BAYAM KANGKUNG Subur Gemuk, Gaul Benih Dengan Tinja Ayam, Selepas 10 Hari Baru Tanam!

Share

Bayam dan kangkung merupakan antara sayuran yang selalu kita beli di pasar. Sayur ini paling mudah ditanam, senang dijaga dan paling cepat dituai berbanding tanaman lain. Dalam tempoh 25 hingga 30 hari dah boleh dapat hasilnya. Rupanya antara tip untuk dapatkan bayam dan kangkung yang subur, daun lebar macam ni, kena gaul dulu benih dengan tinja ayam proses.Selepas 10 hari barulah ditanam seperti biasa.

Ini tip tanam sayur kangkung dan bayam yang dikongsikan oleh Harun Arun sebagai panduan;

Tuaian bayam & kangkung.Antara sayur yang paling cepat tempoh tuaian,mudah ditanam dan senang dijaga.tempoh tuai pun cepat dalam 25-30 hari.

  • Tanah biasa pun boleh,tanah hitam,toosoil,pasir. Sebelum tanam saya gaul dulu dengan tinja ayam proses, dah 10 hari baru tanam.
  • Bayam,kangkung tak perlu semai, tabur terus je kat batas atas polybag.Benih bayam dia halus sangat,elok gaul dulu sekali dengan pasir pastu baru tabur. Kalau Kangkung korek la sikit lubang dalam setengah inci, masukkan 3,4 biji benih satu lubang,jarakkan dalam 5,6 inci antara setiap lubang.
  • Tanam untuk buat makan sendiri,lebih sedekah kat jiran-jiran.

 

Info Ekstra!

Kutip hasil kangkung dengan cara tidak dicabut tapi dipotong sebahagian pokok dan tinggalkan sebahagiannya, nanti akan bertunas lagi dan boleh tuai kali ke 2. Baja dan disiram lagi semula.

Semoga Bermanfaat!

Mesti Baca:‘Penghalau Serangga Semulajadi’, Bayam Brazil Cantik Tanam Sekali BAWANG PUTIH!
Baca Lagi Di Sini:CARA Tanam KANGKUNG Dalam Botol, Tak Perlu Siram, Tanah Tak Kering!
Artikel Menarik:Tanam Kangkung ‘Menjadi’ Guna 4 Bahan, Keluar Akar Siram Baja A+B

Mingguan Wanita:Begini rupanya nak tanam sayur kangkung dan bayam yang subur dan gemuk-gemuk.Mudah ditanam, senang dijaga dan cepat dituai. Memang wajib cuba. Puas hati tanam sayur sendiri, jimat belanja dapur.

Sumber:Harun Arun

Komen Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Published by
Suhaidah Abd Wahab