Bawang putih goreng rangup tak pahit rendam dalam air garam selama 15 minit.Bawang putih goreng selalunya ‘menu wajib’ bagi wanita dalam berpantang, mahupun pembangkit selera dimakan dengan hidangan lain seperti meehoon, bubur dan sebagainya.Malah sangat bagus untuk ‘buang angin’ dalam badan.
Namun nak buat bawang putih goreng rangup ada caranya. Jika salah teknik, bawang putih goreng akan mudah lembik, tak tahan lama, melekat antara satu sama lain dan jadi pahit.
Boleh cuba buat sendiri bawang putih goreng seperti yang dikongsikan oleh Puan Azita Amir ini.
Pepagi dah start mngadap si bawang putih ni ha. Membawang sorang ditemani hujan renyai-renyai. Alhamdulillah kejadiannya cantik dan elok sangat-sangat. Yang penting si putih ni sedap rangup dan tak pahit.
Cara Membuat:
1. Bawang putih rendam air dulu dalam sejam dua untuk mudah kita kupas dan tak panas tangan.
2. Dah siap kupas sagat macam biasalah, nak guna penyagat boleh, hiris dengan pisau boleh ikut keselesaan.
3. Dah siap semua sagat, rendam air garam dalam 15 minit macam tu, nak bagi keluar getah bawang tadi,hilang sikit pahitnya.
4. Bilas bawang tos dan goreng macam biasa. Selalu kacau dengan api sederhana. Getah bawang akan keluar dekat tepi-tepi kuali dan kita boleh buang ye. Goreng dalam kuantiti sikit, tengok kalau minyak banyak boleh goreng banyak sikit, kalau tak bawang akan masak melekat.
Ads
5. Hasilnya akan cantik dan rangup.
In sha Allah selamat mencuba bagi yang nak cuba buat.
Mingguan Wanita: Begini rupanya nak buat bawang putih goreng yang rangup, sedap tak pahit malah tak lembik melekat antara satu sama lain. Pastikan rendam bawang putih yang telah disagat dengan air garam terlebih dahulu, sebelum tos dan goreng seperti biasa.
Tak pernah pegang mesin, tak bermakna mak-mak tak pandai menjahit. Pelajari kaedah dan teknik jahitan mudah dalam kelas satu hari sahaja.
Dalam masa beberapa jam, walaupun beginner anda mampu menyiapkan satu tote bag daripada jeans terpakai dan nasi lemak recyclable bag.
Projek 1: Denim Tote Bag
Jom tukar jeans yang tak muat dipakai menjadi tote bag. Teknik yang dipelajari bermula daripada cara memotong kain, membuat ukuran kain, menjahit lurus, jahit tangkai beg, cara cantuman sehinggalah siap sebiji beg.
Projek 2: Shopping Bag
Beg beli belah berbentuk nasi lemak! Beg kitar semula ini bukan saja menjimatkan ruang, malah dapat melindungi alam sekitar kerana kurangnya penggunaan beg plastik. Teknik yang bakal dipelajari adalah cara jahitan melengkung, jahitan lurus, cara mengukur saiz beg dan cara membuat lipatan.
Jangan ketinggalan sertai Kelas Jahitan Kreatif Denim Tote Bag & Shoping Bag di SewingWorld, One City Subang Jaya pada 15 Oktober 2022 bermula 9.30 pagi hingga 5.30 petang. Yuran RM60 sahaja.
#kelasjahitankreatif #sewingworldgallery
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Duit Dalam Akaun Hilang Kena ‘Scam’, Report Ke Bank Negara Kurang 3 Bulan Dapat Balik! Memang sakit hati apabila duit yang disimpan dalam akaun bank boleh hilang sekelip mata akibat di ‘scam’. Apatah lagi nak kumpul duit bukan mudah. Memang buntu dibuatnya.
Rupanya selepas membuat laporan polis, pastikan buat juga laporan ke Bank Negara Malaysia dengan segera. Ini supaya duit yang hilang tersebut dapat dipulangkan semula dalam tempoh 2 minggu hingga 3 bulan bergantung pada kes.
