yang baru berumur 5 bulan.
Baby Afiya kena eczema since umur 2 bulan. So adik kepada kak Yani yang DM Eina bertanya mengenai budak-budak yang Eina pernah tolong sebelum ini. Dia tanya clinic atau hospital mana yang Eina bawa sebelum ni.
Dan dia ada hantar gambar baby Afiya. Terus Eina cakap nak tolong sebab tengok keadaan baby Afiya kulit dia yang dah menggelupas dan pedih-pedih berdarah. “Sure pedih tu.”
So Alhamdulillah today all the way from Kluang Johor family kak Yani datang bawa baby Afiya untuk mencuba rawatan di klinik pakar yang Eina sering bawa budak-budak yang ada sakit kulit.
Hopefully kulit baby Afiya akan cepat sembuh. So for those yang nak membantu or menghulur kan apa-apa untuk baby Afiya boleh transfer ke account :
0310529000248278
BSN
NURUL ELYANI
Sumber/Foto : Eina Azman