Boleh cuba cara yang dikongsikan oleh Faizal Yaminini sebagai rujukan;
Semalam member mengadu kena scam! Katanya duit dalam akaun hilang dekat RM7000 lepas dia klik link merapu dalam satu group ni.
Kes gini, selalunya aku akan terus report ke Bank Negara Malaysia lepas buat report polis.
Caranya:
1. Buat report polis dalam tempoh 48 jam. Kena segera!
2. Screenshot semua bukti di telefon siap-siap.
3. Isi form eLink dari BNM ni, https://telelink.bnm.gov.my/
4. Di bahagian Submission Type tu, pilih Complaint.
5. Pilih Banking untuk Category, dan Fraud untuk Sub-category.
6. Isikan details lain, dan masukkan semua fail screenshot serta gambar report polis tadi.
Selesai.
Biasanya, dalam masa kurang 3 bulan, duit kita akan dipulangkan. Dan kalau kes kukuh, dalam 2 minggu saja dah dapat balik duit tu.
Macam kes kengkawan aku, yang hilang RM17 pun ada yang buat repot gini. Mulanya member tu kata tak payah, pasal remeh. Terus kena bebel dengan aku setepek!
“Gila kau, kalau ada 1000 orang macam kau, segan tak tentu arah, dah kaya-raya dah scammer tu!” marah aku.
Memula memanglah scam kecik-kecik, kendian dia start scam ratus ribu pulak nanti. Tak memasal kau dapat saham.
Sajalah berkongsi ni, pasal aku tahu ramai yang kena scam gini, tapi pasal malu, buat senyap gitu je. Ntah apa yang dimalukan pun aku tak faham.
Sekian, nasihat sambil membebel. Sajalah berkongsi pasal aku tengok makin menjadi pulak Scammer ni sekarang kan.
Mingguan Wanita: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Jadi jika kena ‘scam’ dan duit hilang dalam akaun pastikan terus report ke Bank Negara Malaysia selepas buat report polis. Semoga ada rezeki duit dapat dipulangkan semula dalam tempoh 2 minggu hingga 3 bulan.
Siapa sangka dengan bajet bawah RM1000, dekorasi dalaman rumah flat 2 bilik yang terletak di Seksyen 1, Wangsa Maju, Kuala Lumpur ini mampu ‘setanding’ dekorasi kediaman lebih ‘mahal’ lain.
Lelaki yang menggunakan akaun Facebook Muhd Faddie ini berharap dekorasi bajetnya dapat memberi inspirasi kepada mereka yang mempunyai impian untuk tinggal di dalam kediaman yang menepati citarasa sendiri.
“Saya berharap dapat memberi lebih banyak inspirasi kepada orang di luar sana bahawa lelaki bujang juga boleh ada rumah sendiri yang selesa. Saya juga mahu supaya orang luar lebih bekerja keras untuk mencapai apa yang diimpikan meski bukanlah dari keluarga yang serba berada dan mewah.Tapi usaha yang gigih, pasti akan dapat mencapai keinginan itu.”
Ruang tamu rumah sebelum dihiasRuang tamu rumah selepas mendapat sentuhan pemilik
Muhd Faddie atau nama sebenarnya Sufriadi Sarifi berkata tempoh ubah suai kediamannya mengambil masa lebih kurang 3 bulan.
“Untuk cat, tidak sampai seminggu. Manakala untuk beli barang, beli sikit-sikit sahaja tiap bulan. Saya kena kumpul duit dulu dan cari mana yang sesuai dengan tema rumah.
Lagi pun saya bujang. Semua kena keluar duit poket sendiri. Nak beli sekali gus tu susah sikit. So setiap bulan saya akan spend 2-3 cabinet atau hiasan untuk cantikkan rumah. Dalam masa 3 bulan complete yang basic punya.
“Barang semua beli banyak yang terpakai. Beli dari carousel, Ikea, Kaison, Shopee. Ada juga diy sendiri je.”
Guna barang dekorasi yang dibeli secara murahAmbil masa 3 bulan untuk cantikkan rumah sepenuhnya
Murah Tapi Berbaloi
Lelaki berusia 29 tahun ini berkata biar murah barang yang digunakan asalkan sesuai dengan tema rumahnya.
“Dengan bajet 1k, beli barang keperluan dengan harga yang paling minimum mungkin tapi berbaloi, biar murah, tapi tampak elegannya.
“Saya pun bukan kerja berjawatan tinggi. Kerja sebagai promoter biasa, dengan gaji bulanan 2000 ke bawah.
“Bukan semua saya boleh spend duit gaji untuk cantikkan rumah. Saya kena hulur kat parents, utilities and so on.”
Tidak lupa juga dekorasi di ruang makanRuang dapur sebelum dihias semulaTersusun barang-barang di dapur selepas ruang dapur dihias semula
Jangan Membazir
Jika ada yang ingin cuba menghias dan menyusun atur dekorasi dalaman rumah, ini tip yang dikongsi Sufriadi.
“Pada saya, apa yang perlu adalah jangan membazir, beli ikut bajet dan keperluan. Yang penting kena beli barang ikut kesesuaian rumah. Tak kisah kalau kita beli barang terpakai, asalkan kita tahu camne nak bagi kehidupan baru pada sesebuah perabot.
“Mungkin kita boleh diy, tukar warna, supaya ia kelihatan baru semula. Tip saya adalah kita kena tahu tema apa yang kita mahukan. Dari segi warna perabot, cat dinding, dan aksesori. Pastikan semua tampak selari.
Penggunaan ruang sangat penting, kita mesti nakkan rumah yang nampak luas walaupun hakikatnya kecil. Tapi kselesaan itu amat penting. Konsep rumah yang kita nak juga haruslah sepadan dengan kehendak.”
Rupanya ada caranya untuk jadikan telur yang kita masak jadi sebiji-sebiji, terletak elok dalam kuah tak berterabur. Bukan apa bila kita masak sup telur, masak lemak atau apa sahaja menggunakan telur, jika salah tekniknya telur jadi pecah berterabur dalam kuah.
Ikut cara mudah yang dikongsikan oleh Yatie Kitchenni, memang elok sungguh hasilnya.
Cuti 3 hari sampai Khamis, ada kerja sikit sebelum keluar masak untuk rumah dulu , Masak Lomak Cili Api Telor Itik untuk Dina. helok kan Telor Itik tu dalam periuk, meh nak kongsi tips macamana nak bagi telor sebiji-sebiji terletak elok dalam kuah tu, sonang je.
Bahan-Bahan:
Cili Padi
Kunyit Hidup
2 Batang Serai
Asam Keping
1 Kotak Santan
Garam
Mushroom Seasoning
Telur Itik
1. Masak macam biasa, masuk cili padi dan kunyit hidup yang dikisar halus, masum dalam periuk, ketuk serai dan asam keping.
2. Agak-agak cili dah masak, masuk air ( lebihan air bilasan blender).
3. Mendidih je, masuk santan @adabi_consumer 1 kotak, perasakan dengan garam dan mushroom seasoning.
4. Part ni penting, bila api dah menggelegak, tutup api atau perlahankan api. Saya tutup api, sebab bila api ada, bila masukkan telur dia akan berterabur, tak cantik.
5. Saya pecahkan telur dalam bekas dahulu, baru masuk telur tu dalam kuah tadi, satu persatu. Baru buka api semula (api paling perlahan ) sampai telur tu masak.
Gambar hiasan
6. Last masukkan daun kunyit carik-carik bagi wangi. Ikut suka tak nak letak pun tak apa.
Mingguan Wanita: Jadi kalau nak masukkan telur dalam kuah boleh ikut tip mudah yang dikongsikan ini. Barulah telur jadi sebiji-sebiji terletak elok dalam kuah, tak berterabur.
Pengetua wanita pulas telinga pelajar didenda RM2000, gara-gara tersalah tulis huruf G. Padah buat seorang pengetua wanita yang gagal mengawal perasaan apabila bertindak memulas...